4 Dis 2010

mencari rezeki

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.”
Riwayat Ibn Majah dan al- Tabrani


p/s:
serius, pagi ini aku tekad ke kebun getah. mahu mencari rezeki aku disana. harga getah tengah mahal sekarang.

---------------------------------------------------------------------

hujan pula. memang takde rezeki la.

12 Nov 2010

pagi masih dara p4

samad hampir terlupa dia telah berjanji untuk menghantar rakannya ke stesen bas. dia segera pulang ke rumah untuk mengambil helmet. laju-laju dia menunggang terus ke kedai makan tempat rakannya menunggu.

"minta maaf la..aku lambat sikit...lama dah ko tunggu?"

"takde hal, aku baru habis makan," kawannya mengesat mulut yang masih basah dengan tisu berwarna merah jambu.

"ko ada rokok tak?" samad bertanya sewaktu menghulurkan helmet kepada rakannya. rakannya tersenyum kambing.

"aku dah lama berhenti hisap..ko hisap lagi ke?" rakannya bertanya. mukanya serius.

samad menjawab soalan itu dengan senyuman dan mengangguk lemah. rakannya sedia di belakang sebagai pembonceng. satu, dua tiga dan empat, gear di masukkan rapat-rapat. meluncur laju mereka berdua di celah-celah kereta yang bersesak-sesak di atas jalan raya yang semakin hangat di panah mentari.

"aku turunkan ko kat sini je la, malas aku nak masuk dalam tu" ujar samad sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.

"beres bos, dekat dah pun...terima kasih mat," ujar rakannya itu terseyum serupa kambing.

rakan samad perlahan-lahan berlalu pergi ke tengah-tengah orang yang bersesak di stesen bas itu. meninggalkan samad keseorangan di atas motosikalnya yang cabuk. pandangan samad menerobos langit yang tidak lagi kebiru-biruan. langit yang tadi cerah dan terik ini semakin redup. awan-awan tebal berkepul-kepul mula bergerak menutupi wajah matahari. hujan akan turun fikir samad. samad berlalu cepat dari stesen bas itu. takut-takut dia kehujanan sebelum sempat mencari tempat berteduh.

di celah kesesakan itu, samad ternampak sebuah kedai serbaneka di bahu kiri jalan. samad berhenti.

"rokok winston dua puluh light..."sambil menghulurkan kertas berwarna merah.

"rokok tak ada la dik," makcik bertudung putih menjawab penuh sifat keibuan.

samad pelik. dahi berkerut dan mulutnya hampir melopong.

"biar betul mak cik?" samd masih belum percaya.

"buat apa mak cik nak tipu, rak pun dah tak ada haa.." tangan di acukan ke ruangan dibelakangnya yang kosong. kebiasaannya disitu ada rak untuk meletakkan rokok.

sekali lagi samad kecewa. dia keluar dari kedai serbaneka itu dengan hati yang berbulu. dunia semakin terbalik fikirnya. kenapa terlalu sukar, bukankah selama ini terlalu mudah? tanya samad kepada seekor kucing terbiar yang ada loceng kecil di lehernya. kucing itu berlalu tanpa menjawab pertanyaannya.

sepanjang bangunan itu tersusun beberapa baris kedai runcit. samad mencuba nasib di situ. masuk dan keluar beberapa kali. dan dia terus kecewa berkali-kali.

langit semakin gelap. awan semakin sarat menakung air dan bila-bila masa sahaja akan pecah. samad terus berlalu dari barisan bangunan yang telah mengecewakan nafsunya itu. anak-anak hujan mula menikam wajahnya. samad cuba maju ke hadapan. tapi hujan semakin lebat. dia mengalah dan berteduh di bawah sebuah jejambat.

"lebat hujan ni ya," seorang lelaki lingkungan 60 an tiba-tiba bersuara.

samad menoleh ke kiri dan ke kanan. tiada manusia lain. hanya dia dan lelaki itu. ditemani suara hujan yang mencurah dan suara kenderaan yang terus-terusan memenuhi jalan raya. samad mengangguk. senyuman dilemparkan. memang dengan dialah lelaki tua itu cuba berbicara. mereka berdua sama-sama bersandar pada tiang jejambat itu. masing-masing terus tenggelam dalam lamunan masing-masing. tiada apa yang mahu di bualkan fikir samad. lelaki tua itu menanggalkan baju hujannya dan meletakkannya pada tempat duduk motosikalnya. dia merenung wajah samad yang sedang merenung kereta yang lalu lalang itu.

"anak belajar di kuala lumpur ni?" tanya lelaki tua itu.

"a,ah," pendek jawapan Samad.

mereka diam sekali lagi. lelaki tua itu duduk. dia membuka sebuah bekas plastik berwarna biru yang di ambil dari raga motosikal. di dalamnya terdapat beberapa ketul karipap. dia menggigit separuh bahagian dari seketul karipap. perlahan-lahan dia mengunyahnya lumat-lumat.

"ambillah," lelaki tua itu menyuakan bekas plastik berwarna biru itu kepada samad.

samad tersenyum. cuba menolak dengan cara yang paling sopan.

"ambillah," lelaki tua itu masih mendesak.

samad tersenyum lagi. dia mengalah. sebiji karipap diambil dan akhirnya berada di dalam mulutnya. belum sempat karipap itu melewati rengkungnya. tiba-tiba, ketagihan itu datang lagi.

"pakcik...pakcik ada rokok tak...?"

lelaki tua tiba-tiba kaget....



bersambung...


4 Nov 2010

kita hamba

kita manusia,
mana pernah puas dengan pakaian seribu jenama,
mana pernah puas dengan makanan seribu rasa,
mana pernah puas dengan segala seribu harta dunia
mana pernah puas dengan seribu kali jatuh cinta,
walau terpaksa mencuba
seribu jalan
seribu cara
seribu tipu daya,

bukan manusia kita
jika tidak begini,

oh,
kita terlupa,
rupanya kita juga hamba,
patutnya kita begitu,
tidak begini.







29 Okt 2010

pagi masih dara p3

samad menapak gagah ke arah kaunter yang cantik di sudut ruang kedai itu. dari air, jajan, minyak hitam sampailah ke permainan ding dang, semuanya ada dijual di stesen minyak ini. meriah betul dengan barang dagangan. samad melihat tanda nama pada dada gadis cashier itu. tuminah. samad angguk kepala dua tiga kali. gadis cashier senyum tak henti-henti.

"winston dua puluh, merah," sambil tangan kanannya meraba dompet yang disimpan di poket belakang seluar.

"takde," ujar gadis itu dengan pelat indonesia yang masih menebal.

"Takde?,"

gadis itu mengangguk. bibirnya msih menguntum senyuman.

"habis tu, apa yang ada?"

"semua tak ada, " ujar gadis itu. kedua-dua tangannya digelengkan ke kiri dan ke kanan. senyuman yang dilemparkan semakin manis.

samad bungkam. diam seribu kata. dia melangkah keluar dari kedai itu. udara di luar semakin panas. bau petrol menyengat hidungnya. dia memandang ke langit. matahari semakin garang menyuluh bumi. kereta dan seribu macam lagi kenderaan semakin galak keluar masuk di stesen minyak itu. masuk meneguk minyak dan berlalu pergi silih berganti.

samad menghidupkan motorsikalnya. mula-mula perlahan, laju, semakin laju, laju lagi. dan lagi


bersambung

28 Okt 2010

celaka

karim duduk di serambi sedang menikmati indahnya petang. petang itu redup. awan tebal menyenbunyikan kehangatan mentari. anak-anak kecil riang berlari bermain di hadapan rumahnya sedikit sebanyak menghiburkan dia.

hari ini semalam dan kelmarin dia berada di rumah. dia tidak pergi bekerja. kemalasan menjadi raja di dalam dirinya. entah kenapa begitu. karim sendiri tidak pasti. isterinya sedang bersila di muka pintu sedang membuang tahi ikan bilis. satu demi satu ikan bilis itu dikopeknya. tekun dan rajin menjalankan tugas itu.

karim masih begitu, menghiburkan dirinya dengan telatah kanak-kanak yang sedang ceria bermain di depan halaman rumahnya. di wajahnya terukir satu senyuman yang bukan di buat-buat. sewaktu itu, matahari perlahan-perlahan jatuh di ufuk barat. membawa pergi bersamanya cahaya. meninggalkan alam bersama gelap gelita.

karim perlahan-lahan bangun dan menggeliat. tubuhnya dikejang-kejangkan, seperti kucing yang comel baru bagun dari tidur yang nyenyak. isterinya memandang jelek teletah suaminya itu.

"bang pergilah kerja, beras nak habis dah,"

"bila dah betul-betul habis nanti aku pergi lah cari lagi,"

karim melangkah malas ke dalam rumah. melewati isterinya yang mula berwajah masam. terus sahaja dia melangkah tanpa mempedulikan kemarahan isterinya itu. isteri karim mengusap-usap perutnya yang kian memboyot. bila-bila akan keluar. mungkin esok, mungkin lusa, mungkin malam ini. kasihan anak yang akan lahir ini.

"celaka lah kau jika lahir nanti perangai kau serupa bapak kau..." antara kuat dan perlahan suara isteri karim berbicara dengan janin yang masih tidur di dalam rahimnya itu.

karim dengar [erkataan yang keluar dari mulut isterinya itu. barangkali sindiran untuknya ataupun benar-benar pesanan buat anak yang belum lahir.

sambil melangkah malas. karim berkata;

"lebih celaka kau jika anak itu langsung tidak menyerupai aku,"

sambil lewa karim mencapai tuala hapaknya mahu ke tandas. meninggalkan isterinya yang melopong mulutnya. dalam hati isterinya banyak-banyaklah bersabar.

23 Okt 2010

pagi masih dara p2

pagi itu mula diterangi warna sang matahari yang menyuluh segenap ceruk kota kuala lumpur. jerit pekik kenderaan mula kedengaran. hingar dan bingar. samad diam di atas kerusi plastik warna biru. dia baru selesai sarapan di sebuah kedai makan. suasana riuh rendah dengan suara manusia berbicara. samad hanya termenung sendirian. semua perkara disekelilingnya sedikit pun tidak dapat mengganggu lamunannya. dia benar-benar hanyut. mungkin buat waktu itu.

"wei, kemana ko pagi-pagi ni," tiba-tiba pinggang dicuit. samad terkejut. dia menoleh dan tersenyum.

"tak kemana, lepak-lepak macam ni je la," samad masih tersenyum dan bersalaman dengan rakannya itu.

"ko ni nak kemana pulak," tanya samad,

"nak balik umah, esok balik semula sini,"

"ohh, naik ape,"

"bas kat pekeliling, pukul sepuluh ni baru jalan, saja aku keluar awal ni. boleh makan dulu,"

mereka sama-sama diam. rakan samad mengisi kekosongan itu dengan memanggil pelayan restoran itu. ingin memesan sesuatu. gadis yang mengambil pesanan itu manis wajahnya. samad membuang pandangannya ke jalan raya. tidak mahu menenung wajah gadis itu terlalu lama.

udara kota ini semakin sarat dengan karbon. menyesakkan nafas. kemderaan juga semakin memenuhi jalan raya. samad menggaru kepala yang gatal. dia bangun dari kerusi dan membetulkan seluarnya yang hampir terlondeh.

"aku nak cari rokok kejap kat stesen minyak kat sana tu, nanti biar aku la hantar ko," ujar samad.

"helmet?'' tanya rakanya.

"nanti aku ambil kat rumah,"

"ok,"rakannya tersenyum.

samad pergi ke stesen minyak yang berwarna oren sunkist itu. pintu kedai di tolak perlahan. udara dari penghawa dingin yang sejuk menyapa wajahnya. dia memandang ke kaunter pembayaran. wajah cashier dari seberang itu tersenyum melihatnya. samad membalas senyuman itu sehabis manis.


besambung...





22 Okt 2010

pagi masih dara

samad tersedar awal dari lenanya pagi ini. dia melihat kipas berpusing ligat. berputar menentang arah jam. berputar dan terus berputar. samad asyik dengan kipas itu seketika. matanya hampir ikut sama berputar dan terasa mahu tidur kembali. dia pejam seketika. akhirnya, dia membuka mata luas-luas dan terus bangun. malas-malas samad berjalan menuju ke jendela. diselak langsir warna kelabu itu separuh terbuka. melihat suasana pagi yang jarang dinikmatinya itu.

pagi pada hari itu masih dara. sang matahari sedang memanjat kaki langit. warnanya merah jingga. cantik dan memukau pandangan mata. dan udara masih segar tidak terusik lagi dengan bahan pencemar. samad menyedut nafas dalam-dalam. perlahan-lahan dia membuka laci meja yang menghadapa jendela. mencari sesuatu. dicari-cari tapi tiada. samad mendengus perlahan. kotak rokoknya yang kosong itu direnyuk kasar.

dia kembali duduk di atas katil. memandang teman sebilik yang masih lena. mungkin sedang bermimpi indah, mungkin bermimpi ngeri ataupun kosong dan menikmati tidur tanpa sebarang mimpi-mimpi.

"aku perlu keluar pagi ini." bisik hatinya.

tuala lusuh dicapai dan dia terus ke bilik mandi. tapi bukan untuk mandi. dia cuma memandikan mukanya dan berkumur membersih sisa liur basi yang memutih di tepi bibir. selesai mempersiapkan diri, samad mencapai helmet dan kunci. rakannya tiba-tiba tersedar dari lena.

"kemana?"

"keluar jap."

"kemana?" soalan sama. rakannya meneguk liur basi.

"cari makan jap, lapar,"

"ohh," rakannya menganggukkan kepala. terus terbaring kembali. menarik selimut dan kembali menyambung mimpinya.

perlahan-lahan samad menunggang. motosikal cabuknya membelah jalanraya lenggang. kedai masih banyak tutup. dan samad perlu terus mencari sesuatu, dia perlu terus cari sampai bertemu.

"masa macam ni lah banyak pulak kedai tutup," hati samad mula menggerutu. tapi hatinya tidak boleh di garu.


bersambung...

18 Okt 2010

balada seorang perokok

dulu-dulu,
aku manusia,
yang kenal rokok,
namun rokok masih asing dari kocek seluar aku,

tidak bebrapa lama kemudian,
aku masih manusia
juga aku perokok,
sedut dan hembus,
antara tembakau dan lighter
antara tidur dan jaga,
antara lapar dan kenyang
rokok dan rokok.

dan kini,
aku manusia
dan aku masih perokok,
pagi, petang dan malam
rokok dan rokok

akan datang,
aku cuba berharap
pagi petang dan malam,
bila mata terbuka dan pejam,
mulut aku tidak berbau tembakau,
yang aku ingat dan fikir
hanyalah
kisah dulu-dulu tentang rokok dan seorang perokok.


notaibujarikaki: tiada kaitan dengan saya. saya bukan perokok tegar..haha


16 Okt 2010

dalam hati ada taman

kata mereka,
dalam hati mereka ada taman,
aku ketawa,
cuba untuk tidak percaya,
dengan ketawaku, aku membalas,
taman perumahankah?taman rama-ramakah?

kah,kah,kah

kata mereka,
benar dalam hati mereka ada taman,
ketawaku terbisu tiba-tiba,
aku diam,
dan mereka pula yang tersenyum manja,

benarkah?
soalku tanpa bertanya,
mereka juga menjawab tanpa suara,

aku lantas bangun mendepang tangan,
mengepak lagak sang jalak menang sabung
aku lantang menjerit pada mereka,
yang asyik berfalsafah dengan "taman-taman " itu,

"kalau benar, dalam hatimu punya taman dan taman....siramilah ia, bajailah ia, semoga suatu hari nanti tumbuh kuntuman bunga chempaka, yang dikatakan orang sebagai cinta..."


14 Okt 2010

sesat di kuala lumpur 3






jenazah yang terkujur kaku di tengah-tengah ruang rumah yang sempit itu diperhatikan dengan teliti. jenazah itu memang benar sudah tidak bernyawa. pucat lesi.

lebai kordi menundukkan badan meminta diberikan laluan untuk lebih hampir dengan jenazah itu. saudara mara si mati yang sedang duduk di sisi jenazah itu beralih kebelakang memberi laluan kepada lebai kordi. lebai kordi menyelak kain selimut untuk melihat wajah si mati itu. wajahnya pucat dan lesi. ibarat darahnya sudah kering sama sekali.

lebai kordi mengalihkan pandangan kepada haji sameon dan sudin. dia cuma menganggukkan kepala. sameon dan sudin faham dengan anggukan itu. mereka datang kepada lebai kordi dan sama-sama mengangkat jenazah ke sebuah bilik di belakang ruang tamu itu. tidak terlalu berat. tidak juga terlalu ringan jenazah itu. beratnya sama seperti jenazah lelaki normal yang lain.

"letak dalam ni" arah lebai kordi yang menjadi kepala disitu.

sudin membetulkan pinggangnya. pinggangnya sudah berumur. tidak lagi sehebat zaman dia melibas bola takraw dahulu. dia duduk sebentar di atas kerusi yang ada di sudut bilik itu. berehat sebentar untuk menghilangkan rasa lenguh.

haji sameon pula, sibuk menarik getah paip. mereka semua diam. dan itulah yang sebaiknya. lebai kordi pula perlahan-lahan membuka kain selimut yang membaluti tubuh pemuda itu.bermula dari atas kepala ke paras pusat ditarik perlahan-lahan. sudin dan haji sameon memerhatikan dengan tekun.

"astagfir........" tidak sempat lebai kordi menghabiskan istigfarnya. dia terjelepuk di atas lantai.

mata lebai kordi terbelalak. wajahnya penuh dengan kejutan. kopiah putih terjatuh di sisi tempat mandi jenazah itu. dia msih sedar. cuma dia benar-benar terkejut. haji sameon dan sudin turut sama terkejut. sudin yang lenguh-lenguh pinggang tadi terus melompat ke sisi lebai kordi seraya bertanya dengan nada suara yang masih juga terkejut.

"kenapa lebai..."

"astagfirullah...astagfirullah," lebai kordi terus beristigfar. tangannya ditunjuk ke arah tempat mandi jenazah itu.

haji sameon yang berada di muka pintu masih memegang getah paip. matanya ditala ke arah sudin yang memangku lebai kordi. sudin membalas sorotan mata haji sameon. dia menangkat bahu tanda dia juga tidak betul-betul pasti apa yang terjadi. haji sameon melepaskan getah paip ke lantai di melangkah cepat ke kolah mandi mayat itu. dia mahu tahu apa yang mengejutkan lebai kordi yang memang selalu tenang itu. dua tiga langkah dia sudah sampai di sisi kolah

"astagfirullah al azim," haji sameon beristigfar panjang. dia berundur dua tiga langkah dan tersandar di dinding rumah yang usang itu. agak lama dia begitu.

husin berasa semakin aneh. kenapa kedua-dua rakannya ini terkejut seperti hilang separuh nyawa. dia bangun dan meninggalkan lebai kordi tersandar di dinding. lebai kordi sudah hampir pulih semangatnya. dia menjenguk ke dalam bekas mandi mayat itu. dan dia juga turut sama terkejut seperti dua rakanya tadi. dia tersandar pada dinding berhampiran tingkap yang tertutup.

agak lama mereka begitu. masing-masing diam membisu. hampir lima minit. mereka saling berpandangan. mahu percaya atau tidak apa yang dilihat oleh mata mereka yang semakin tua itu. lebai kordi menundukkan kepala dan mengambil nafas panjang.

"kau nampak apa yangg aku nampak?"

sudin dan haji sameon mengangguk hampir serentak. tidak menjawab.

"apa nama budak ni tadi?" tanya lebai kordi tadi merujuk kepada jenazah yang sedang kaku itu.

"Ali, lebai" sudin menjawab ringkas.

"betul budak ni laki-laki?" lebai kordi bertanya lagi. tegas dan kental soalan itu.

"betul lah lebai, laki-laki. saya kenal sangat budak ni sebelum dia pergi kuala lumpur dahulu, tapi, tak tahu boleh jadi macam ni....." sudin menggeleng kepala.

haji sameon masih terkejut di tepi dinding. lebai kordi menggeleng kepala juga. lebai kordi bangun lemah dari duduknya. menuju ke bekas mandi mayat itu. dia telah beroleh semangat kembali. dua ketul daging di dada pemuda (jika masih boleh dikatakan pemuda) ditutup kembali dengan kain selimut.

"benarlah kata orang, kita mudah sesat di kota besar. dan pemuda ini telah sesat di kuala lumpur,"

sudin menarik paip getah dan mereka menguatkan semangat menguruskan jenazah itu seperti sepatutnya jenazah lelaki diuruskan.


notakaki:
kita hidup kerana kita akan mati,



4 Okt 2010

sesat di kuala lumpur 2

usai solat. semua jemaah berkumpul di serambi masjid. ada dua tiga yang pulang terus ke rumah. lebai kordi juga ada di situ. beginilah selalunya. mereka menghabiskan waktu petang. bersembang kosong. isu subsidi isu royalti isu itu isu ini. tetapi selalunya di kedai kopi di simpang kampung. tapi hujan yang terus mencurah selama seminggu ini menyebabkan seminggu juga kedai kopi itu tidak berjualan. tiada alternatif lain. hanya serambi masjid ini yang ada.

lebai kordi sekadar menjadi pendengar. petang ini topik mereka berubah sedikit. soal si mati yang baru meninngal dari Kuala Lumpur itu menjadi topik utama. berkerut-kerut dahi lebai kordi mendengar cerita pasal si mati itu. hujan di luar masih belum mahu berhenti. sungai kecil di hadapan masjid sudah bergelora. longkang-longkang dan parit sudah sarat dengan air.

"lebai, boleh dah kita gerak ni," tiba-tiba leman muncul dari belakang.

"jomlah kita....aku mintak diri dulu, nak pergi ziarah rumah budak meninggal (niatnya untuk menguruskan jenazah sengaja disembunyikan)"

"yelah...leman ko tu perlahan sikit bawak lebai ni, hujan ni jalan jadi licin" seloroh husin pungkar sambil ketawa kecil.

asalamualaikum" ucap lebai kordi.

"waalaikumusalam," jawab jemaah yang tinggal itu hampir serentak.

perjalanan ke rumah si mati itu tidak jauh. cuma hujan yang lebat ini memanjangkan perjalanan. suasana di rumah si mati suram dan sepi. ada beberapa orang yang berkumpul di serambi rumah. lebai kordi cuba untuk mengamati orang itu satu persatu. tapi tidak kenal. saudara jauh keluarga ini barangkali. orang di dalam rumah itu tidak terlalu ramai, dan tidak terlalu sedikit. suasana juga tidak riuh dan tidak terlalu senyap. ada suara yang berbisik menyatakan sesuatu. tapi ditenggelami suara hujan yang semakin lantang di luar sana.

"assalamualaikum" ucap lebai kordi sambil memanjat anak tangga rumah yang sedikit licin dan kelihatan reput itu. bimbang anak tangga itu patah, juga bimbang dia sendiri yang jatuh tergelincir. lebai kordi menyalami orang di serambi itu satu persatu. Leman membontotinya di belakang. semuanya tersenyum manis dan menganggukan kepala tanda mereka mudah mesra.

lebai kordi pergi ke tepi serambi. diperahnya kopiah yang basah lenjun. lalu terus masuk ke dalam rumah. kelihatan ibu si mati sedang meratap perlahan di satu sudut dinding. menghadap betul-betul pada jenazah yang di selimuti dua helai selimut bercorak batik jawa. haji sameon dan sudin sudah diruangan itu. pasti sedang menunggu kedatangannya. Lebai kordi memandang keluar jendela. hari semaki gelap, hujan semakin lebat.

bersambung

30 Sep 2010

sesat di kuala lumpur

hujan renyai-renyai di luar sana. sesekali awan mendung memancarkan kilat dan disusuli guruh yang sederhana bunyinya. Lebai Kordi termenung di serambi rumah. memang tiada rezekinya hari ini. dari pagi dia berada di rumah. bukan sehari, sudah seminggu dia tidak menoreh. hari esok, jika hujan masih tetap turun, dia sudah memikirkan rencana lain untuk sesuap rezeki. jala dan jaring ikan akan dipikul menuju ke sungai. barangkali rezekinya ada di sana.

sayup-sayup azan asar berkumandang bersaing dengan suara hujan . lebai kordi bangun perlahan. berhati-hati melangkah takut tergelincir. rumah usang ini sudah banyak bocornya. berlubang-lubang atapnya. tidak pernah bertukar ganti sejak ia diwarisi dari bapanya.

"aku mahu ke masjid," nyata Lebai kordi.

