1
ada wang kurang lapan ratus mahu satu ribu,
bapak yb kasi dengan wajah terharu,
katanya kasihan sama anak bini kamu,
hidup melarat sebab kerja tak menentu,
ada wang kurang lapan ratus mahu seribu,
kata bapak yb, itu lebih dari membantu
syukur pak yb
syukur kata pak abu
ada wang kurang lapan ratus mahu seribu,
anak yang sulung kata mahu beli buku,
yang tengah kata mahu bayar yuran sebelum hari rabu,
yang kecil merengek mahu minum susu,
geleng kepala pak abu,
2
pak abu masih macam dulu,
wang kurang lapan ratus mahu seribu,
sudah habis beli buku
beli susu.
pak abu tongkat dagu,
teringat bapak yb yang datang rumah tiga tahun lalu.
Hehe...
BalasPadamwang kurang lapan ratus mahu seribu
pak abu tongkat dagu
barang naik tak pernah memantu
dulu pening mahukan seribu
kini pening nak cukupkan satu
orang miskin gak yg susah...
BalasPadamkalau ada subsidi ringan sikit...
tapi masalahnya orang yang kaya raya pun tumpang sekaki makan subsidi....
pas2 tmbh dengan kes seludup lagi...
tersepit bro...