Memaparkan catatan dengan label cerita pendek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita pendek. Papar semua catatan

9 Feb 2012

Tanah


Samad memang tiada tempat lain lagi yang mahu dituju sewaktu cuti semester. Selain daripada kampung halamannya sendiri. Sejujurnya, Samad pernah juga memasang niat untuk tidak pulang ke desa kerana asyik digula-gulakan dengan nikmat mencari rezeki di kota secara sambil-sambilan, dan dari khabar angin yang ditiupkan ke telinga Samad, pulangannya boleh dikatakan agak berbaloi. Berbaloilah jika dibandingkan dengan duduk di rumah makan tanggung dan berak cangkung.

Tetapi, walau betapa manis nikmat kota yang digula-gulakan itu, ternyata desa kelahiran Samad ini masih punya tarikan supermagnet yang sangat hebat. Walaupun Samad sendiri belum benar-benar pasti apakah sebenarnya kehebatan kampungnya itu. Maka, di dalam keadaan yang berbelah bagi itu, di antara nikmat kota dan damai desa, akhirnya Samad tetap pulang dengan tiada tertahan-tahan lagi. Dan selalunya begitulah untuk setiap kalinya.

Kampung Samad seperti kampung-kampung yang wujud di tempat lain juga. Rumahnya horizontal, melata di segenap tanah yang berbukit bukau itu, tidak seperti di kota tempat persinggahannya, bangunan didirikan secara vertikal. Manusia di kota kotor dipaksa duduk dalam kotak yang sendat dan padat.

Penghuninya hidup aman sejahtera tanpa sengketa. Kata bapa Samad telah berulang kali, kalau mereka bergaduh bertegang urat dan bersinsing lengan hari ini, hari esok mereka akan berbaik semula. Kerana mereka semua bersaudara. Maksud ayah Samad, satu persaudaraan yang benar- benar bersaudara. Lagi pula mereka semua orang islam. Sesungguhnya, semua orang islam itu bersaudara. Hal ini terus ditanam dalam diri oleh orang-orang tua kampung Samad kepada generasi terkemudian sejak awal-awal mereka bernafas lagi.

Kegiatan Samad di kampung hanya berkisar antara rumah tempat Samad dan ibu bapanya berteduh dari hujan ribut dan panas terik matahari, kedai runcit untuk membeli gula, garam dan surat khabar apabila disuruh emaknya (tidak lupa rokok yang menjadi juadah ringan ketika bersua rakan), ke paya berkubang bersama kerbau tanduk kewek dan memedak ikan jika berkelapangan, ke sungai berendam apabila terasa panas badan, ke kebun getah melihat anak getah yang baru belajar untuk berpucuk. Takut-takut akarnya disondol babi atau pucuknya dipulas kera nakal. Dan tempat terakhir sekali ke masjid pada hari jumaat kerana ini adalah tuntutan agama!

Secara jujur, tiada apa-apa di kampung Samad kecuali seperti yang disebutkan di atas. Dan seluruh penduduk kampung seluruhnya berbahagia dengan keadaan ini. Biarlah perut mereka disumbat nasi bersama sambal lada garam yang kurang garam dan berlebih ladanya serta gulai masam ikan yang kurang ikan dan lebih kuahnya setiap hari. Kebanyakan penduduk kampung berbahagia dengan dengan hidup yang mewah dengan kesederhanaan ini.

----------------<>---------------

Pada satu malam jumaat yang bening selepas solat fardhu isya’. Ramai yang mahu pulang awal selepas solat. Masing-masing berwajah ceria penuh bercahaya. Tetapi langkahan mereka semua termasuk Samad dipasung oleh suara lebai hadi yang membuat pengumuman di pembesar suara. Suasana sunyi dan sepi seketika. Masing-masing terpaku memberi tumpuan.

