seperti kata orang-orang tua dulu yang pandai beralas kata, bak membelah kepayang muda, dimakan mabuk, dibuang sayang. begitulah keadaan diri saya ketika ini. otak saya umpama limbur bercampur baur antara dua kemahuan.
setelah difikirkan dalam-dalam di dalam batu jemala kepala saya ini, saya mendapatkan keputusan bahawa keadaan yang serba-serbi kusut ini adalah disebabkan tekanan dunia kapitalis yang sering memerah kering segala apa yang ada di dalam kocek seluar umat kelas bawahan seperti saya.
namun, setelah difikirkan lebih mendalam....
keputusan ini bukanlah kesimpulan yang mutlak. kerana saya baru tersedar keputusan itu semata-mata adalah keputusan yang dibuat oleh akal saya yang bertuankan nafsu semata-mata. hanya mahu mencari salah (menyelak kain) orang lain tanpa mahu memeriksa kelemahan diri saya sendiri.
masalah hidup saya di dalam dua minggu ini saya terjemahkan di dalam beberapa rangkap pantun yang diambil dari sebuah buku bertajuk Kurik Kundi Merah Saga:
hisap ROKOK dalam kelambu,
terbit asap menjadi abu,
saya umpama golok kayu,
tetak tak lut gadai tak laku,
serindit bulunya bengkok,
bengkok sampai ke jari kaki,
minta sirih diunjuk ROKOK,
ampun maaf, saya nak berhenti,
orang sasau buat kerja,
hisap ROKOK asap berkepul,
kalau pisau kurang baja,
makin diasah makin tumpul,
burung tekukur terbang ke jeddah,
bubuk padang sehelai tak layu,
sirih sekapur tanda penyudah,
ROKOK sebatang bercerai lalu.
notakaki: serius kunfius nak berenti ke tidak...haha
"saya umpama golok kayu,
BalasPadamtetak tak lut gadai tak laku,"
nak bagi laku senang je, asah tajam2, tukar ulu yg baru... ha3... tak pon buat hiasan, decorate cantik2
oleh stop. tapi slow2 la. niat tu penting. aku pun nak stop gak. tapi mental tak kuat lg. lepas makan je mesti byk dugaan. haha. gud luck. rokok dah mahal kot. pasni dorang(org kerajaan) nak naikkan sampai rm20. gila!
BalasPadamHaiqal...berhentilah ye...slow2,step by step... teruskan berjihad melawan nafsu...bersabar dalam menentang hawa nfsu...bersabar dalam ketaatan pd-NYA..."Sesungguhnya Allah itu beserta orang-orang yang sabar"(QS.2:153)
BalasPadam~~jd kan HATI pemandu utama...kdang2 AKAL ni mampu menipu dan ditipu bila nfsu dh msuk, bahaya sikit...klu pki akal saja kita cepat penat nk melawan...
~~jadi penunggang kuda (hati/iman) yg hebat dalam menunggang kudanya(nafsu)...
~~ALLAH sntiasa bersama kau,IKHLASkan semuanya
~~come on!!! kau boleh pnyerr...
nota hati:SILA CUBA MEMBUNUH SEBELUM DIBUNUH...
nak buat keptusan nk berhenti merokok tu sukar n perlu ada uji daya tahan yg tinggi.
BalasPadamnak berhenti tu,buat pelan2..jgn terlalu paksa diri,ikut kemampuan,tekad dan berterusan,
biarlah lmbt(ikut step) jnji betul2 kau tinggalkn..dAri kau paksa dan berubah dgn mendadak tp kau smpi stgh jln je.nanti kau jugak yg 'sakit'..yg pntg keptusan ko bulat jgn lonjong or segi empt.pas wt keptssn kena istiqamah.ingt, berubah tu senang,tp nk mengekalkn perubahan tu yg sush...Kau pun ada azam thn ni,thn last mrokok kn..jd sediakn 'bekalan' yg secukupnye utk hri2 mendtg.polish bek2..
kau isap separuh je,separuh bg aq..aq nk berhenti gak..hahahahahaha.gelak guling3..
republik n9: kalu asah mmg x tajam bro...kalu wat hiasan buleh gak kut.
BalasPadamamir: nanti rokok ni barang orang kaya je ...
b.rahsia n cik anon: aku tgah try nk berenti la ni...hehe