Samad pulang ke kampung. Debu kota merosakkan jiwanya. Barangkali ada ketenangan akan menyambutnya di kampung.
Ditangga rumah, ibu Samad menyambut mesra. Wajah ibunya tersenyum, senyuman yang menyembunyikan seribu kedutan masa. Kedutan yang membawa petanda bahawa ibuya sudah tua.
Ayah Samad juga sama. Juga menyambut dengan senyuman gembira. Senyuman yang sama dengan ibunya. Senyuman seorang tua.
Tiba-tiba Samad berasa sayu. Samad terfikir. Masih lama lagikah tempoh masa yang Tuhan berikan untuk dia terus menatap senyuman ibu dan bapanya.
Samad hanya mampu tersenyum tawar.