"mahu makan apa petang ini,"tanya isterinya yang sedang menjerang air di dapur.

"rebus sahaja ubi kayu tu, hujan macam ni enak sangat rasanya kalau kena dengan air milo,"

"milo dah abih bang,"isterinya membalas.

"teh o pun jadi," terus lebai kordi keluar ke pintu dapur mahu mencapai basikal buruknya di situ.

belum sempat Lebai kordi duduk di atas basikal, kedengaran enjin motosikal memasuki perkarangan rumahnya dari depan, terus sahaja ke dapur. Leman anak teruna Pak sood datang. wajahnya kalut, mungkin membawa berita yang tidak baik.

"assalamualaikum lebai, ni ada berita...ali anak tunggal arwah Haji Seman meninggal lepas zohor tadi. kalau boleh nak tanam sebelum maghrib ni!" laju nafas leman menghabiskanberita yang dibawanya itu.

lebai kordi mengangguk. dia sudah biasa memandikan jenazah. itu memang tugasnya dikampung ini.

"innalillah...........lepas asar aku pergi rumah dia, kamu bawak la tempat mandi mayat tu ke rumah dia, guna lori sape-sape," ujar lebai kordi terus mahu mengayuh basikal tuanya.

"eh, lebai naik dengan saya la, laju sikit.." senyum saja bibir Leman mempelawa lebai tua itu membonceng dengannya.

lebai kordi mengangguk. sebelum naik keatas motorsikal di a memandang ke dalam ruang dapur.

"mah!...aku tak balik petang ni...kalau ko nak makan ubi kayu tu ko rebus la juga....assalamualaikum," laung lebai kordi.

"pulak..waalaikumussalam."getus isterinya sendirian

hujan semakin lebat. angin monsun timur laut ini benar-benar menghimpun awan hitam di daerah ini. leman menyeka air yang membasahi mukanya dengan tangan kirinnya. lebai kordi pula tertunduk-tunduk di belakang mengelak air hujan yang cuba menikam wajah mereka. perjalanan ke masjid terasa jauh.

"budak tu duduk mana leman, lama ku tak dengar cerita dia rasanya." lebai kordi cuba mengajak Leman berbuall.

"duduk KL lebai, lama dah dia duduk sana...tak pernah balik-balik...inilah pun rasanya baru balik,"

"ooo..."lebai kordi mengangguk panjang. entah apa difikirkannya.

pulang juga orang yang merantau jauh. cuma kepulangannya itu memang tidak dirancang. pulang hanya jasadnya saja. rohnya sudah dipanggil bertemu tuhan. motorsikal leman memasuki perkarangan masjid. jemaah baru mula mengatur saf. tidak ramai, dan itulah yang selalunya. memamng tidak ramai yang berjemaah. lebih-lebih lagi musim hujan begini. setiap waktu terasa enak untuk berehat. lebai korrdi dan leman beriringan ke tempat wudhu. selesia solat nanti masih banyak tugas yyang perlu mereka lunaskan.

"nanti abih sembahyang kau hantar aku ke rumah si mati," ujar lebai kordi sebelum masuk ke ruang solat meninggalkan leman yang masih belum selesai membasuh lumpur di kaki.leman mengangguk lemah. kubur yang di galinya tadi pasti dipenuhi air sekarang. tiba-tiba dia menggeleng kepala sendirian.

27 Sep 2010

rumah gila rumah

benarkan aku bertapak disini,
berselimut embun
bertilam aspal,
berbantal lengan,

aku hanya mahu disini,
aku bukan mahu dilempar simpati,
aku mahu hidup sendiri
hidup kalian,
aku tidak mahu peduli,

percayalah!
rumah aku di sini.
kalau boleh
untuk seribu tahun lagi,

25 Sep 2010

uuuccdfvtfvgrrrrrrr..hmffftuihhhh...arghhhh

teguk air,
makan biskut,
baca surat khabar,

ada berita dari gaza,
anak kecil tertembak peluru sesat,
mereka kata,
itu semua isu kemanusiaan,
benarkah?
terus baca...

teguk air,
makan biskut,
baca surat khabar,

ada berita dari sungai kotor di ibu kota,
sungai itu beranak lagi katanya,
mereka kata,
itu semua masalah sosial,
terus baca....

teguk air,
makan biskut,
baca surat khabar,

air habis,
biskut habis,
akhirnya,
surat khabar jadi alas makan mi segera,
makan apa agaknya saudara di palestin...


notakaki: mi segera kegemaran saya adalah mi maggi perisa asam laksa.
palestin bukan hanya isu kemanusiaan, tapi isu agama kita Islam....

21 Sep 2010

teknik main peranan

wanita berwajah sedih itu masih menangis. dia terus meratap pada jasad yang sudah terkapar di atas tanah kering berdebu itu. diam dan kaku sahaja sahaja jasad itu. jasad itu semakin sejuk. ia tidak akan bangun dan tidak terganggu oleh ratapan wanita itu yang meraung kesedihan itu.

datang satu ketika, wanita berwajah sedih itu sudah letih menangis dan meratap. barangkali dia sudah sedar dari ketakutannya itu, yang hidup pasti akan mati. dia cuba bertenang dan membuang pandangan matanya yang marah pada lelaki yang terduduk lemah diatas tanah berdebu itu. wajahnya penuh kekesalan. mata lelaki kesal itu terpaku pada tanah. lelaki ini tidak sanggup bertentang mata dengan wanita berwajah sedih.

"kenapa man? kenapa?" wanita bersuara lemah. seakan merayu. seakan meminta.

rayuan itu lemah. tapi lelaki itu masih diam. dia tiada jawapan untuk soalan yang ringkas itu.

"kau kejam Man!" kali ini tinggi suara wanita berwajah sedih itu. lelaki itu mengangkat kepalanya. pandangan mereka bertaut. tapi tidak lama. lelaki itu benar-benar tidak sanggup menatap wajah wanita itu.

"aku tak tahu salmah..."suara lelaki itu sebak hampir menangis. pisau panjang di tangannya dilepaskan ke tanah. darah merah memakat ditangannya sudah mahu beku.

dia bingkas bangun. cuba mengagahkan kaki untuk berdiri.

"aku....." dahi berkerut. dia seakan terlupa sesuatu. lama dia terdiam.

suasana sepi. tiba-tiba.


"CUTTT!!!!!!!.....apa kamu ni S. Kasdan. takkan lupa skrip lagi, ni dah kali ketiga dah ni" Marah benar Mamat Kalut.


*****************************************#**********************************************



barangkali, hidup ini benar satu drama lakonan. kalau benar begitu, bawalah watak itu, jiwailah watak itu sehabis baik.....

notaketiak: esaimen terus menjadi mimpi malam aku. sekadar mimpi memang takkan siap...kahkahkah

20 Sep 2010

dunia semua ni

11.45 malam

aku singgah bilik sebelah. mereka semua masih bersungguh menyiapkan esemen. aku cuma datang melawat. tak boleh jadi, hati aku berbunyi. semua dah nak siap. aku pasang tekad kemas-kemas. aku pun nak siap esemen juga. biarlah malam ini menjadi saksi esemen aku berjaya disiapkan.

12.30 tengah malam

mata aku dah kelabu. aku cucuh sebatang rokok. hisap dalam-dalam sambil tenung bulan terang. rokok habis sebatang dan mata masih kelabu. aku teguk air watecooler. biar air tu lama main dalam mulut baru aku telan. mata aku kembali pada skrin laptop. tapi aku tak sentuh esemen. aku bukak fesbuk, jenguk ym. sekadar itu sahaja. pastu aku kembali kepada esemen.

1.45 pagi

"tup,tap,tup tap...."
berbunyi-bunyi keyboard aku tekan. esemen tak siap-siap juga. tiba-tiba member bilik sebelah datang. "siap belum?" dia tanya. "sikit lagi" aku jawab. beliau blah. dan aku kembali sendiri hanya berteman esemen yang tak siap.

2.15 pagi

tiba-tiba perut tak selesa. ada yang perlu dibuang. keluar sahaja aku dari bilik aku terkejut. mulut aku ternganga luas. semua bilik dah gelap. semua dah tidur. tiba-tiba semangat aku nak buat esemen jatuh mendadak. betul-betul down. aku melangkah lemah ke tandas.

2.35 pagi.

"lantak la apa nak jadi. aku kena tidur jugak" jiwa aku memberontak. sayup-sayup terdengar bisikan dekat telinga. "lepas subuh ko sambung la keje tu". aku tersenyum apabila terdengar bisikan itu. bantal biru bertompok air liur basi aku pandang penuh nafsu.


"selamat malam esemen"

22 Ogo 2010

manusia anak manusia

i

jantan betina

rapat duduk,

bersilang panggung

punggung bertemu punggung


jantan betina

mata layu,

nafsu mula merayu-rayu

iman terbang melayang,

macam kupu-kupu


malam kita berdua,

usah peduli pada semua,

mari bersuka ria,

jantan betina

suka-suka

ha ha ha ha


ii


pandang kiri,pandang kanan

toleh kiri,toleh kanan.


tiada manusia,

tiada siapa,


campak terus

tanam kambus-kambus


iii


hoi hoi

manusia,

sudah lupa?

kamu dulu juga pernah menagih simpati orang dewasa,

merengek kecil mencari kantung susu ibu mu,


hoi hoi

manusia

kamu benar-benar sudah lupa,

dan cuba untuk terus terlupa,

jadi manusia perlu diingatkan,

hidup kita didunia kerana kita dijanjikan kematian

hidup kita didunia adalah di antara syurga dan neraka!

7 Ogo 2010

negara gua

ada negara dalam gua,
gua itu gelap gelita,
manusia terkurung,
tidak disiksa,
mereka semua suka-suka gembira,

manusia ini rakyat negara gua,
manusia ini dibelenggu rantai,
dari rambut sampai ke kaki
makan diberi subsidi
disuap hingga mati.

indahnya negara gua,
hiburan disaji di layar putih,
rakyat terus terantai menonton berita,
menonton berita tentang negara mereka yang gelap, suram dan indah.
berita itu nombor wahid benar dan sememangnya tiada dusta.

manusia gua kata...
inilah nikmat hidup,
waibi negara gua kata....
nikmat di dalam negara gua
syukur seribu kali syukur dapat hidup dalam negara gua.


notasiku:
aku tak penah masuk gua lagi...haha

3 Ogo 2010

kucing jalanan 3

tok ketua terjingkit-jingkit melangkah menghala ke arah benda yang mengejutkannya itu. terbalut kemas di dalam kain batik. masih berdarah. masih basah. masih baru barangkali. tok ketua geleng kepala dua tiga kali.

"ko pergi panggil dua tiga ekor yang betina datang sini. lekas." arah tok ketua kepada seman uban. seman uban juara acara 100 meter antara rumah sukan itu terus berlari ke atas bukit membawa bersama arahan yang diberi tok ketua.

"apa kita nak buat sekarang?" sameon kontot yang bersuara pula.

tok ketua tak menjawab. wajahnya yang sudah tua bertambah tua kerana asyik berfikir. kasihan anak ini fikir tok ketua. bayi ini sudah berhenti menangis. barangkali sudah letih dan kehausan. ataupun hatinya lega kerana ada makhluk yang sudah menemaninya. sesekali tok ketua membersihkan batang tubuh bayi malang itu. semut hitam sudah mula meninjau-ninjau mahu menjamah apa yang patut.

"kita tunggu dulu, nanti kita fikir apa yang boleh buat,'' tenang saja muka tok ketua.

"tapi apa yang boleh kita buat tok?"

"nanti kita fikirkan,"

"tapi ini anak manusia tok,"

"habis itu, apa masalahnya kalau bayi ini anak manusia?"

"apa yang boleh kita tolong, sedangkan manusia itu yang membuang sendiri anaknya. kenapa kita perlu sibuk-sibuk mahu menolong. tok sendiri pernah diusir oleh manusia dulu..."

tok ketua diam. matanya tajam merenung sameon kontot. tapi ada benar kata-kata itu. tok ketua membuang pandangan ke arah bulan yang semakin hilang ditutupi awan malam yang mendung. sesekali salakan anjing semakin galak memuja bulan yang semakin hilang itu. koloni kucing jalanan ini masih buntu. bayi kecil malang itu merengek-rengek lembut. mahu menetek barangkali. ataupun takut pada gelap dan sunyi. tapi pada siapa mahu mengadu. kucing-kucing jalanan. apa yang kucing-kucing kurap ini mampu lakukan. mahu makan sendiri pun tidak mampu.

malam semakin pekat. salakan anjing juga semakin kuat.

tiba-tiba,sekali tok ketua dikejutkan ooleh pandangan matanya. semua anak buahnya turut sama terkejut. ada lembaga besar dan agam berdiri di atas puncak longgokan sampah itu. mula-mula satu, kemudian dua dan kemudian bertambah dan bertambah. tok ketua menggigil.

mahu lari atau mahu apa...

bersambung lagi>>>>>

nota ketiak:
tidak ada apa-apa.

29 Jul 2010

kucing jalanan 2

"jadi apa yang perlu kita buat?" suara serak-serak basah sameon kontot memecah tembok diam itu.

tok ketua diam seketika.dia menggaru telinga yang gatal. kurap di celah ketiaknya juga digaru perlahan. tiba-tiba dia melompat ke atas baldi yang sudah terlungkup. cuba mencari tempat yang tinggi. tempat yang boleh untuknya melihat dengan lebih mesra wajah-wajah anak buahnya. dia terbatuk kecil membetulkan suara paraunya.

"aku dah buat satu keputusan," dia berhenti mengabil nafas. anak-anak buahnya setia menanti. mereka benar-benar pengikut setia.

"aku dah buat keputusan yang semua kucing yang jantan akan ikut aku menyiasat perihal suara tangisan yang misteri ini,"

"kucing betina dan kucing jantan yang belum mumaiyiz duduk diam di sini,"

kucing-kucing sekalian mengangguk tanda setuju. mereka juga sangat ingin tahu gerangan apa yang bertangis tangisan di tengah malam ini.

"lagi lima minit kita bertolak," ujar tok ketua lantas melompat turun dari buntut baldi pentas ucapannya itu.

seluruh koloni kucing jalanan tersebut bersiap-siap bagai mahu turun ke gelanggang pertempuran. ada yang mengasah kuku pada batu. ada yang menelan maajun ubat kuat. ada mengambil makanan tambahan dan bebagai lagi persiapan yang dirasakan perlu. cukup masa maka mereka bergerak turun ke arah semak di belakang tempat pembuangan sampah itu di pimpin oleh tok ketua. suara tangisan semakin nyaring tanda mereka semakin hampir. tiba-tiba, tok ketua menegakkan ekornya tinggi, sebagai isyarat supaya berhenti. telinga tok ketua bergerak-gerak, hidungnya kembang kempis mengawal nafas, basah berpeluh. dia seakan tidak percaya apa yang terlihat oleh biji matanya kini. anak-anak buah tok ketua juga msing-masing terbelalak mata mereka. mahu percaya atau mahu apa. aneh tambah ajaib.

tangisan itu tiada kedengaran lagi.


bersambung lagi>>>

nota lutut:
teringat arwah kucing saya yang suka makan derian...haha

25 Jul 2010

kucing jalanan

"uwek....uwekkk..." sayup-sayup kedengaran suara tangisan bayi dari dalam semak. betul-betul di belakang tempat pembuangan sampah.

tangisan itu kadang-kala mengharukan. kadang-kala menyedihkan. kadang-kala menyeramkan. tambah pula kawasan ini jarang dilalui manusia di malam hari. di tambah bulan yang sedang cemerlang gemilang mengambang penuh. dilatari suara anjing menyalak bersahut-sahutan dan diselangi rayuan sang pungguk yang sedang memuja bulan. suasana yang cukup untuk meruntun keberanian siapa saja.

seketika alam sunyi. tiada suara pungguk. tiada suara anjing sahut-menyahut. yang ada hanya sinaran bulan dan bunyi cengkerik mengawan. tapi suara tangisan bayi itu masih berlagu. masih tidak mahu berhenti. masih merayu-rayu. entah apa pintanya.

"suara anak siapa menangis itu?" tanya sameon kontot sambil menggaru telinganya yang dipenuhi kutu dengan kaki belakangnya. tiba-tiba dia menimbulkan persoalan kepada tok ketua kelompok kucing terbuang pusat pembuangan sampah itu. tok ketua berbuat muka ketat. keningnya nyaris bertemu kerana kerut dahinya.

"entah," itu sahaja rumusan yang mampu dibuat tok ketua setelah agak lama berfikir.

wajah seekor demi seekor koloni kucingnya yang seramai 15 ekor ditenungnya satu persatu. mereka menunjukkan wajah yang gusar dan takut. suara tangisan itu boleh jadi apa saja. barangkali hantu. barangkali jin setan yang mahu mengganggu. semuanya diam.


bersambung,

notakaki:
tibatibaideahilang+malasmenaip...kehkeh

22 Jul 2010

jiwanya ada taman

kehidupan ini barangkali satu metamorfosis. barangkali juga metamorfosis itu satu bentuk kehidupan. Kehidupan kita berubah dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Dan ironinya, manusia itu sendiri berubah. kita berubah macam lipas dan rama-rama yang bermetamorfosis. mula jadi ulat. lalu jadi pupa. lalu baru terbang bebas di dunia. tapi sayang sekali hidup rama-rama, rupanya cantik tapi nyawanya pendek. Barangkali untung sedikit kalau jadi lipas, walaupun jelek dipandang, namun istimewa, sukar mati walaupun sudah kudung kepala .

tapi kita manusia. mana sama metamorfosis kita sama serangga. kita punya jalan hidup yang lain. tapi yang nyata, semua kita sentisa berubah. siapa saja boleh berubah. yang muda jadi tua, ada yang papa jadi kaya, yang tiada jadi berkuasa,yang hina jadi mulia, yang ingat jadi lupa.

nordin beredar perlahan dari tempat dia mengcangkung menonton jalur-jalur merah jingga memanjat langit dari timur. hampir setiap pagi, nordin melihat jalur-jalur merah jingga ini. sudah jadi acara wajib bagi pagi nordin. cuma kadang-kadang temujanji mereka diganggu sang awan hitam dan rakan karibnya hujan yang datang mencurah di pagi hari. tiada lagi jalur-jalur merah jingga pada pagi tersebut. suasana suram, gelap dan sejuk. suram gelap dan sejuk itu petanda nordin akan jadi malas bangun dan akan terus setia dengan tilamnya sahaja.

rokok yang masih banyak bersisa dibaling ke tepi. di baling bersama pemikirannya yang meracau tadi. meracau tentang hidup. meracau tentang metamorfosis.

dengan tuala yang sudah berdaki, dia mengorak langkah ke tandas. mahu mandi, mahu gosok gigi, mahu macam-macam lagi dan dia perlu cepat. dia perlu mengejar kelas pagi ini. pukul lapan akan bermula kelas. tidak kurang dan tidak lebih. pukul lapan. jika sampai awal, nordin akan bahagia, andai terlewat pasti bahaya.

sewaktu menggosok gigi nordin diganggu lagi dengan ingatannya tentang metamorfosis. nordin pandang tepat pada reflek dirinya di dalam cermin.

"mahu jadi apa," soalnya. tapi ternyata tiada suara yang keluar. tiada suara juga yang menjawab kembali.

"puhhh,'' nordin meludah semua fikirannya itu ke dalam sinki. mengalir bersama air ludahnya berbaur dengan buih-buih ubat gigi. nordin membersihkannya. terus menuju ke pancuran air. seketika kedengaran deburan air diselangi nyanyian kecil rakan-rakan yang sama-sama akan terlewat ke kelas.

Nordin bersiap ala kadar baju biru muda lengan pendek, seluar hitam, songkok hitam, tali leher belang-belang, ubat ketiak jenama rexona. semua sudah sedia melekat pada tubuhnya. teman sebiliknya, sudah tiada. sudah ada di kelas barangkali. Nordin melihat jam pada telefon genggamnya. sudah lewat 5 minit pukul lapan. Nordin lewat lagi. bergegas dia mnekan punat lif. tapi nordin bukan seorang yang mahu masuk ke perut lif itu. ada 13 tingkat lagi yang berebut lif yang sama. mahu tidak mahu, nordin menapak sahaja menuruni tangga. dan terus melangkah laju-laju ke kelasnya.

nordin selamat tiba ke kelas walaupun agak lewat. sang pensyarah tersenyum sahaja melihat nordin. tidak perlu ditanya kenapa. jika ditanya sekalipun seribu alasan boleh diberi nordin. biarkan sahaja anak muda yang sudah boleh mengenal hitam dan putih ini. lambat laun dia pasti berubah. itulah fikiran sang pensyarah.

pelajaran diteruskan. Nordin semakin hanyut. rakan dikiri dan kanan juga sedang berperang sepertinya. melawan mata yang mahu kantuk bukan perkara enteng. orang yang benar-benar hebat sahaja mampu melawan kantuk mata ini, nordin cuba menyelak halaman buku catatannya. cuba melakar apa yang patut. matanya berbalam-balam. tangannya sudah tidak bergerak. kaku sahaja. dan akhirnya kepala jatuh juga di atas meja. sudah tidak sedar akan wujudnya dunia sekitarnya.

tiba-tiba, ada suara menyapanya.

"cikgu, cikgu...jangan rotan kami," hampi mahu menangis suara kecil itu.

nordin tersedar lamunannya. satu-satu mata murid darjah tiga yang lewat itu ditenungnya. matanya dikecilkan. wajahnya sengaja dibengisakan.

"kenapa lambat datang sekolah ni,?" soal nordin. rotan panjang dua hasta sengaja diacu ke udara untuk menakutkan ketiga0tiga budak yang belum bersunat itu.

tapi mereka diam sahaja. masing-masing takut pada rotan cikgu nordin.

"cakap pada cikgu, kenapa kamu semua lewat.?" satu persatu perkataan itu disebut nordin dan penegasan diberikan pada perkataan lewat.


dua dari anak kecil itu mula merah matanya. bergenang dengan air mata. menunggu masa mahu tumpah. anak yang seorang lagi yang masih tenang menjawab soalan nordin, walaupun tenang, masih tergagap.

"tayar basikal pancit cikgu. sebab tu lambat," tunduk sahaja ke tanah anak kecil ini. malu-malu mahu bertentang mata dengan cikgu nordin yang punya rotan halus panjang dua hasta.

cikgu nordin tersenyum sahaja. ditenung mata budak-budak itu dalam-dalam.

"dah pergi masuk kelas, esok jangan lambat lagi," arah nordin sambil berlalu pergi menuju ke setor tukang kebun.

anak-anak kecil itu terus berlari menggalas beg serupa sekampit guni beras yang sangat berat. tiba-tiba anak kecil yang berani menjawab soalan sudin itu separuh menjarit ke arah nordi.

"esok hari sabtu, tak sekolah cikgu," bertambah laju mereka berlari. pecah berderai ketawa mereka.

nordin berpaling. terus tersenyum.

"hai...budak-budak," nordin terus teringat dia juga begitu dulu. sering terlewat. selalu terlambat.

nordin terus menalakan langkahnya ke arah tukang kebun yang sedang sibuk dengan urusan perkebunannya.

"pekena sarapan sigaret dengan brader john(nama tukang kebun) bagus juga pagi-pagi macam ini" bisik hati nordin.

sayup-sayup kedengaran alunan lagu sekolah dari pembesar suara sebelum murid-murid memulakan pelajaran sesi pagi. nordin bersama brader john pula sedang asyik menghembus asap tembakau yang putih seputih awan komulunimbus. seputih jiwa nak-anak kecil tadi.

nordin tersenyum sahaja.

noktah.

notakaki:
jangan jadi macam nordin....kehkeh.

16 Jul 2010

lapan ratus mahu seribu

1
ada wang kurang lapan ratus mahu satu ribu,
bapak yb kasi dengan wajah terharu,
katanya kasihan sama anak bini kamu,
hidup melarat sebab kerja tak menentu,

ada wang kurang lapan ratus mahu seribu,
kata bapak yb, itu lebih dari membantu
syukur pak yb
syukur kata pak abu

ada wang kurang lapan ratus mahu seribu,
anak yang sulung kata mahu beli buku,
yang tengah kata mahu bayar yuran sebelum hari rabu,
yang kecil merengek mahu minum susu,
geleng kepala pak abu,

2
pak abu masih macam dulu,
wang kurang lapan ratus mahu seribu,
sudah habis beli buku
beli susu.
pak abu tongkat dagu,
teringat bapak yb yang datang rumah tiga tahun lalu.

