23 Apr 2011

gebeng dan nasi lemak.

nasi lemak merupakan makanan yang boleh menyatukan bangsa. sebut saja namanya, cina, india mamak, benggali pasti kenal dan pasti pernah menyumbat perut mereka dengan nasi lemak. sekalipun tidak semua menggemarinya, tetapi saya yakin pasti ada. pasti ada.

tidak keterlaluan jika dinamakan nasi lemak ini sebagai makanan perpaduan. sama juga dengan roti canai, yong tau fu...dan seangkatan dengannya.

saya sebenarnya sudah lupa sejak bila saya mulai kenal dengan nasi lemak ini. dan kelupaan ini membuktikan dua perkara, pertama memungkinkan saya seorang yang pelupa dan kedua, mungkin sudah terlalu lama saya mengenali nasi lemak sehingga saya terlupa saat pandang pertama itu berlaku.

walau apa pun yang dikatakan tentang nasi lemak, saya tetap dengan pendapat saya. nasi lemak bukan masalahnya. masalah sepatutnya diletakkan pada yang melantak nasi lemak. kanak-kanak sekarang hanya tahu makan dan membesarkan tubuh badan (mungkin tidak semua). nasihat saya kepada adik-adik di sekolah, buang peluh anda. jangan disimpan lama-lama. berlarilah ke sana kemari. nikmati sepenuhnya zaman kanak-kanak anda dengan sepenuh hati.

walaupun begitu saya bukan membangkang keputusan melarang penjualan nasi lemak. saya sedar dan saya tahu kerajaan melalui kementerian bertanggungjawab menjalankan sesuatu perkara kerana memikirkan kepentingan rakyat seperti saya.

kerajaan memang mahu melahirkan generasi muda yang sihat. dan saya harap generasi muda di Gebeng juga akan sihat seperti rakyat malaysia yang lain.


takut-takut bila ke gebeng 10 tahun akan datang, kita sudah tidak berjumpa lagi dengan nasi lemak. takut-takut wilayah Gebeng nanti akan jadi serupa wilayah chernobyl di Ukraine. harapan dan doa saya moga tidak jadi seperti itu.


nota tapak kaki: baru gua perasan dah lama gua tak makan nasi lemak. asyik-asyik nasi goreng thai..demmm!!!!

3 ulasan:

  1. salam wbt...
    saya rasa, nasi lemak sekarang tak ada kesan obesiti dekat kita rasanya. sebab nasi lemak sekarang yg jual kt pasar2 kdai2 warung2 gerai2 semua tak ada lemak sangat pun. rugi la nanti rasa lemak sangat, banyak guna kelapa kan. rasa nasi putih je nasi lemak sekarang ni. rasanya memang nasi putih pun, cuma tambah sambal ikan bilis sbagai syarat.

    nasi goreng thai tu yg blh bawa obesiti, berminyak. kot...

    BalasPadam
  2. tak leh salahkan nasi lemak. budak2 skrg suka sangat fast food, kepsi la. pastu bfast nak mcd. mana x obes.

    BalasPadam
  3. zaki: haha...nasi goreng thai je kot boleh masuk perut aku.

    amir: tu la pasal...nasi lemak jgak jadi mangsa.

    BalasPadam