30 Jul 2009

polisterin oh polisterin


apa salah ko polisterin.......
sehinggakan kau dipulau
kau diharamkan ibarat kau adalah sejenis najis...
sabarlah polisterin...
mungkin suatu hari nanti...
kau akan faham..
dan aku juga akan faham....

29 Jul 2009

cerita dua brader pemandu teksi yang berbeza...2



sambungan

setelah aku, pak long dan damanhuri selesai membeli di Plaza Low Yat, maka kami pun membelahkan diri dari plaza tersebut. Damanhuri tidak membawa apa-apa buah tangan dari Low Yat manakala aku dan Pak Long ada la bawak balik portable hardisk sorang satu. Masa tu jam dah lebih pukul pukul dua. kira laju jugak la kami membali belah. ketika melangkah keluar dari pintu Low Yat, Pak long bersuara lantang " apa kata kali ni kita naik teksi lagi, untung-untung dapat brader teksi yang macam tadi lagi.". aku pandang muka pak long dalam-dalam, pastu aku pandang muka damanhuri lagi dalam, damanhuri sekadar tersenyum dan mengangguk seraya berkata, "Boleh jugak, ak follow je kalau itu yang baik untuk kita semua,". kami pun sepakat untuk naik teksi kat depan Times Square....................................

tunggu punya tunggu, teksi pun singgah la sebijik. kali ini aku jugak yang tanya, "bang ipbmm boleh tak bang..." brader tu buat muka pelik dan terus bertanya kat aku..." ipbmm itu binatang apa, tak pernah dengar pun"...aku pun sedihlah membayangkan betapa tidak terkenalnya tempat aku menuntut ilmu ni, aku pun menjelaskan kepadanya

" la bang...yang kat tepi UM tu, dekat dengan stadium hoki kuala lumpur..." brader tu pun buat muka, tak boleh blah aku tengok wajah dia masa tu, kalau aku ni gengster dah lame aku lempang muka dia laju-laju. dia buat muka kerek seraya berkata" boleh la...kalau dah sampai dekat UM nanti ko tunjuk kat aku kat mana tempat tu"...aku pun angguk je la. kami bertiga tak nak buang masa. naik je la teksi brader yang berlagak ni.

teksi tu meluncur laju dicelah kesesakan jalan raya di ibu kota ni. suasana dalam teksi masa tu memang hambar. aku rasa kalau jarum jatuh pun boleh dengar masa tu. masing-masing berada dalam dunia sendiri. aku tengok brader drebar teksi ni memang kerek sampai aku sendiri pun tak berani nak ajak beliau bersembang. perjalanan yang pendek terasa begitu lama hendak sampai ke penghujungnya. kami terus mengelamun dalam dunia masing-masing sehinggakan aku tengok pak long boleh terlena di bahu damanhuri.

sedar-sedar kami dah sampai di antara persimpangan UM dan IPBMM. brader tu pun bersuara. " ni nak masuk mana ni" aku pun memri petunjuk arah.." abang belok kanan lepas tu masuk kiri pulak"...............dia seakan-akan tak mengendahkan arahan aku dan terus memberikan tumpuan pada pemanduannya.

ngam-ngam sampai dekat depan hostel kita orang member aku yang dua ekor kat belakang tu pun terjaga. aku tengok kat meter teksi. tertera angka-angka berwarna merah, RM 8.00. okey la..singgit je lari dari teksi tadi. aku sekadar bermonolog. aku seluk poket kiri, aku raba poket kanan tak jumpa la pulak aku punya dompet. tetapi belum sempat aku mencari dompet aku dengan lebih lanjut aku nampak damanhuri dah hulur duit kertas bernotRM 10.00. brader teksi tu mengambil wang itu dengan pantas seraya berkata damanhuri. "aku ambik lagi RM 2.00 boleh tak????" aku cuma pandang damanhuri. kalau tu duit aku, konfem aku tak kasi dia baki tu. aku tengok damanhuri berfikir sejenak. damanhuri pun berkata" ambik la kalau tak malu," dan sudah pasti brader tu memang tak malu. dia pun ambik baki tambang kami tanpa sedikit rasa malu.........kami pun keluar dari teksi tu tanpa mengucapkan terima kasih....melangkah kami masuk ke pintu pagar hostel dengan seribu satu persoalan mengenai kehidupan......

apa yang aku nak cerita kat sini bukan soal nilai RM 2.00 tu. tapi soal malu, soal belas kasihan, soal pembawaan diri kita di bumi Allah ni. dalam perjalanan kami ke Low yat kami telah bertemu dengan dua insan yang mungkin zahir baju yang mereka pakai adalah sama tapi baju iman dan baju yang dipakai pada hati mereka sangat berbaza...................lebih-labih aku malas nak cerita....sebab aku tahu semua orang boleh fikir....apa yang aku nak cerita.....