14 Jul 2010

jalan para pemuda (jangan bersedih) 3

nordin sudah hilang sabarnya. Belum sempat motor berhenti, terus saja dia melompat. Senget-senget brader rosli menahan dari terjatuh. tanpa memerhati sekeliling, dia terus melilau ke sana ke mari mencari fail merahnya. Brader rosli cuma memerhati dari motor. Dibiarkan sahaja Nordin mencari sendirian. anak muda memang begitu, gelojohnya bukan main.

Berulang-ulangkali Nordin membelek tempat yang sama. tidak juga berjumpa benda yang dicari. Nordin mula garu-garu kepala yang tak gatal. Dia duduk tersandar pada tembok. barangkali sudah mula putus usaha. sayu saja matanya memandang ke arah brader rosli yang masih menunggu di motorsikal. Nordin cuba senyum. tapi kelat sahaja senyumannya.

brader rosli pasang rokok. terus perlahan-lahan menghala ke arah Nordin.

"macam mana ?jumpa?"

Nordin diam sahaja. cuma kepalanya sahaja yang menggeleng.

Rokok?"

nordin capai kotak yang dihulur. dia pasang sebatang dan sedut dalam-dalam. Rosli biarkan nordin dalam dunianya seketika. dia juga berkira-kira bagaimana mahu memberi semangat kepada anak melayu yang sudah layu ini. sekeliling tempat itu Rosli perhati. Jalan, sebagaimana fungsinya jalan, sentiasa sibuk dengan kenderaan. tapi tidak sesak dan tidak lenggang. tidak jauh dari mereka, seorang pak cik pertengahan usia beruniform alam flora terbongkok-bongkok mengais sampah yang ada di tepi jalan. agak lama Nordin menekuni lelaki itu.

"ko dah tanya pak cik tu?"

"tanya apa bang?" soalan dijawab dengan soalan.

"tanya kot-kot dia ada nampak fail ko tu la."

"ha,ah....lupa nak tanya,"

"nanti aku pergi tanya, ko tunggu sini, biar orang berpengalaman buat kerja...aku hisap rokok dulu tau sebelum ko...haha,'' rosli ketawa sambil berlari-lari itik ke arah pakcik yang sedang leka mengais-ngais sampah itu,

'' assalamualaikum pakcik,'' tangan dan salam dihulur,

"alaikumussalam," tangan bersambut mesra.

"minta maaf la dik, tangan kotor sikit, ada apa ni?"

''tumpang tanya sikit pakcik, pakcik ada jumpa fail kaler merah tak masa menyapu kat sana tadi?"

"fail kaler merah?" pakcik pencakar sampah buat-buat mata terbelalak. terkejut gamaknya.

"ha'ah..."

"kejap,..aku cuba ingat..." berkerut-kkerut dahi pakcik pencakar sampah tersebut.

rosli sabar saja menunggu.

"rokok pakcik?" rosli menghulurkan sigaret kepada pakcik itu. kasihan rosli melihat pakcik yang sudah tua itu berkerut tambah berkedut dahinya cuba menyusun semula ingatan mengenai sesuatu yang bernama fail merah. rokok bersambut.

"ingat tak pakcik?" tanya rosli sekali lagi lantaran melihatkan pakcik pencakar sampah itu terkial-kial cuba memasang api pada rokok. angin pada pukul 12 tengah hari itu luar biasa derunya. pakcik tua diam saja. usahanya masih pada rokok yang masih belum mahu bernyala.
agak lama masa berlalu begitu.

''haaa...baru aku ingat, aku dah campak dalam tong kat situ tadi. tapi lori sampah dah angkut dah pergi tempat lupus sampah." ceria saja wajahnya. barangkali gembira dapat membantu orang. asap sigaret perlahan-lahan keluar dari celah mulutnya. sesekali menampakkan giginya yang jarang-jarang kerna banyak yang telah tumbang dek usianya yang juga barangkali hampir tumbang.

"yeke pakcik?" rosli tidak tahu untuk mahu gembira atau untuk berasa kecewa.

rosli memandang ke arah nordin. tangannya melambai-lambai ke arah nordin memanggil anak muda itu ke arah mereka. nordin bingkas bangun. wajahnya sedikit ceria, berharap lambaian rosli itu membawa berita gembira.

"ada jumpa tak bang?"

"pak cik ni kata dia dah buang dalam tong tu, dah hantar masuk lori sampah."

nordin tercengang mendengarkan khabaran itu. sama seperti brader rosli tadi, mahu gembira atau mahu kecewa.

''habis tu macam mana, kat mana tempat pelupusan tu pakcik," terus saja nordin bertanya kepada pakcik itu..

ringkas cerita. mereka berdua menuju ke tempat pelupusan sampah itu. sebelum itu mereka singgah di sebuah masjid. nordin dan rosli solat zohor dan terus buat solat hajat. barangkali mahu minta tolong pada tuhan dimudahkan kerja, supaya ditunjukkan jalan keluar dari masalahnya. panjang doa nordin selepas solat hari ini. mahu saja dia menangis, tetapi brader rosli yang ada ditepinya menidakkan untuk dia menangis. dia simpan air mata kemas-kemas. mana boleh lelaki menangis disaksikan lelaki lain. hilang jantan fikirnya lagi.

selepas makan nasi yang ala kadar sahaja hidangannya disebuah warung kecil ditepi masjid, mereka terus maju ke tempat pelupusan sampah seperti yang diberitahu oleh pakcik pencakar sampah itu tadi. Pakcik pencakar itu tadi ditinggalkan dengan ucap terima kasih yang berbanyak-banyak tidak terhingga. tetapi pakcik itu menolak ucap terima kasih itu, katanya.

"tak payah lah terima kasih, kecil punya hal lah," ujar pakcik itu sambil menyedut rokok yang masih berbaki.

hampir-hampir kurang lima belas minit pukul empat petang mereka tiba juga ke tempat yang dituju. sampah menimbun-nimbun. pandang ka barat sampah, ke timur juga sampah. pendek kata, ,mereka dikelilingi sampah dan sampah. nordin pandang ke langit, ada juga dua tiga keping sampah yang terbang berpusing-pusing ditiup angin petang. udara yang dihirup juga udara sampah.
barangkali semua manusia dewasa ini tiada pekerjaan lain lagi melainkan menghasilkan sampah saban hari. kalau tidak, masakan boleh ada sampah yang sebanyak ini.

nordin memandang sekeliling tapak pelupusan ini. pokok-pokok hijau juga tidak mahu hidup di pinggiran tapak pelupusan ini. pokok-pokok telah berhijrah barangkali. mencari kawasan penghidupan yang lebih selesa udaranya.

nordin dan rosli menutup hidung. mereka mula bergerak ke arah jentera berat yang sedang melenyek sampah supaya lebih padat. bila lebih padat maka ada lebih banyak ruang untuk lebih banyak sampah. sesekali mereka terjengket-jengket melangkah. takut-takut terpijak cairan berlendir kekuning-kuningan yang entah apa jenisnya.

sedang asyik terjengket-jengket, terkepit-kepit melangkah, bahu nordin ditepuk dari belakang. nordin terkejut. rosli ikut sama terkejut. mereka melompat ke hadapan, dan terus berpaling ke belakang dan memasang kuda-kuda, laksana pendekar melayu zaman purbakala mahu bertaruh nyawa di medan pertempuran. mahu bertentang mata dengan makhluk yang mengejutkan mereka.

"assalamualaikum" ujar makhluk itu.


bersambung...

notakaki:budak bawah umur dilarang baca, terdapat banyak adegan merokok di dalam cerita ini.

13 Jul 2010

Haltet den Dieb! (bahasa jerman ni)

ambillah saja,
orang bukan tahu,
dinding dan lantai batu,
ah,
persetan,
mereka semua bisu.
dosa, balasan hari akhirat,
ah,
persetan lagi,
taubat bila-bila boleh buat,
kau masih muda remaja, berbunga-bunga.........

tapi ada Tuhan, kawan,
Tuhan maha tahu,
konfem
kau memang tak boleh main tipu,
taubat sahaja kawanku,
ajalmu kau sendiri tak tahu,
nanti kau malu sampai ke bulu-bulu,


notakaki:

elaun mungkin boleh jadi ubat, manamungkin kalau sudah duit sendiri mahu lagi mengambil duit orang lain.
kepada elaun, cepat sikit masuk.

sotong kering

semua boleh jadi ini zaman,
ketul besi pun boleh jadi burung di awan,
apa pula nak pelik,
kalau,
sotong kurita pun boleh jadi tuhan,

10 Jul 2010

aku lapar

tolong,
tolong tunjukkan aku kawan,
tanah yang langitnya adalah gula kapas,
buminya kek secret recipe perisa blueberry,
sungai yang airnya air twister perisa oren,
pasirnya nasi kukus lauk ayam rempah,

tolong,
mari tolong tunjukkan aku
bumi yang orang tidak menyuap untuk makan.
tidak meneguk untuk minum,
tidak melangkah untuk berjalan.

tolong
tolong khabarkan pada aku,
hidup ini semudah pejam dan celiknya mata.
semudah bergelak ketawa
seindah bermain couter strike setiap masa,

tolong,
tolong percayakan aku kawan,
hidup biarlah jadi orang yang tidak tahu apa-apa
kerana semakin kita tahu rahsia
semakin kita tidak berbahagia.

lalalalu
ada yang menegurku,
kawan...
hidup tak semudah itu....
mati juga tak semudah itu...


nota kaki: entri ditulis sesudah bermandi darah (beberapakalimatihidupsemula) bermain counter strike dengan beberapa pejuang yang tidak pernah merokok.

7 Jul 2010

jalan para pemuda (jangan bersedih) 2

Pagi itu masih dara. Pagi yang belum dicabuli oleh suara jentera dan suara manusia. Nordin bangun awal, bersiap-siap untuk mencari kerja lagi dan lagi. Waktu itu azan subuh masih belum berkumandang. Brader rosli masih kaku terdampar diatas tilam. Masih malu-malu untuk bangun.

menunggu azan subuh, Nordin mencucuh sebatang rokok di luar rumah. kesejukan pagi yang masih dara itu memeluk tubuh nordin. Sesekali dia tergigil, mengetap-ngetap gigi. dalam suasana tenang dann sunyi itu,Nordin cuba berkira-kira di dalam kepalanya. Kemana pula hendak bertaruh untung nasibnya hari ini.

di dalam rumah kedengaran air berdeburan. Brader rosli sudah bangun barangkali. pembesar suara surau sudah mula mengalunkan selawat dan beberapa ketika selepas itu, azan pun berkumandang memecah kesunyian pagi. serentak itu, nordin cepat-cepat masuk ke dalam rumah.

"kemana hari ni?" tanya brader rosli selesai mereka solat berjemaah.

"entah,, tengok la nanti macam mana," nordin tersenyum.

masa terus berlalu. lampu-lampu di jalanan yang menerangi malam terpadam satu persatu. diganti dengan limpahan cahaya garis-garis merah jingga yang mula memanjat langit di ufuk timur. suasana mula bising dengan suara kenderaan yang membanjiri jalanan.

Nordin sudah siap dengan seragamnya. siap dengan tali leher. dan kasut kulit yang dipinjam dari teman di kampung. Namun, Nordin masih berasa belum sempurna hidupnya pagi itu. Dia masih tercari-cari sesuatu. habis seluruh rumah itu digeledahnya. Dia mula kalut. wajahnya tidak tenang. Brader rosli memerhatikan sahaja gelagat anak muda ini.

"kau cari apa din, mari la makan nasi lemak ni dulu.." cuba untuk menenangkan Nordin yang gelisah.

"abang ada jumpa fail merah saya tak?" soalan itu ditanya tanpa menoleh ke arah brader li.

"tak," jelas jawapan Brader rosli. dia terus tenang mennyudahkan hidangan dihadapannya. sesekali dia menjeling juga ke arah nordin.

Nordin sudah letih mencari. dia mengeluh berat dan berjalan perlahan-lahan ke arah brder li yang sudah selesai bersarapan.

"jumpa?"

"tak,"

"ada mende dalam fail tu?"

"ada semua benda bang, sijil,resume...semua bang, mati saya bang,"

Diam seketika. perlahan-lahan nordin menbuka bungkusan nasi lemak yang masih suam-suam kuku itu. Pada wajahnya terlukis seribu garis kebimbangan dan kegusaran. perlahan-lahan dia menyuap kepal-kepal nasi ke dalam mulutnya.

"mana ko letak semalam?"

Nordin diam. Otaknya ligat berfikir. tangannya berhenti menyuap. Mulutnya masih mengunyah sisa nasi yang belum habis ditelan.

