22 Apr 2010

Samad dan rakannya

Samad bertemu dengan rakannya. Rakannya yang baru pulang dari kota besar. Samad dan rakannya itu membesar bersama-sama. terjun ke parit bersama-sama. berlari di padang bersama-sama. Luar dan dalam rakannya itu Samad sudah faham sangat.

Dulu, samad lebih liar dari rakannya. Rakannya ini budak yang elok pe'elnya. tidak pernah melawan suruhan ibu bapa apatah lagi suruhan agama. Jika ke sekolah mengaji petang ataupun kemana-mana, ketayap hitam sentiasa melekat diatas kepala. Mengaji muqqadam, rakannya ini lebih lancar dari Samad. ilmu agama juga tinggi. Ini Samad akui.

Samad bersalam dengan rakannya ini. Salam bersambut erat. Kawannya yang belajar di kota besar kini sudah bergaya ranggi. lagaknya sangat hebat. Sudah kurang rupa melayunya. Cuma kulit hitamnya belum dapat dibasuh menjadi putih. samad lihat ketayap hitam itu sudah tiada, sudah berganti dengan balung ayam berwarna perang. Samad tersenyum. Dan rakannya ketawa besar.

baragkali inilah kehebatan kota. Merubah apa sahaja yang berada di dalam perutnya.

3 ulasan:

  1. cerita zukadri ko x sambung?

    BalasPadam
  2. memang realitinya pon berlaku cite gini... cian kwn samad... ank sungai lagikan berubah, inikan pula peribadi orang...huhuhu

    BalasPadam