“ada pesan dari tok empat kita Anjang Deris, esok akan diadakan mesyuarat tergempar, semua ahli jawatan kuasa kemajuan kampung dan seluruh penduduk kampung dijemput hadir. Mesyuarat akan bermula pada pukul 8.30 malam bertempat dibalai raya dan akan dihadiri oleh yang berhormat waibi kita, sampaikan kepada yang tidak ada malam ni… sekian terima kasih…..sallallah’ala Muhammad…”

Selawat yang terhenti kembali bersambung. Memuji junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Para jemaah yang sudah di luar berbisik-bisik sesama mereka. Tiada angin dan tiada ribut, tiba-tiba sahaja mesyuarat diadakan. Pasti ada yang tidak kena fikir mereka lagi.

Malam itu adalah malam yang resah dan gelisah di kampung kami. Para suami yang mahu pulang awal untuk melunaskan tanggungjawab malam jumaat tidaklah dapat metunaikan tanggungjawab mereka. Masing-masing terbaring menekup dahi berfikir tentang hari esok di kepala katil. Sang isteri bertambah-tambah resah dan gelisah. Sia-sia sahaja menidurkan anak-anak awal malam fikir sang isteri.

Berita mengenai mesyuarat tergempar merebak dengan cepat seperti wabak taun di musim banjir. Sehinggakan anak-anak muda tiang negara yang melepak di warung kopi menonton tayangan bola sepak larut malam di hujung kampung turut terganggu oleh berita ini. Pelbagai khabar angin mula bertiup. 

Khabar angin yang bertiup dari golongan peminat tegar politik tanah air mengatakan bahawa pilihan raya sudah dekat dan sebab itu waibi beriya-iya mahu turun melawat kampung. Sedangkan sebelum ini, mahu menjamah tangan bersalaman dengan waibi pun sudah tersangat sukar. 

Bertiup pula khabar dari golongan muda yang suka bersukan mengatakan bahawa waibi mahu memberi peruntukan membaiki padang yang sudah dihuni lalang dan pohon semalu berduri. Kata mereka, rumput dari jenis terbaik akan digunakan. Tambah mereka, rumput itu diimport dari negara Amerika Syarikat. Begitulah keadaannya, beribu-ribu khabar angin membadai kampung kami malam itu. Ada yang tidak peduli, dan ada pula yang meyakininya sesungguh hati mereka.

Tidak kurang juga yang merungut. Mereka yang menoreh merungut kerana tidak dapat menoreh. Mereka yang menjaga ikan patin sangkar pula merungut kerana terpaksa meninggalkan sangkar ikan lama-lama, takut-takut juga memerang, helang, resing dan segala macam haiwan pemangsa akan datang menuai hasil terlebih dahulu. Golongan yang menghadap papan dam dan minum kopi tapi masuk buku hutang mengeluh kerana tidak dapat naik haji banyak kali dan menambah hutang pada hari esok. 

Yang bangun tidur dikejutkan oleh keroncong perut pada tengahari terpaksa melupakan niat mereka melakar peta negara mimpi di bantal kekabu hapak mereka. Semuanya resah campur gelisah kerana terpaksa melupakan kebiasaan hidup mereka. Mereka semua harus pergi kerana perkara ini mengenai kampung kami yang tercinta. Tidak boleh tidak. Ya, tidak boleh tidak mereka harus pergi!

“esok kau bawa aku ke balai raya, aku nak dengar juga apa yang tergempar dengan mesyuarat itu,” Samad menerima perintah yang tidak boleh ditolak lagi dari bapa.

Perintah ayah dengan suara yang tegas itu tidak ada belok-belok lagi. Jika lurus katanya, maka luruslah yang Samad akan turuti. Jika ke kanan, ke kananlah Samad. Jika ke kiri, ke kirilah Samad. Begitulah seterusnya selagi tidak melanggar syariat agama.

“tidur dalam biliklah ayahnya,” ibu datang menjemput ayah.

“mata saya belum mahu tidur lagi, awak tidurlah dulu,”

Samad diam di hadapan peti televisyen dan ayah pula terus hanyut dalam lamunannya di atas kerusi malas. Meraba cari sebab musabab mengenai perjumpaan yang diadakan esok dalam kotak fikirnya. 



Bersambung>>>

13 Ogo 2011

sangka

"kau tengok budak tu, badan kurus mesti kuat makan dadah la tu," mak limah memuncungkan mulut ikan kaloinya itu. terjuih-juih mencebik.

"yang mana, anak seman tu ke?"