"ha'ah....tertinggal kat kedai burger abang semalam, Allahuakbar"

nordin bingkas bangun. nasi yang masih bersisa ditolak ke bawah tudung saji.

"eh, makan dulu bagi habis.."

"tak sempat dah bang, nanti hilang pulak," jawab nordin.

"nanti dulu, jom naik motor aku, aku hantar,"

sewaktu mereka tiba di tempat Brader rosli meniaga. matahari sudah menampakkan wajah girangnya. agak garang cahaya matahari pagi itu, tapi masih nyaman.



bersambung

5 Jul 2010

jalan para pemuda (jangan bersedih)

"Bang li, burger ayam mayo satu," lemah saja suara Nordin.

Brader penjual burger itu mengangguk dan tersenyum manis. Adat orang berniaga, perlulah sentiasa manis muka, barulah pelanggan suka. Kedua-dua tangannya lincah bermain diatas kuali panas menyediakan burger yang dipesan pelanggan, termasuk burger Nordin. Nordin tidak mahu cepat jadi Nordin meninggalkan brader itu melunaskan kerjanya dengan tenang.

Nordin duduk diatas tembok betul-betol di belakang gerai burger itu. Fail merah tebal berisi berbagai dokumen yang dikepit dari pagi tadi diletakkan disisinya. Sudah hampir sebulan fail merah ini diusung olehnya. Sudah hampir sebulan juga dia berada di kota besar ini. Sudah hampir sebulan juga setiap petang dia makan burger ayam mayo di gerai di tepi tembok ini. Sudah hampir sebulan juga dia ke hulu ke hilir mencuba nasib mencari kerja yang sesuai dengan kelulusannya dan sudah lebih dari sebulan dia bergelar penganggur profesional. Sebulan dalam hidup yang sangat panjang tempohnya bagi pemuda ini. Juga sebulan yang sangat sukar untuk dilaluinya.

Nordin membuang jauh pandangannya, dalam kepalanya ketika itu bagaikan tiada otak, barangkali berisi petai dan jering. Orang yang lalu lalang dihadapan sedikitpun tidak mengusik lamunannya.

"din, ni burger...," ujar brader penjual burger itu sambil menghulurkan burger yang masih panas. Nordin tersentak. Lamunan Nordin bersambung ke siri akan datang.

Brader ini bukan orang lagi bagi Nordin. Sejak kota besar ini menjadi kampung halamannya, di rumah sewa brader inilah dia menumpang. Rumah orang bujang.bolehlah untuk bernafas, untuk hidup. Mereka tiada pertalian darah. Jauh sekali pernah menjadi kenalan lama. Dalam tempoh sebulan inilah mereka baru berkenalan dan bersahabat. Nordin sangat bertuah dan bernasib baik, dalam kota besar ini masih ada manusia yang mempunyai hati semulia ini yang ingin membantunya.

"macam mana, dapat tak kerja?" soal brader penjual burger itu, namanya Rosli.

Nordin diam sahaja. Burger di tangan masih belum dijamah.

"tak dapat bang," pendek saja jawapannya. kalau sebelum ini, sewaktu hari pertama dia mencuba nasib merisik kerja, akan diceritakan perihal mencari kerjanya dari hujung sampai pangkal kepada brader Rosli. Tapi hari semakin hari, ceritanya dan jawapannya semakin pendek. Mungkin tiada apa lagi yang boleh diceritakan. Barangkali kisahnya sama saja dengan ceritanya yang terdahulu. Rosli malas mengganggu pemuda yang sedang hanyut dalam emosi. Takut nanti terus tenggelam. Lama Rosli membiarkan ordin dalam dunianya. Sehinggalah azan isyak habis berkumandang barulah Nordin bersuara.

"Bang saya balik rumah dulu la...letih.." ucap Nordin acuh tak acuh.

Rosli mengangguk. Nordin berlenggang, wajahnya, wajah orang kalah judi. Langkah kakinya, langkah orang mabuk todi. Dia benar-benar ingin mengosongkan fikirannya dengan masalah, sekurang-kurangnya malam ini.

Tanpa Nordin sedari, hidupnya akan dipenuhi lebih banyak masalah esok hari. Kamen rider decade juga tidak akan dapat menyelamatkan Nordin dari masalahnya ini. Siapa saja tidak boleh meramal tentang hari esok. Begitu juga Nordin. Tidurlah Nordin malam itu dengan lena tanpa gangguan untuk berhadapan dengan hari esok yang serba tidak kena.

bersambung.

1 Jul 2010

saja-saja

salam alaik,


Saya sudah hampir terlupa bahawa saya sudah punya sebuah blog. Kehidupan di kampung sewaktu cuti semester hampir memabukkan saya dengan ketenangan. jadi saya tidak punya masa untuk melepak di alam siber ini.

Orang kata, kalau sudah punya kekasih maka sayangilah ia. Tapi saya tidak punya manusia yang bergelar kekasih untuk disayangi. Blog ini juga bukan kekasih saya. Tapi sekurang-kurangnya buat masa ini, dengan blog ini saya boleh membuatkan saya melakukan sesuatu yang ada kalanya bermakna dan ada kalanya tidak membawa erti apa-apa. Oleh itu, saya perlu menghargai blog saya ini dengan memperlakukan ia seadanya. cukup soal ini.

Baru petang tadi, ada seorang member telah mengetuk fikiran saya dengan suatu perkara yang nampak remeh (bagi saya kerana saya bukan manusia yang suka berfikir). Oleh itu, member saya ini kerap kali cuba mengajak saya untuk berfikir. Sewaktu itu kami sama-sama sedang menyumbat perut dengan makanan di kantin institut. Kata member saya:

"Kita patut mencintai dan menyayangi alam SEMULA JADI"

Saya membenarkan katanya. Memang itulah yang sepatutnya saya lakukan. Saya juga percaya, manusia yang hari-hari mencampakkan sampah ke sungai dan manusia yang hari-hari menuai balak di hutan juga turut akan membenarkan kata-kata member saya ini.

Member saya itu mengangguk dua, tiga kali dan tersenyum nipis. Dia menghirup teh o ais yang masih berbaki dan mula mengunyah seketul ais. Selesai semua itu dia kembali mengajak saya berfikir.

"tapi betul ke alam SEMULA JADI?" soalan yang aneh ditanya kepada saya.

sejenak saya terkedu memikirkan soalan yang sudah tentu ada jawapan itu. Dan seketika kemudian saya tersenyum.

"betul la ek, kalau alam SEMULA JADI tak tepat, sebab alam ini bukan tercipta secara semulajadi, alam ni ada penciptanya. Dan pencipta alam ini adalah Allah. Jadi frasa yang lebih tepat adalah Alam Ciptaan Allah,"

Tiada ulasan dari member saya itu. dia menangguk-angguk kepada saya dan terus asyik dengan hidangannya itu. saya tersengih.

Maka itu lah bahasa. Alat yang menghubungkan manusia. Dan boleh jadi juga penyebab kepada sengketa sekiranya bahasa yang ada tidak digunakan sebaiknya.
Pepatah-pepitih orang dolu-dolu,,,,Kerana pulut santan binasa, kerana mulut ramai yang masuk .......

habis sudah.

22 Mei 2010

apa itu pungkar

"bale...kuat di ni memungko,"

"bot fiber keh tersangkut kat pungko tadi, cemaih nak terbalik,"

berikut adalah beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan pungkar. perkataan ni selalu digunakan oleh penutur loghat pulau tawar yang tegar. rasa-rasaya kat tempat lain tak ada istilah 'pungkar' ni.

ringkasnya, perkataan ini boleh berfungsi sebagai kata nama dan boleh juga berfungsi sebagai kata kerja apabila ditambah imbuhan.

pungkar yang berfungsi sebagai kata nama membawa maksud tunggul-tunggul kayu yang telah mati tercacak ditengah sungai atau paya. kayu-kayu besar yang hanyut di tengah sungai pula dipanggil pungkar hanyut.

pungkar yang berfungsi sebagai kata kerja pula ialah perbuatan bersembang secara berlebihan, dengan mengeluarkan idea yang merapu, tanpa ada wacana yang jelas. perbuatan ini boleh dilakukan dimana-mana. tapi selalunya kegiatan ini dijalankan di kedai-kedai kopi.

untuk keterangan yang lebih jelas dan tepat boleh terus berjumpa dengan mana-mana penutur tegar loghat pahang, kalau boleh yang asal dari pulau tawar.(sebenarnya aku pun tak berapa pasti, ingat-ingat lupa...hehehe). sekian terima kasih.

20 Mei 2010

entri menjelang 9.30 malam

apa kesukaan saudara/boleh jadi saudari?

saya suka melihat matahari terbenam. barangkali saya juga suka minum susu (ketawa kecil).

kenapa saudara/saudari memilih matahari terbenam ?

kerana ianya indah. dan juga....itu tandanya datangnya malam dan berakhirnya siang.

kenapa lagi, boleh saudara/saudari jelaskan?

kerana siang itu panas dan malam itu sejuk. dan saya lebih suka untuk memilih malam. (tersenyum)

apa pula yang saudara/saudari benci?

mudah jawapannya. saya benci siang.saya penat dengan siang.siang sentiasa memaksa saya untuk bekerja.

saudara/saudari benar-benar membenci siang dan memuja malam?

(terdiam sejenak...berfikir.)

saya terpaksa juga mencintai siang.

kenapa pula???(keliru)

tanpa siang tiadalah malam....

7 Mei 2010

salah lorong

Samad sedang memandang ke hadapan. Memandang ke arah sungai yang sedang mengalir lesu. Sungai yang samad tiada tahu akan namanya. Tetapi sungai inilah yang menjadi tontonannya setiap kali menunggu bas di stesen bas Pekeliling ini. Beberapa manusia lain juga sepertinya. Sama-sama membuang pandangan ke arah sungai yang keruh itu.

Samad memandang ke seberang sungai itu. Ada beberapa lelaki sedang leka memancing rezeki di dalam keruh sungai itu. Pendatang asing barangkali. Samad menggeleng kepala dan tersenyum. Diberi upah sejuta sekalipun dia tidak akan memakan ikan yang datang dari sungai yang berwajah longkang itu.

Tidak jauh dari kumpulan lelaki yang memancing itu ada dua ekor biawak air yang sedang berjemur. Besar dan sihat tubuh badan mereka. Baru lepas bersantap barangkali. Biawak-biawak itu tenang dengan dunia mereka. Keriuhan manusia disekeliling mereka sedikit pun tidak mengganggu ketenangan mereka. Samad membuat andaian. Barangkali biawak itu berpasangan, seekor jantan dan seekor betina. Kalau benar biawak itu betina dan jantan. Memang mereka pasangan yang bahagia.

Samad menggeliat, dan menguap panjang. Sudah setengah jam dia menunggu bas ekspres ke kampungnya. Samad memang sudah biasa menunggu seperti ini. Bas ke kampungnya ini sering terlewat, alasannya rosak, kesesakan lalu lintas dan seribu macam lagi menjadi pemanis mulut. Dan samad terpaksa menerima alasan itu semua. Terpaksa dan ditelan dan tersenyum. Samad tiada pilihan. Syarikat bas yang lain tiada membuat perjalanan ke daerah kelahirannya. Syarikat yang sering lewat itu saja yang sudi membuat jadual perjalanan ke daerahnya itu.

Samad bangun, membetulkan letak seluarnya dan duduk kembali. Seorang brader tiba-tiba menghampirinya. Duduk betul-betul disebelahnya. Sama-sama diam memandang sungai yang keruh dan lesu itu.

“kerja ke kat kl ni?” brader itu memulakan keramahannya. Melemparkan senyuman.

“tak, belajar lagi,” samad menjawab jujur.

Samad memandang brader itu sekilas pandang. Biasa-biasa saja pakaiannya. Rambut panjang menutup telinga. Dia menyandang beg yang lusuh pada bahunya. seluar jean koyak lutut dan selipar jepun berbiji. Belum habis samad mengamati, brader itu bersuara kembali.

“nak balik mana ni?” Tanya brader itu.

“jerantut, pulau tawar. Abang?” samad menjawab dan bertanya kembali.

“gua tak balik mana-mana pun. Saja lepak sini. Jalan-jalan tengok gelagat manusia.” Jawab brader itu. Tangan kanannya menyelak helaian rambut yang jatuh menutup matanya.

