23 Feb 2010

Cikgu Raman

Dahulu.

Dekat kampung aku ada seorang cikgu. Semua orang panggil dia cikgu. Malahan orang yang tidak pernah belajar dengan dia pun, turut panggil dia cikgu. Termasuklah aku. Aku tak pernah belajar dengan dia. Dia pun tak pernah mengajar aku. Tapi aku masih panggil dia cikgu. Cikgu Raman(Abdul Rahman). Orang yang belajar dengan cikgu Raman kata, dia ajar bahasa Inggeris. Bila dia speaking, memang terbaik.

Sebab apa aku tak pernah belajar dengan dia?. Sebab dia sudah menamatkan perkhidmatan sewaktu aku baru mengenal apa itu kalam dan apa itu kitab. Tapi jarang-jarang, dia datang juga ke sekolah. Barangkali dia rindu untuk mengajar. Tapi guru besar tak suka, cikgu-cikgu lain pun tak suka. Tapi kami murid-murid suka kalau cikgu Rahman datang. Dia suka sembang. Setiap soalan kami. Pasti ada jawapannya dari mulut dia. Yang pasti jawapan dia pasti berbeza dari jawapan orang-orang lain. Oleh itu, kami sentiasa tertawa dengan jawapan Cikgu Raman yang lain dari orang lain itu. Bila kami asyik bersembang dengan cikgu raman mesti cikgu lain marah. Cikgu-cikgu lain suruh Cikgu Raman balik rumah.

Dekat dalam kampung orang pun ramai tidak suka Cikgu Rahman. Orang kata Cikgu Raman suka kejar anak dara orang. Kenapa dia buat macam itu,?? Hanya tuhan yang tahu.
Tapi apa yang aku tahu dan orang kampung aku tahu, otak Cikgu Raman tiga suku. Dan kenapa jadi macam itu. Hanya tuhan yang tahu. Apa yang aku tahu, orang kata Cikgu Raman putus cinta, makan hati berulam jantung. Parah dan hilang pedoman. Lalu terus jadi macam itu.


Sekarang.


Aku sudah lama tidak dengar khabar. Sudah lama kelibat cikgu Raman aku tak nampak. Tapi aku pasti dia masih ada. Sakit barangkali. Barangkali usia yang lanjut membataskan pergerakannya untuk merayau kemana-mana dan juga, untuk mengejar anak-dara orang.

Konklusi

Hebat betul bila sudah jadi cikgu. Walaupun otak dah tiga suku orang masih memanggil cikgu sebagai cikgu. Walaupun badan dah dikandung tanah jasa cikgu akan terus dikenang. Hormati guru kita.

2 ulasan:

  1. kat tmpt aq pn ada gak...nama dia Cikgu Mahmood. ckgu tu memang popular kat daerah aq...dah bape keturunan dh dy ajar. tp, Ckgu Mahmood bkn sbb putus cinta la...sbb lain. Ckgu Mahmood pn masih slalu gak dtg skola aq tu smpai skrg ni wlaupun dh pencen.hehehehe.....x blh igt psal dy, blh ketawa terbahak2 aq. (panjangnya komen aq)

    BalasPadam
  2. cikgu ni stail ....kalu nk cter onar yg dia dh buat kt kampung memang banyak la....haha

    BalasPadam