dah abis



27 Jul 2009

integriti

Hari ini aku menghadiri perhimpunan bulanan IPGM tempat aku mencari ilmu nih. ...kalau tak silap aku perhimpunan kali ini bertemakan menatang yang bernama INTEGRITI..pada pendapat aku perkataan INTEGRITI ni lebih kurang la dengan perkataan JUJUR dan AMANAH. aku rasa macam dorang ni saja bagi penjenamaan semula la pada istilah-istilah ni. saja nak bagi nampak macam moden sikit kot. aku nampak semua sifat-sifat yang terangkum di bawah INTEGRITI ni semuanya sifat-sifat yang baik dan kalau kita amati betul-betul semuanya dah diajar di dalam ajaran agama Islam.
pada hemat aku kalau nak bagi seluruh rakyat malaysia ni berINTEGRITI dalam setiap aktiviti dan perlakuan mereka, kenalah tarbiah dengan ilmu agama ni betul-betul.....sebab apa kalau kita nak awasi setiap orang dengan polis...mungkin boleh....tapi yang polis tu pulak siapa nak jaga....senang cakap macam ni la....bila kita ni dah faham betul-betul ajaran agama islam yang sebenar ni, maka secara automatiknya memang kita tak akan buat dah perkara yang menyalahi syarak sebab kita akan rasa Allah sentiasa memerhatikan segala perbuatan kita
akhir kata kalau kita jaga Allah, pasti Allah akan jaga kita.

gajah hilang gading>>>>>>>

hari ini...memang hari yang malang buat semua rakyat pahang yang mencintai pasukan bola sepak pahang itu sendiri. masakan tidak pahang kini telah sah tersingkir ke liga perdana . hanya tuhan yang tahu betapa remuknya hati aku....lepas ni konfem pasukan Pahang dah tak glamor dah. Pasukan yang pernah dijolokkan gelaran sebagai Real madrid Malaya dah tersungkur di medan pertempuran. aku rasa nak menyumpah je. tapi jauh disudut hati aku masih mengharapkan pasukan pahang akan bangkit suatu hari nanti...........amin

26 Jul 2009

pasukan bola sepak pahang

aku dah tak keruan memikirkan nasib team bola Pahang...pagi tadi aku bukak UTUSAN ONLINE nak baca berita pasal keputusan perlawanan semalam kat shah alam.........keputusan yang memang satu malaya dah jangka dan memang tak memeranjatkan langsung.....Pahang kalah 5-1....memang tak sangka, aku menganggarkan lebih dari tu lagi..maklum la kapten selangor iaitu Amri yahya kan tengah perform gila sekarang nih.....apa-apa pun syabas buat selangor.... dan kepada pahang semoga keputusan FAM nanti kalau nak mengubah format liga akan memberi harapan baru kepada peminat bola sepak negeri Pahang............

cerita dua brader pemandu teksi yang berbeza

Lebih kurang minggu lepas, aku dengan rakan seperjuangan aku, Pak Long pergi buang undi untuk pilih budak-budak maktab aku untuk jadi JPP (jawatankuasa perwakilan pelajar). Masa tu waktu tutorial, lepas tu takde kuliah pulak. Nak jadi cerita elaun untuk semester ni dah masuk ,maknanya memang budak-budak maktab tengah kaya-raya la sekarang nih. Pak long pandang muka aku, "Wei jom pegi Low Yat, aku nak cari external hardisk la". Aku pun senyum je la. Aku tengok jam dekat telefon genggam aku, baru pukul 12, awal lagi."Boleh jugak". Aku jawab. Serius.

Lepas tu bermula perjalanan kami nak ke Plaza Low Yat yang menjadi lubuk barang berteknologi tinggi di kota raya kuala lumpur ni. Dalam perjalanan menuruni tangga nak ke jalan besar dekat tepi stadium hoki kuala lumpur, aku tanya kat Pak Long, "Wei, kita ni nak naik train ke??? bosan la naik train jom kita try naik teksi pulak," aku saja je bagi cadangan yang tak best. Pak Long pandang muka aku. Lepas tu dia pandang jari jemari dia. Dah mula berkira-kira la tu. lebih kurang dua minit aku tengok dia kira tambang mana untung naik train atau naik teksi, lepas tu dia renung-renung dalam-dalam kat mata aku, "Kalau ada seorang lagi, baru la untung naik teksi,"

Tiba-tiba di kejauhan aku nampak Damanhuri, aku menjerit " Wei, nak kemana???". Damanhuri tersentak seraya menyahut, "Nak ke Low Yat, nak ikut??? jom la." Damanhuri melawak, ". Pak long membalas "Molek sangat la tu kita orang nak ke sana jugak, jom la sekali."