“lama dah lu duduk kl ni?” Tanya brader itu sambil tangannya masih sibuk mendandan rambutnya.

“ada dalam 2 tahun dah,” samad menjawab. Pandangan matanya masih pada pasangan biawak yang sedang berjemur itu.

“baru lagi la…” balas brader itu. Kepalanya terangguk-angguk macam ayam belanda kelaparan. Brader itu diam dan membawa keluar sebuah buku berwarna kuning dari dalam begnya yang lusuh itu. Brader itu terus menekuni buku berwarna kuning itu.

Samad bangun dan menyeluk poket. Dia membawa keluar bungkusan kotak berwarna merah. Isi kotak itu dibawa keluar dan dipasang dibibirnya. Samad duduk kembali. Kotak rokok itu disuakan kepada brader yang sedang tekun dengan buku berwarna kuningnya itu.

“rokok?” ujar samad sambil tangannya menghulurkan kotak berwarna merah itu. Kotak itu bersambut dengan senyuman dari brader itu.

“gua tak hisap rokok.” Kata brader itu sambil tersenyum. kemudian terus sibuk dengan buku kuningnya. Samad tersengih malu dan menyimpan kembali kotak rokok di dalam poket seluar. meraka berdua sama-sama diam.

Untuk seketika samad dan brader berambut panjang itu berada di dalam dunia masing-masing. Samad dengan dunia rokoknya dan brader berambut panjang dengan dunia buku berwarna kuningnya. Sesekali samad menoleh ke tempat parkir bas di belakangnya. Sepatutnya lebih 30 minit yang lalu basnya sudah sampai. Tetapi dia masih disini, terus menunggu dan basnya masih belum kelihatan.

sekumpulan lelaki yang memancing di seberang sungai itu tadi semakin bergerak ke hilir sungai. Lumayan hasil perolehan mereka. Ikan-ikan yang menghuni sungai yang keruh ini sihat-sihat dan montel-montel. Barangkali banyak bahan buangan yang berkhasiat telah tumpah ke dalam sungai ini dan menjadi hidangan harian ikan-ikan ini. Wajah lelaki-lelaki itu ceria. Sesekali mereka tertawa meraikan hasil tangkapan mereka yang lumayan itu.

Dan samad masih menunggu. Tiba-tiba brader berambut panjang itu menutup buku berwarna kuningnya. Memegang buku itu dengan tangan kirinya dan terus berkata kepada samad.

"Jalan dekat Kola lumpur memang berselirat, salah masuk lorong payah nak patah balik. Jalan banyak jalan sehala," tak semena-mena brader itu bercerita soal jalan raya di kuala lumpur.

Brader itu diam dan memandang wajah samad. Samad mengangguk dua tiga kali. asap rokoknya dihembus perlahan. asap itu hilang di hembus angin petang yang hangat.

Melihat Samad masih terdiam Brader itu pun menyambung ucapannya.

"hidup kita kat dunia ni macam jalan-jalan yang berselirat kat kola lumpur ni la," tiba-tiba sahaja brader berambut panjang mula bermadah. dia berhenti mengambil nafas. Samad mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak. Dia masih belum faham.

brader itu menyambung.

"ke depan kita ada banyak lorong, lu salah masuk lorong payah nak u turn. boleh u turn. tapi payah sikit," tambah brader itu. tangannya terkibar di depan hidungnya. Cuba menghalau dua ekor lalat yang cuba mengganggu ketenteraman hidupnya. Samad masih samar-samar, dia menyedut asap rokok dalam-dalam dan cuba berfikir.

"hidup kita kalau salah pilih jalan hidup memang payah nak kembali ke pangkal, ada yang berjaya berubah. Tapi lagi ramai yang terus sesat dalam lorong yang dorang pilih tu," semakin jelas apa yang cuba dijelaskan brader berambut panjang ini.

Samad hanya mengangguk dan tersenyum untuk mengiakan kata-kata hikmat brader berambut panjang itu. tiba-tiba brader itu bangun dan menggeliat. dia melompat ke anak tangga yang paling bawah dan berlari kecil ke arah tong sampah berwarna kelabu. 3 ekor burung gagak yang sedang asyik mencari juadah tengah hari di dalam dan di pinggir tong sampah itu tersentak. burung-burung itu terbang ke dahan-dahan pokok berhampiran dan berbunyi nyaring. Barangkali burung itu marah pada brader berambut panjang itu.

tanpa samad duga, brader itu juga seperti gagak itu. mula menyelongkar isi tong sampah itu. samad tergamam memandang perlakuan aneh brader berambut panjang itu.

"lu nak tak, roti john ni?" brader itu menyuakan rezeki yang ditemuainya di dalam tong sampah itu.

"takpe la bang, saya dah makan tadi," jawab samad sambil tangan dan kepalanya sama-sama menggeleng. bibirnya bagai dipaksa untuk tersengih.

brader itu mula menikmati rezekinya itu. bersungguh-sungguh. mungkin sudah 2 atau 3 hari tidak makan. sedang brader itu menikmati hidangannya, 2 orang gadis muda remaja berbangsa melayu lalu berhampiran brader itu. kedua-duanya seksi. kedua-duanya mengiurkan nafsu. Pandangan mata samad turut tewas. matanya menyoroti setiap langkah 2 gadis seksi itu.

"pewwittt...boleh kenal," tiba-tiba brader berambut panjang yang baru selesai makan tengah hari itu cuba mencuba nasib ke atas 2 gadis yang comel itu.

kedua gadis itu rasa terganggu. mereka berbisik sesama sendiri. dan langkah mereka semakin laju. benar-benar mahu cepat meninggalkan kawasan itu.

"sombong...mentang-mentang gua ni gila," ujar brader itu apabila melihat kedua-dua gadis itu semakin jauh. dia duduk bersandar pada tong sampah itu. Burung gagak di atas pokok semakin bising memarahi brader itu.

samad memandang wajah brader berambut panjang itu. beberapa ekor lalat bermain di kepala brader tersebut tetapi tidak dihiraukannya. 'gila rupanya' bisik hati samad. barangkali brader ini juga pernah tersalah pilih lorong dan sekarang dia sesat di dalam jalan yang dipilihnya itu. samad bangun dari tempat duduknya kerana bas ekspresnya sudah tiba di platform. bas itu memuntahkan penumpang yang ingin berada di kota besar ini dan bersedia membawa pulang anak-anak desa seperti samad ke kampung halaman mereka.

"lu nak ke mana tu," tanya brader berambut panjang. tersedar dari lamunannya.

"nak balik lah...tu bas saya dah sampai dah," sambil tangan samad diacukan ke arah bas yang dimaksudkan.

"okey selamat," ujar brader berambut panjang yang tiga suku otaknya itu. tangannya diangkat tanda selamat tinggal.

"okeh, selamat," samad juga berbuat perkara yang sama.

sebelum melangkah jauh ke arah bas, samad membuang pandangannya ke seberang sungai buat ke sekian kalinya. Pemancing-pemancing rezeki sungai itu sudah tidak kelihatan. yang kelihatan hanyalah keruh sungai itu. dan pasangan biawak yang berjemur tadi sedang mengawan, bertindih dancberpeluk-pelukan. berguling-guling diatas tebing simen untuk seketika sebelum jatuh ke dalam sungai dan terus hilang ditelan arus.

samad melangkah lagi dan berhenti pada satu tiang di tepi bas. dia memandang sekeliling dan memasang sebatang rokok. dia nampak begitu 'ramai' biawak. sedang berpasangan dan berpelukan. sama seperti pasangan biawak di tepi sungai tadi. samad tersenyum. barangkali sekarang memang musim mengawan.

pintu bas terbuka. Samad membuang puntung ke tanah dan memanjat tangga bas. dia mahu meninggalkan cepat-cepat semua biawak yang sedang mengawan itu. kerana dia teringat pesan ibunya.

"ko ni alergik dengan biawak,".

noktah.





3 Mei 2010

mengejar dan dikejar

"stesion masjid jamek" lemah gemalai suara wanita dari pembesar suara. Memberi petanda pada setiap penumpang bahawa anda perlu turun jika ini destinasi anda. Ramai yang faham walaupun suara itu samar-samar.

Ismadi turun dari kenderaan awam yang bernama timang-timangan lipan kota itu. Terbuka sahaja pintu perut lipan gergasi itu, Ismadi terus melangkah keluar bersama-sama penumpang yang lain. Berpusu-pusu ibarat semut melarikan diri dari banjir gula yang maha dahsyat. Masing-masing dengan hal masing. Nafsi-nafsi. Tiada peduli hal orang lain. Tiada masa untuk bertegur sapa dan beramah mesra.

Ismadi berjalan sepantas mungkin. Laju langkahan kaki Ismadi. Dia betul-betul hendak cepat lagaknya. Sekejap-sekejap dia melihat jam tangannya yang dipakai ditangan. Sudah tentulah ditangan. Manusia berakal yang mana yang memakai jam tangan di tapak kaki. Jam itu sudah menunjukkan pukul empat suku. Kini Ismadi sudah di luar stesen. Sudah agak terasing dari kesibukan manusia yang berpusu-pusu. Ismadi memasang sebatang rokok di bibirnya. Dalam detik itu juga, dari seberang jalan kedengaran azan menandakan masuk waktu asar bagi wilayah persekutuan dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya. Jelas dan terang suaranya. Jelas dan terang tujuan azan itu dilaungkan. Jelas dan terang juga maksudnya walaupun dilaungkan di dalam bahasa arab. Ismadi benar-benar faham.

Sekali lagi Ismadi menatap jam tangannya. Dia menggeleng kepala. 'tak sempat' sayup-sayup ada suara di dalam hati ismadi. Dia perlu pergi ke bank. Kad banknya telah patah, jadi tidak boleh menjalankan urus niaga dengan mesin ATM. Dia perlu juga ke kaunter bank. Dia benar-benar perlukan wang. Tiga ringgit di dalam poketnya tidak mungkin boleh bertahan sampai minggu depan. 'Lepas keluar duit barulah sembahyang' entah dari mana ismadi mendengar bisikan itu. Dari hatinya barangkali.

Puntung rokok dilepaskan ke atas lantai dan dipijaknya lumat-lumat. Dia sudah ada keputusan. Dia perlu keluarkan duit dahulu. Dan seperti majoriti manusia yang ada disekitarnya. Dia terus berkejaran mengejar matlamat hidup masing-masing. Ismadi terus melangkah laju dan maju.

10 meter di hadapannya ialah pintu bank. Ada tulisan 'buka' pada pintunya. ismadi tersenyum. Langkahnya tidak lagi selaju tadi. Langkahnya sudah tenang. Masuk dan memulakan urusan perbankkan.

hampir pukul lima, ismadi selesai dengan urusan banknya. Dia pelanggan terakhir yang berurusan. Poketnya kini sudah kembung kembali. Tidak banyak, tapi cukuplah untuk hidup. Ismadi berjalan tenang keluar dari bank. Di hadapannya jalan. di seberang jalan itu ada kedai seven eleven. 'alangkah indah hidupku saat ini jika dapat meneguk air seratus' hati ismadi berkata-kata.

Dia pandang kiri dan terjenguk-jenguk ke kanan. Lampu isyarat trafik masih hijau untuk kenderaan dan merah untuk pejalan kaki sepertinya. Kenderaan tidak putus-putus melaluinya. Ismadi semakin kurang sabarnya. Kenikmatan meneguk air seratus tergambar-gambar dalam kotak fikirannya. Dengan kelajuan paling pantas yang mampu dicapainya disertai pertimbangan yang kurang, ismadi cuba menyeberangi jalan yang sedang dibanjiri arus lalu lintas itu. Ismadi berharap dia akan selamat ke sana.

Harapan tinggal harapan. Hajat ismadi tidak kesampaian. Dalam perjuangannya di jalanan itu, dia tewas. Dia telah ditabrak kereta. Kereta buatan nasional. Kereta waja. Sesuai dengan namanya, sudah tentu tubuh badan kereta itu juga sekeras besi waja. Dan tiada terlawanlah kekerasan tubuh Ismadi yang tidak cukup makan itu.

Ismadi melambung jauh. Melambung ke belakang kereta bernama waja itu. Badannya terlentang diatas jalan raya yang suam-suam kuku itu. Nyawanya masih ada. belum putus. Matanya terbelalak memandang langit petang yang semakin keruh dan kusam. Orang ramai semakin ribut disekelilingnya. Telinganya juga dapat menangkap bunyi jeritan ambulan. Tapi dia tidak bergerak. Seluruh tubuhnya terasa sudah mati.