"yang tu la,"

"oh,baru balik kampung ni kan,"

"kena buang kerja la tu, baru pandai balik kampung,"

Khalid terbongkok-bongkok memilih sayur yang segar. Makcik-makcik yang berkumpul di depan pasar mini itu tidak dihiraukan. Dari tadi asyik menjeling ke arahnya. Pandang seperti tidak mahu pandang. Cakap pun macam hilang suara. sokseksoksek berbisik.

Khalid cuba juga maniskan muka. Rasa pahit habis ditelannya. Moga boleh menjadi penawar luka.

Ramadhan yang sedang dilaluinya membuatkannya teringat kepada orang yang lebih sukar hidup darinya.Ramadhan kali ini ramadhan yang sempit buat poket Khalid. Ramadhan yang membuatkannya benar-benar menginsafi dirinya.

Sebulan di kampung bermakna sudah sebulan Khalid tidak makan gaji. Tidak menjadi orang suruhan. Dia seronok hidup begini. Bebas dia terbang dalam dunianya. Tiada rutin yang bosan, tiada aturan yang tegar.

Dalam kehidupan bebas dan gembiranya yang sebulan ini Khalid telah cuba mencorak hidupnya yang baru. KIsah kelam, hitam dan suram Khalid tanam jauh-jauh dalam lubuk ingatan. Jangan diungkit-ungkit. Tidak mahu dibangki-bangkit. Terima saja dengan lapang walau dulu dia pernah mahu naik berang. Sekarang dia telah tenang.

Walaupun masih ada yang serong mata dan kepala terhadap dirinya, tapi dia masih punya teman yang benar kenal siapa dirinya.

"apa yang kau nak buat dengan dua biji bangsal ni, siap dengan tangki besar macam ni,"

"ada la, kau tunggu la nanti,"

"kau kalau nak aku tolong, kau kena cerita dekat aku, mesti besar projek kau ni"

"Kalau nak cerita jom cerita kat kedai, boleh sahur terus," Khalid senyum.

Kamal angguk kepala tanda setuju.



bersambung>>>>

kekasih 3 (epilog)

Membina rumah tangga itu memang satu pekerjaan yang mulia. Tanya saja, siapa saja hampir pasti mahu berumah tangga. Ya, mahu hidup berteman, berkongsi penat lelah menyusur perjalanan hidup di bumi. Tapi, rumah tangga bukan sekadar berkongsi kebahagian. Tabiat manusia, kita suka kepada perkara-perkara yang muluk saja. Sedangkan selepas terdirinya sebuah rumah dan tangga, kita sebenarnya membina ruang yang perlu diisi dengan tanggungjawab. Tidak kena cara, rumah dan tangga yang dibina itu boleh runtuh dihempap tanggungjawab yang tidak dijangka. Maka berkecailah harapan yang muluk-muluk itu. Hampa.


Hujan rintik renyai pada malam yang malas itu. Malam jumaat. Samad belum mahu pulang ke rumah. Dia lebih enak memanaskan kerusi di satu sudut kedai kopi. Berseorangan menghembus asap sigaret. Berteman segelas teh tarik buih lebih. Sekejap-sekejap matanya berkalih ke muka tivi. Bosan.

"weh," pinggang samad dicucuk lembut.

Samad terkejut dan berpaling. Rasa mahu marah padam semerta dan terlukis senyuman paling manis, mesra.

Karim, rakan lama. Dahulu sama-sama muda, dan kini telah sama-sama memanjat usia.

"sorang?"

"a'ah, sorang, ko?"

"aku dengan orang rumah, tu ha, mengidam nak makan mi goreng mamak pula,"

"oh,"

Lambat-lambat isteri Karim datang ke meja mereka.

"kahwin tak jemput aku,"

"lost contact la, kau yang tukar nombor telefon, ni limah bini aku"

Samad terseyum. Diam seketika.

"cikgu juga?"

"junior kita dulu, haha," Karim ketawa nipis. Ada kisah yang mencuit hatinya.

"kau, apa cerita, kahwin belum?"

Samad diam bisu kata-kata. Masa seketika menjadi beku. Lidah menjadi kelu. Teh tarik buih lebih dihirup tinggal separuh. Sebatang sigaret dinyalakan. Asap berkepul berputar-putar. Masa kembali turut sama berputar. Kisah lama samad kemam kembali.

Samad getap gigi tahan geram dalam hati. Mukanya merah padam. Marah yang ditahan-tahan dari dulu sudah melimpah-limpah keluar. Hari ini Samad sudah bertekad adalah hari penamat. Hari keramat.

"kau ni siapa hah, kenapa kau kacau bini aku,"

Jantan miang diam.

Samad terketar-ketar menahan marah. Jantan miang memandang samad yang sedang hilang punca itu. Bahasa pujuk rayu yang indah sudah hilang. Hormat juga sudah lebur digulai api nafsu.

"dia kekasih saya, saya yang pilih dia. saya dah bosan hidup dengan ab.......,"

Pang!!!!. itu makanan kepada kata-kata pedih seperti itu. Samad tidak sedar tangannya melayang selaju itu. Warga kedai makan itu diam membisu. Dua tiga pelanggan lelaki yang terkejut bangun berdiri. Menunggu jurus samad yang seterusnya. Jika berbahaya, mereka masuk. Sedia menahan tidak kira siapa salah siapa benar. Selera makan mereka jangan diganggu dengan gelanggan tempur seperti ini.

Samad pandang sekeliling. Marahnya bertukar malu. Merah wajahnya bertambah likat. Sampai di sini fikir samad. Noktah telah hampir untuk kita bersama. Penghujung hayat bukan destinasi kita.

Asbak sudah penuh dengan puntung rokok. Teh tarik buih lebih yang kering sudah diganti dengan Segelas Milo tabur.

"begitulah ceritanya, anak kami yang seorang itu aku yang jaga, ada giliran dia ambil juga bawa berjalan, hari ni giliran dia"

Samad hampir mahu menangis. Karim tumpang sedih. Limah juga beri wajah simpati. Anak kecil Karim sudah pasti belum mengerti bahawa hidup ini bukanlah dipenuhi dengan janji-janji muluk yang boleh menggulaikan jiwa semata.

Sabarlah, mungkin esok masih ada. Kata-kata karim terlekat di fikirannya. Samad juga berharap begitu.


SEKIAN



p/s : gua pun tak tahu macam mana boleh jadi cerita macam ni. celaka, cerita apa ni.....Apapun, berkongsi itu maknanya bersedia untuk memberi dan bersedia untuk menerima....heheh


9 Ogo 2011

kekasih 2

bercinta monyet memang selalunya manis. manis macam coklat cadbury. manisnya habis dilahap serupa monyet tak makan 10 hari. di kekah sampai tinggal sampulnya sahaja. kosong, lopong. akhirnya, cinta yang disangka manis itu kosong. jadi cinta yang kebulur.


samad terguling-guling di atas katil. sekejap meniarap. sekejap mengiring. sekejap terlentang. macam ada duri semalu menyucuk punggung di atas tilam penyek itu. tangan tak lekang, mata tak pandang, selain telefon genggam.

sekejap-sekejap dia tersenyum lebar menyeringai gigi menguning. sekejap-sekejap ketawa kecil tetahan-tahan macam enjin mesin padi semput. sekejap-sekejap itu, sekejap ini. seronok benar nampaknya.

"kau ni kenapa, sewel apa bulan-bulan puasa ni?" karim baling fail mqa tebal dua 4 inci kepada samad.

dalam leka dalam dunia gila di atas tilam penyek itu, samad sempat juga mengelak. fail mqa terkena ke dinding. isinya hampir melimpah keluar. samad tersengih. dia ketawa kecil dua tiga nafas. dua tiga titik liur berbau bubur lambuk waktu berbuka tersembur keluar.

" sibuk la, aku tengah senang hati ada je kau nak kacau daun," samad tak pandang kepada karim. matanya sibuk dengan telefon genggam. bila mesej nak masuk fikirnya. tak sabar benar gayanya.

karim geleng kepala. karim hidupkan komputer riba. lama baru monitor mahu menyala. tetikus jenama cliptec digoyang-goyang. badan karim ikut sama bergoyang. layan filem enemy at the gates dahulu baru ada jiwa mahu buat kerja. esok kalau ada budak-budak nakal dalam kelas aku bidik kepala mereka macam vasily zaytsev tembak kepala nazi fikir karim.

samad tak peduli dengan karim. dia terus berguling di atas tiilam penyek. sekejap-sekejap senyum, sekejap ketawa semput.