Aku malas nak panjang cerita , jadi kami pun duduk bertinggung kat tepi perhentian bas tu sambil melambai-lambai tangan menahan teksi yang memang banyak kat bandaraya ni. Tak lama pun tunggu. Lebih kurang lima minit dah sampai sebijik teksi. Aku bukak pintu depan. Drebar tu pun tanya aku nak kemana. Aku pun jawab la nak ke low yat. Dia wat muka macam berfikir panjang. Lepas tu dia pandang balik muka aku. Dia senyum. "Boleh," kata dia.

Di dalam perut teksi tu aku duduk kat depan sekali. Dua orang lagi member aku duduk kat belakang. Takkan la nak duduk kat depan jugak macam iklan Grand livina tu kan. Aku tenung muka brader drebar teksi ni. Nampak macam peramah. Boleh ajak sembang kot fikir aku. dalam seminit dua tu keempat-empat manusia di dalam perut teksi tu ibarat berada dalam dunia yang berbeza. Aku memang tak boleh blah dengan situasi macam ni. Kena ambil langkah pertama ni. Aku tak tunggu lama, kena gak ajak sembang ni. Soalan pertama aku pada drebar tu bukanlah bertanya nama. Tapi aku tanya tentang jumlah pelanggan yang dia dapat hari ni. Dia pun muka sedih.
" Tak seberapa la dik, orang dah tak berapa minat naik teksi dah." Pastu macam-macam cerita pun keluar. Cerita pasal kesesakan lalu lintas. Cerita pasal hak milik teksi. Cerita pasal adik beradik brader drebar teksi. Cerita pasal nak bayar sewa teksi. Cerita pasal sultan. Pendek cerita, keseluruhannya memang cerita kesusahan hidup brader drebar teksi ni. Aku pun naik kasihan pulak dengar luahan perasaan brader tu. Tapi nak buat macam mana. Aku bukan wakil rakyat yang nak bina negara kebajikan. Aku cuma rakyat biasa yang cukup makan dan tak berapa cukup tidur dan duit je. Aku cuba la jugak beri kata-kata perangsang kat dia supaya dapat meneruskan hidup. Macam kaunselor la pulak aku ni.

Ralit kami sembang, kami pun sampai ke tempat yang di tuju. Aku tengok meter, RM 7.40. Aku pun seluk poket nak cari duit. Belum sempat aku nak keluarkan duit. Member aku dah hulur dulu. Selamat duit aku...hehe. Brader teksi tu kata " Tak pe dik RM 7.00 je. " kita orang pun ucap terima kasih dan bersalaman dengan brader teksi. Setelah melambai tanda perpisahan kami pun menapak ke Low Yat, tengah kami berjalan tu, Pak Long bersuara. "Baik la brader tu, hari tu aku naik teksi dari low yat ke ib (institut bahasa) mati-mati kena RM 15.00. hari ni RM 10 pun tak sampai, ada lagi orang baik camtu kat sini ek," aku dengan Damanhuri pun sekadar mengangguk......


bersambung...............


kabus raksasa



hari ini,
aku menatap lagi wajah kota yang menangis,
kota yang bising dengan pekikan pembangunan,
tetapi sepi dengan suara kedamaian,
hari ini,
kota ini ditelan kabus raksasa,
kabus yang membawa seribu bencana,
kabus yang menyesakkan mata,
melatihkan setiap jiwa,
hari esok,
dan sampai bila-bila,
aku berharap....
jika masih aku bernafas,
dan terjaga di alam kota ini,
aku tidak lagi menatap...
wajah kota ini ditelan kabus raksasa....

hari perTama


aku tak de benda nak tulis hari ni. Tidak disangka-sangka aku dah buat blog...aku macam tak percaya aku menghadap jugak menatang haram yang tak mendatangkan faedah ni....Inilah yang dikatakan simptom selesema kebosanan tak de kerja
nak buat macam mana....assignment tak dapat lagi....siang tadi aku dah tidur tahap gaban gila....pukul 3 petang sesudah berlakon bermacam-macam cerita dalam mimpi yang tak pernah indah, sama la dengan hidup aku sekarang,... baru la aku kembali ke alam nyata............
jadi malam ni mata aku pulak buat masalah tak reti-reti nak pejam....macam posing dah aku buat. Tak nak jugak dia mengantuk...aku tengok kiri aku nampak dinding. Aku tengok kanan aku nampak teman sebilik aku dah berdengkur dengan angkuh menyatakan bahawa dia sudah berjaya tidur dengan lena....tiba-tiba teringat pulak member aku pernah buat blog dulu. ada la tengok-tengok sikit. aku malas nak panjang cerita, aku pun ambik modem jalur lebar teman sebilik aku, buka google terus aku buat keje tak berfaedah ni...........
mata aku dah ketat dah. aku pun tak tahu ada ke orang nak view blog aku ni.....haha