Tiba-tiba dia terasa bahunya ditepuk. Ada wajah manusia muncul dalam pandangan matanya. Manusia itu dikenalinya. sangat dikenali. Manusia itu berkata-kata.

"weh ismadi, bangun.. semayang asar....ko ni...lima minit punya baring pun boleh tido ke?" Kamarudzaman rakan ismadi mengejutkannya dari lena.

Ismadi tersentak. Dia mengangkat kepala dan duduk berlunjur. ada anak-anak peluh mengalir dari dahinya. Pandangannya menjalar kepada rakannya yang sedang melangkah ke dewan solat utama Masjid Jamek.

"Weh Kamarudzaman, jam pukul berapa?" tanya Ismadi separuh menjerit. Menjerit kepada Kamarudzaman yang semakin menjauh.

"4.20 ..cepat la kata nak pegi bank. pukul 5.00 bank tutup dah..."jawab Kamarudzaman juga separuh menjerit.

Ismadi bangun lekas-lekas. Terus melangkah untuk mengambil air sembahyang. Dalam langkahan itu Ismadi terfikir, manusia mengejar hidup, dan tanpa manusia itu sedar, manusia juga sedang dikejar maut.

habis dah kot,

24 Apr 2010

Zulkadri mahu ke Kuala Lumpur part 2

"kenapa melangut depan pintu tu,?" tegur Pak Ismun, ayah Zulkadri.

Ayahnya sedang menolak basikal ke depan rumah. Zulkadri memandang wajah ayahnya. Zulkadri dapat mengagak ke mana orang tuanya itu hendak pergi. Apa lagi rutin harian seorang tua di kampungnya jika tidak pergi mengeteh di kedai kopi selepas asar. Memang tak salah lagi.

"nak ke mana tu pak?" Zulkadri cuba menduga telahannya tadi.

"kedai kopi," tenang saja jawapan dari Pak Ismun. Zulkadri hanya tersenyum mendengar jawapan itu.

"pegi masuk rumah, mak engko dari tadi membebel sebab ko tak balik rumah makan nasi tengah hari tadi." arah Pak Ismun dan terus mengayuh basikalnya meninggalkan Zulkadri yang masih menghadap pintu rumah yang masih belum terbuka.

Zulkadri tak jadi masuk ikut pintu depan. Dia terus melangkah ke pintu dapur. Dia pasti ibunya ada disana. Sampai di pintu, Zulkadri menolak daun pintu perlahan-lahan. Lagaknya seperti perompak nak memecah masuk rumah. Tetapi belum sempat sampai separuh pintu terbuka, dia sudah ditegur oleh suara dari dalam rumah.

"kemana kamu hari ni, sehari tak balik rumah? dah makan belum? ada nasi bawah tudung saji tu. Nanti kalau tak makan sakit perut, menyusahkan ora......" dan panjang lagi ucapan oleh ibunya.

Zulkadri tertunduk-tunduk malu terus ke meja makan. Tidak menjawab satu pun petanyaan ibunya. Dia tahu ibunya tidak perlu jawapan daripadanya. Dia terus membiarkan ibunya berkata-kata sepuas hatinya. Kalau menjawab sekalipun, tiada gunanya.

Zulkadri makan sedikit sahaja. Fikiran masih belum tenang selagi rancangannya tidak diceritakan kepada ibu bapanya. Zulkadri bangun ke sinki, membasuh pinggan. Dia memandang ke arah ibunya yang sedang mengacau adunan tepung pulut untuk dibuat cendol.

"mak, nak cakap sikit boleh," perlahan sahaja suara Zulkadri. Tangan nya menopang pada tepi sinki. Matanya tepat pada ibunya yang asyik menggauli tepung itu.

"apa dia?" tanya mak cik Rosmah kembali. Tangannya masih ligat dengan pekerjaannya.

"Zul nak pergi kuala lumpur esok, nak cari kerja," juga masih perlahan. Sebutir-butir perkataan itu keluar dari mulut Zulkadri. Barangkali sudah lama Zulkadri menghafal dialog itu. Zulkadri menunggu reaksi ibunya.

"apa ko cakap tadi, nak pergi kuala lumpur? cari kerja? apa kampung kita ni dah tak ada kerja ke?" bertalu-talu mak cik Rosmah melepaskan soalan dari mulutnya. Tangannya sudah tidak lagi menggauli tepung.

Zulkadri meletakkan pinggan di atas para. Ibunya masih terus membebel. Niat anak terunanya itu benar-benar ditentangnya. Entah apa yang bermain di dalam fikiran Mak Cik Rosmah. Barangkali takut anak terunanya menjadi kuli orang bila ke kulala lumpur.

Tekad Zulkadri benar bulat. Khutbah yang berjela dari ibunya itu sedikit pun tidak melemahkan semangatnya. Melihat ibunya yang masih belum mahu berhenti, Zulkadri berfikir lebih baik dia beredar sahaja dari ruang dapur yang sempit itu.

Dia melangkah ke rumah atas. Terus masuk ke dalam bilik. Niatnya ingin mengemas apa yang hendak di bawa pagi esok. Suara Mak Cik Rosmah masih terus kedengaran di ruang dapur. Masih belum mahu berhenti. Zulkadri sedar lambat laun ibunya akan berhenti juga. Mulut Mak Cik Rosmah terus meluahkan apa sahaja yang terbuku di dadanya. Dia kadang-kadang seakan memaki anaknya sendiri. Sedangkan pada hakikatnya, dia sebenarnya tidak rela berjauhan dengan anak terunanya itu.


Matahari telah jatuh di ufuk barat. Membawa pergi cahayanya bersama. Bila cahaya tiada, warna hitam malam yang pekat mula menyelimuti alam. Malam telah muncul. Muncul bersama bulan yang malu-malu di balik awan.

Dan Zulkadri masih di dalam biliknya. Dia bersandar pada kaki katil merenung ke arah beg garfield bewarna merah berbentuk bulat. Di dalam beg itu terkandung semua harta yang dimilikinya. Baju t shirt yang terbaik di dalam simpanannya sebanyak tiga helai, seluar jeans sehelai, dan itu sahaja. Tiada sijil atau ijazah yang akan menjadi bekal untuk dijaja ke sana ke mari buat mencari kerja. Tabung buluhya juga sudah dipecahkan. RM 223.12 mungkin cukup untuk hidup seminggu dua di Kota kuala lumpur.

Zulkadri bangun dan menggeliat. Dia perlu juga keluar dari biliknya. Menyelesaikan perkara yang perlu diselesaikan. Ayahnya ada di dapur sekarang. Dan Zulkadri fikir, inilah saat terbaik. Memang tiada yang lebih terbaik buat masa ini. Jam di dinding tepat pukul 7.56 malam. waktu maghrib separuh telah berbaki. Pak Ismun ada di dapur, makcik Rosmah juga ada di dapur. Ayahnya memandang sekilas. Ibunya sibuk dengan urusan rumahtangganya.

"sembahyang belum" tanya Pak ismun.

"belum" ringkas jawapan Zulkardi. tersengih.

"pegi mandi, sembahyang" ringkas dan padat arahan Pak ismun pada anak terunanya.

Zulkardi diam saja. Kakinya melangkah ke tandas....

Malam itu sesudah isyak sebagaimana kebiasaan rumah tangga yang lain, keluarga ini juga makan malam bersama-sama. Suasana diam sahaja. entah kenapa pada waktu ini tiada siapa yang hendak bersuara. Tapi suasana ini tidak lama.

"kau nak ke kuala lumpur?" soal Pak ismun kepada anaknya. Zulkadri menganggukkan kepala. mulutnya masih penuh dengan nasi.

"ye pak" jawabnya sesudah kepal-kepal nasi itu ditelan lumat ke dalam perutnya. Dia memandang pinggan ayahnya, tidak berani bertentang mata.

"betul-betul ko nak ke kuala lumpur?" soalan yang sama ditanya lagi. Kali ini Zulkadri hanya menjawab dengan anggukan kepala. Mak cik rosmah juga mmandang tepat pada wajah Zulkadri.

" Boleh ke ko hidup dekat Kuala lumpur tu?" tinggi suara Mak Cik rosmah mencelah. Zulkadri memandang wajah ibunya seraya menjawab.

"zul dah besor mak, pandailah Zul jaga diri. Zul dah letih duduk dekat kampung ni. Tak de kerja, orang pulak mengata..."jawab Zulkadri. Mak cik Rosmah hendak membalas, tapi di tahan suaminya.

" sudah tu Mah, Zul...kalau betul ko nak pergi, ko pergi je lah. Tapi jangan balik sebelum ko dapat kerja," tegas kata-kata yang keluar dari mulut pak Ismun. Tapi bibir terukir sebentuk senyuman. Zulkadri seakan tidak percaya, dia gembira walaupun syarat untuk kegembiraan itu terlalu berat.


"terima kasih pak, mak," ucap Zulkadri sambil matanya menjilat wajah kedua orang tuanya itu dalam-dalam. Nasi yang berbaki di dalam pinggan mahu segera dihabiskan.

***********************************************************************************

Pening lalat Zulkadri. Matanya berkunang-kunang, berama-rama dan berbintang-bintang. Dia belum pernah merantau sejauh ini. Ini pertama kalinya. Dia tidak biasa lagi dengan hawa di dalam bas tadi yang sejuk dan kering. Itu jua pertama kalinya. Tekaknya terasa loya. Mungkin ini balasan kerana menaiki bas tanpa tiket. Dia mencari tempat berehat. Tempat untuk dia bertenang. Bertenang sangat penting saat ini untuk berfikir. Berfikir apa langkah selepas ini. Dia makhluk asing di tempat yang asing. Dia tiada waris dan sahabat disini. Tapi makhluk sebangsanya pasti ada. Ini dia benar-benar pasti.

Zulkadri berasa kagum pada kehebatan kota kuala lumpur ini. Manusia yang ada berkeliaran di dalamnya juga hebat-hebat, tidak seperti manusia-manusia di kampungnya. Bangunan tinggi menongkat langit. Jalan raya berlapis-laps dan lebar-lebar semuanya. Semua ini mengujakan Zulkadri.

Tiba-tiba, perutnya berbunyi. Melagukan irama keroncong meminta untuk diisi. Kemana aku mahu pergi fikir Zulkadri. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Matanya mencari-cari. Dan akhirnya matanya terpaku pada seorang manusia berjantina betina yang berpakaian tapi hampir telanjang. 'Ini peluang aku' fikir Zulkadri. Perlahan-lahan Zulkadri menghampiri perempuan itu. Mendekatinya, hinggap dan hisap. Manusia itu tidak menyedari kehadiran Zulkadri untuk Tempoh yang agak lama. Tapi, Zulkadir menyangka panas sampai ke petang rupanya hujan turun di tengah hari. Satu tamparan yang padu hampir menjamah badan Zulkadri. Zulkadri sempat mengelak. Sipi-sipi sahaja. Walaupun sipi-sipi, kesannya sangat teruk untuk Zulkadri yang bertubuh kerdil itu Zulkadri terhuyung hayang.

Dia bersandar dan berteduh pada satu tiang papan tanda. Besar dan agam papan tanda itu. Berkerut-kerut mata Zulkardi membaca papan tanda itu. Bahasanya adalah bahasa Melayu. Ada wajah yang sama dengan wajahnya pada papan tanda itu. Perlahan-lahan Zulkardi membacanya, ilmu yangada tidak disia-siakan.

"KITA DISERANG DENGGI HAPUSKAN JENTIK-JENTIK DI RUMAH HARI INI JUGA!"

Tiba-tiba, dadanya terasa perit terasa seperti mahu terpokah, matanya semakin kelam dan kelabu. Dan di dalam kesamaran matanya itu di kejauhan dia ternampak seorang manusia bertopeng sedang menyembur asap dari alat yang dia tiada tahu namanya. Bising sekali alat itu berbunyi. Asapnya juga menjulang-julang tinggi dan ada yang sampai ke tempat Zulkadri bersandar. Asap memasuki hidung Zulkadri dan memenuhi rongga paru-parunya. Zulkadri sesak menahan nafas. Matanya semakin kelam. Dunia semakin hilang dari matanya. Dan akhirnya terus gelap gelita.

Demikian, tamatlah riwayat hidup seekor Zulkadri, seekor nyamuk yang bercita-cita tinggi datang ke bandar mencari sesuap rezeki.