22 Mac 2010

Memungkar.

Tadi…. Samad ke bengkel motor. Motor kesayangan ayahnya buat hal. Tiba-tiba sahaja tersengguk-sengguk. Macam naik kuda. Samad taknak banyak cerita, terus tolak pergi bengkel. Dekat bengkel Samad jumpa member-member lama. Kalau tidak kerana kuda tua ni buat hal sudah tentu payah orang nak tengok batang hidung Samad lepak kat bengkel ni. Dapat juga Samad bersua muka dengan teman seperjuangan. Ada juga manfaat motor ni meragam.
Dekat bengkel memang sedap bersembang, cerita pasal masa depan,cerita pasal bola, cerita pasal awek yang lalu sambil menonggek bawak motor, pasal politik dan bermacam cerita yang boleh mendatang dosa-dosa kering.
Dalam sedap-sedap bersembang sambil menunggu kuda tua siap dirawat. Tiba-tiba ada sorang pakcik singgah, ke bengkel. Nama timang-timangan pakcik ini Nelson Mandela. Hendak mengisi angin tayar yang kurang katanya. Baru balik dari menebas di ladang tambahnya lagi. Dalam bakul motor pakcik Nelson Mandela itu ada sebilah parang yang aneh reka bentuknya. Macam buatan sendiri. Member Samad capai parang itu. Belek-belek. Buat muka teruja.
“kemas parang ni….buat sendiri ke ni???” Tanya member Samad.
“keh buat sendiri la…tajam ni…” terang pakcik Nelson Mandela sambil buat muka bangga becampur riak.
Member aku belek-belek lagi, rasa mata parang pakai kuku.
“buat menebas ke…” Samad pula tanya sambil menghembus asap rokok pakai lubang hidung sebelah kanan. Lubang hidung kiri tersumbat. Selsema.
“haah…wat mende lagi…keh nak cerite, punyalah tajam parang keh ni….kalau keh lempor ke belakang, 3 batang pisang tumbang…haaa…kalau baling ke depan konfem dah seekar pokok pisang hok tumbang,” terang pakcik Nelson Mandela bersemangat.
“bapoknye…macam pedang kamen rider….nampok sangat memungkor….hahaha,” kata member Samad sambil tergelak besar.
Pakcik Nelson Mandela juga tergelak. Samad juga tergelak. Semuanya tergelak. Orang kampong Samad memang suka memungkor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan