25 Okt 2009

Aku Ada Wawasan part 2

dol menunggang dengan tenang motor kapcai milik bapaknya. parut dan debu yang meliputi tubuh motosikal itu menceritakan seribu kisah mengenai jalan-jalan yang pernah dilaluinya. dol menunggang perlahan-perlahan, entah kenapa, dol sendiri pun tak tahu. mungkin kerana ingin menikmati sedikit pemandangan petang yang selama 25 tahun hidupnya ini dia tak pernah sempat menikmatinya. sekitar lima minit, dol sudah menghampiri perkarangan rumahnya, perlahan-lahan motor buruk itu menyusuri denai yang sempit dan lecah. dol mematikan enjin motor dan menolak kenderaan itu ke bawah rumah bersebelahan motorsikal baru ayahnya. sempat juga dia mengerling pada motor baru itu. dol sekadar tersenyum sendirian. kunci motor dibiarkan saja terus terlekat pada motor. dia terus melangkah satu demi satu anak tangga yang sudah uzur. bila-bila masa sahaja boleh roboh fikir dol. dan mungkin juga tangga itu akan roboh ketika dia sedang melangkahinya.

"ah...bukan tangga ni je macam nak roboh, rumah ni pun dah season da pun" dol merungut di dalam hati.

ketika dol hendak melangkah bendul pintu, dol berselisih dengan ayahnya yang turun hendak ke surau, solat maghrib.

"baru balik dol, ko pergi mana?" tanya ayah dol, acuh tak acuh.

"lepak dengan godong kejap tadi pak" ringkas dan padat.

"yelah...pegi mandi, sembahyang..malam ni bapak ada something nak discuss dengan ko" pak rahim tersenyum. sarat dengan sifat kebapaan.

dol tidak membalas. sekadar terus berlalu ke dapur. dalam hati dol terfikir 'betol ke bapak aku ni , tiba-tiba speaking. dol menggelengkan kepala dan tersenyum. di hadapan rumah, kedengaran motorsikal ayahnya terbatuk-batuk meninggalkan kawasan rumahnya. sampai sahaja di dapur, dol terus membuka tudung saji. di dalam bilik air kedengaran air mencurah-curah. mungkin emak dol sedang mandi.
memang lapar perut dol ketika ini. maklumlah dari tengah hari tidak berisi. hanya asap nikotin memenuhi ruang paru-parunya. tiada apa yang tinggal untuknya, hanya sedikit sambal ikan bilis dan sejemput nasi. dol terus duduk, menikmati apa yang ada. memadai buat dol untuk perutnya yang berkeroncong itu.
kedangaran bunyi pintu bilik air dibuka.

"bertuah punya anak, balik bukan nak mandi dulu, sembahyang dulu, terus engkau melantak..." emak dol terus membebel.

dol tidak menghiraukan sangat apa yang dibebelkan orang tuanya itu, terus menikmati hidangan di hadapannya.

"lepas makan, mandi, lepas tu sembahyang" ujar ibu dol, terus berlalu ke atas rumah.

dol menghabiskan nasi yang bersisa. terus menghantar pinggan yang kosong ke sinki. lebih kurang sahaja dol basuh pinggan itu. kemudian dol mendaki tangga rumah menuju ke tiang seri rumah pusaka ayahnya, mencapai tuala lusuh berdaki. dia terus turun ke dapur menyalin seluarnya disitu dan melemparkannya ke atas para di satu sudut. sebelum ke bilik air, dol mencucuh rokok dan duduk di muka pintu menghadap kawasan paya terbiar di pinggir kawasan rumahnya yang berbalam-balam disinari cahaya bulan. bermacam-macam yang bermain di dalam fikiran dol ketika itu.

"apalah yang bapak aku nak bincang dengan aku malam ni" fikir dol.

belum pun habis rokok yang dihisapnya, dol mencampak puntung rokok keluar rumah. masuk ke dalam dan mengunci pintu dapur rapat-rapat. masuk ke bilik air dan terus mandi. dol bernyanyi-nyanyi kecil menghiburkan hati.

selesai mandi dol ke atas rumah, menyarung kain pelikat dan pakai baju. pada belakang baju dol ada tertulis 'islam sebagai cara hidup'. baju yang diperolehinya ketika masuk perlawanan bola sepak tertutup desa wawasan anjuran Parti Islam SeMalaysia. dol pakai kopiah dan membentangkan sejadah. mula bersolat.


bersambung...

5 ulasan:

  1. salam...x sabar nk bce part 3 la...
    (tenggiling)...best la sume cite ko (kambing).

    BalasPadam
  2. weh najwa..jadi r follower aku....haha

    BalasPadam
  3. aq xdek blog...huhu...x layak jd follower ko...

    BalasPadam
  4. Teruskanlah bercerita Pungkur, bior sampai hanyut. Kawan sedia menunggunya di hilir. Jangan ko lemas sudah, ha ha ha...

    BalasPadam
  5. terima kasih old timer...hehe...

    BalasPadam