"lawa kau petang ni, takkan pergi pasar ramadhan melawa macam nak pergi jumpa perdana menteri,"

"aku nak buka puasa kat luar,"

"sorang?'

"apa barang sorang, dengan gadis la," samad senyum sinis.

"ohhh, baru dapat pahala lebih ye dop," karim tembak peluru 5 mm kaliber tepat ke jantung samad.

tapi sayang, samad pakai baju kebal. peluru seperti itu ibarat gigitan anak nyamuk baru belajar cara nak hisap darah. sikit pun tak terkesan. samad sudah mangli.

samad seronok berbuka puasa bersama gadis. gadis juga begitu. senyum tak sudah dari awal menunggu berbuka sampai penuh senak perut dengan ayam kentaki. cuit-cuit , gurau senda, gesel-gesel, memang itulah nikmat bercinta.

sebelum puasa, semasa puasa, sesudah puasa. sama saja untuk samad dan gadis yang sedang bercinta sejati sampai cucu cicit itu. semuanya manis-manis saja, tiada yang pahit. semanis kurma katanya. semanis tebu juga, habis jus, hampas samad luah jauh-jauh. samad senyum dalam hati, supaya gadis tak tahu. esok-esok, hampas yang diluah gadis itulah juga.


bersambung>>>>>

29 Jul 2011

kekasih

dulu dia selalu mengejar, sekarang dia pula yang mahu lari. hidup sebenarnya jangan ribut-ribut. jika sampai masanya, memang tidak ke mana.


entah kenapa jiwa samad tidak tentu hala. mahu dibuka kunci pintu, kunci motosikal yang di bawa keluar. mahu mandi, sejadah pula yang diletak di atas bahu. samad runsing dengan dirinya.

hari ini hari yang serba sial buat samad.

"kau ni , kenapa mat," kawannya karim menegur sewaktu dia membuang khayal di koridor asrama.

samad senyum sahaja. rakannya karim duduk disebelahnya, bersama-sama menonton pohon-pohon agam berbunga kuning berjoget-joget ditiup angin. angin petang itu tidak menentu, sekejap ribut ke barat, sekejap ribut ke timur. angin ini serupa dengan jiwa samad, serba tidak menentu. dari timur berbalam-balam kilat ditengah awan yang membusut hitam.

"aku kadang-kadang cemburu tengok orang lain," samad seperti tak cukup nafas. kata-katanya tersekat di rengkung. dia cuba menelan-nelan buah halkumnya. tapi tidak kemana. sejak azali buah halkum memang sudah di situ.

karim hairan. kenapa dengan kawannya samad ini. macam perempuan bermadu pula hendak bermain cemburu. dia tidak faham kata-kata rakannya itu, tapi tidak pula dia menggeleng. cuma tangannya sahaja liar memicit jerawat galak yang tumbuh di pipi kanan. sekali picit, pup jerawat pecah. isi jerawat yang bersekali dengan darah itu diseka dengan lengan baju.

haahhh...samad melepaskan nafasnya yang tersekat tadi.

digonggong sebatang rokok cap winston perisa ringan. di biar tidak bercucuh. samad rasa macho apabila bercakap dengan rokok melekat dimulut. serupa dengan pelakon gangster filem dari hollywood fikirnya.

"yelah, orang lain ke hulu ke hilir berkepit dengan awek, aku apa ada?" mata dibeliakkan kepada karim.

karim senyum, sebenarnya dia mahu ketawa. tapi ditahan-tahan untuk menjaga hati rakannya itu. samad pula meraba-raba pipinya. rambut yang tercacak itu disisir dengan jari.

"aku hensem juga kan karim," samad memandang karim meminta jawapan yang maha jujur. wajahnya serius. nyaris-nyaris kening kiri dan kanan bertemu di atas hidung.



bersambung >>>>>(macam tak sambung da ni...haha)


21 Jun 2011

kematian



tik.

tik..

tik...

