19 Sep 2011

pendidikan 1

Secara pukul rata, seluruh rakyat malaysia yang lahir selepas merdeka mengalami proses pendidikan kurang lebih sebanyak 11 tahun. Tolak ketepi  murid-murid yang berhenti sekolah awal, malas datang ke sekolah, tadika, taska, mahupun tingkatan enam dan pendidikan di pengajian tinggi.

Pendidikan yang dimaksudkan di sini ialah bermula dari sekolah rendah (sk, sjkt, sjkc)iaitu tahun satu hingga enam sebanyak enam tahun dan pendidikan sekolah menengah sebanyak 5 tahun dari tingkatan 1 hingga 5. Masa kanak-kanak dan remaja yang berusia 7 hingga 17 tahun kebanyakannya dihabiskan di institusi yang dinamakan sebagai sekolah ini. Oleh itu, tidak boleh tidak jika kita katakan bahawa, sedikit sebanyak perkembangan minda dan sahsiah kanak-kanak dibentuk di sekolah (bukan menafikan tanggungjawab ibu bapa yang sebenarnya lebih besar dalam membentuk anak mereka sendiri, tetapi realiti sekarang ibu bapa lebih banyak menyerahkan tanggungjawab itu kepada semata institusi persekolahan).

Dalam tempoh selama 11 tahun yang boleh dikatakan panjang itu ( jika dibandingkan tempoh reproduktif manusia yang efisien, 11 orang anak boleh dihasilkan) murid dan pelajar di sekolah perlu menghadapi paling kurang 3 peperiksaan awam. Pada tahun terakhir sekolah rendah, pada tahun 6 murid menghadapi Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), pada tahun ketiga sekolah menengah iaitu dipenghujung menengah rendah pelajar menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan pada tahun terakhir menengah atas pelajar harus menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jadi satu persoalan timbul, dari mana datang beranaknya asal-usul peperiksaan ini? Tradisi peperiksaan ini bermula di China. Lebih tepat lagi bermula ketika Dinasti Sui memrintah china pada tahun 500-an. Peperiksaan "Ba Gu Wen" di china ini bertujuan untuk memileh calon pegawai kerajaan. Dan tradisi peperiksaan ini mula merebak dan bercambah ke eropah pada abad ke-16 dan terus mewariskan kepada negara yang duduk dibawah ketiak jajahannya, baik di afrika, mahupun di asia. Antaranya negara kita iaitu Tanah Melayu (sebelum 16 september 1963) atau Malaysia (sesudah 1963). Namun begitu, percaya atau tidak hanya negara amerika syarikat atau polis dunia yang tidak mempunyai sistem peperiksaan awam.

Celaka betul...banyak betul peperiksaan yang kita duduki, tak termasuk ujian PKSR (ujian ini kalau tidak silap saya terbahagi kepada 1,2,3,dan 4 sila betulkan kalau salah), ujian pertengahan tahun serta akhir tahun lagi. Jadi, adakah selama ini kita ke sekolah untuk belajar? atau menyiapkan diri untuk berpencak di atas kertas peperiksaan semata?. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya di sekolah selain dari soal-soal peperiksaan dan ujian ini saya dapat juga teman bermain dan berseronok sementara menunggu masa untuk periksa lagi.

bersambung>>>asal usul UPSRPMRSPM. dan apajadah KSSR.

3 ulasan:

  1. tanpa sekolah. kita kosong. cuma aku x suka pendidikan di Malaysia dipolitik kan. kejap tukar bm, kejap tukar english. lama2 boleh mampus budak2 ni.
    lagi satu, pmr sudah tidak relevan. pendapat 20 sen aku. heheh

    BalasPadam
  2. lagi satu, ko dah lama tak jenguk blog aku bro. sudi2 lah ye. heheh

    BalasPadam
  3. haha..memang pmr nak dimansuhkan dah kot...2016 tak silap aku...ok bro, nanti aku singgah...hehe

    BalasPadam