Lambat-lambat jarum jam itu bergerak dari satu saat ke satu saat. Maka terasa lambat juga masa bergerak. Samad mengeluh, lelah di hatinya dilepaskan sambil menggaru-garu pipi yang tidak gatal. Pada saat itu dia cuba berfikir. Tetapi fikirannya bercelaru dengan soalan-soalan yang tiada jawapan. Puas sudah dia mencari, tetapi hasilnya seperti itu juga. Soalan-soalan itu berpusing-pusing di dalam benaknya seperti gasing yang tidak mahu berhenti.

"bila la dunia nak kiamat?"

Akhirnya usaha mencari jawapan itu hanya menemukan soalan ini. Soalan yang tidak menjawab soalan-soalan sebelumnya. Hanya menambahkan sesak di dadanya sahaja. Seketika dia terus diam di muka pintu itu. Tidak bergerak-gerak. Soalan ini difikir dalam-dalam.

Tiba-tiba samad menggelengkan kepala. Ada suara kecil mengetuk fikirannya. Suara kecil itu menyedarkan dirinya. Soalan itu tidak wajar untuk dicari jawapan. Malah tidak wajar dipersoal sekalipun. Ada penyesalan pada wajah samad. Samad benar-benar menyesali. Samad mengutuki dirinya, akalnya terlalu rapuh, mudah benar tersesat jalan sebegitu rupa.

koh.

koh..

koh...

Bunyi batuk itu membuatkan Samad segera bangun dan berlari ke dalam rumah. Terus sahaja dia ke dapur. Lantai papan bergegar dihentak kaki Samad. Tergesa-gesa dia menuang air masak ke dalam gelas. Tergesa-gesa juga dia ke hadapan rumah menatang dulang yang berisi air dan ubat-ubatan.

"aku nak mati," tersekat-sekat suara Pak Abu

Samad diam. Samad membantu ayahnya untuk duduk. Badan Pak Abu yang semakin susut itu menggambarkan derita yang ditanggungnya. Dalam susah payah mahu duduk itu Pak Abu terus berkumam mulutnya berkata-kata.

"aku nak mati," ulang pak abu.

"jangan kau susah-susah jaga aku, biar saja aku mati," biji matanya yang layu dibulat-bulatkan dan dipakukan tepat ke wajah Samad.

Samad diam juga. Diam itu saja yang Samad boleh berikan kepada ayahnya sebagai jawapan. Ubat batuk disuapkan ke mulut Pak Abu. Payah-payah Pak Abu menelannya. Air kosong disuakan tidak habis diminum. Pak Abu kembali berbaring. Dia terlena dan tidak batuk-batuk lagi. Samad tersenyum dan terus ke dapur menanak nasi.

tik.

tik..

tik...


Malam telah datang tanpa dipinta-pinta. Dan malam itu Samad ditemani bulan yang terang di depan rumahnya. Dia duduk di tangga rumahnya sambil mengira untung nasib dirinya. Ayahnya masih lena di ruang tamu. Sejak beberapa bulan yang lalu ruang tamu itulah menjadi tempat tidurnya. Tidak pernah beralih-alih sejak itu.

Samad bangun perlahan-lahan. Dia ke dapur. Sekejap kemudian dia ke ruang tamu semula menatang sedulang hidangan.

"ayah, bangun yah, makan sikit."

Malam itu Pak Abu berselera sekali. Habis bubur nasi itu dilahapnya. Malahan bertambah pula. Wajah Samad ceria melihat Pak Abu. Samad fikir ayahnya sudah kembali sihat. Diam-diam Samad bersyukur pada tuhan. Moga-moga ayahnya dapat sihat seperti sediakala.

tik.

koh...

tik..

koh......

tik...


Samad berlari masuk ke ruang tamu. Dada Pak Abu berombak menahan batuk, bubur nasi yang dimakannya tadi turut terkeluar bersama. Ada darah merah mengalir dari mulut ayahnya . Samad gelisah. Puas di sapu dengan minyak panas tetapi batuk Pak Abu belum mahu reda.

Samad berlari ke tanah. Dukun Ali perlu dicari. Dukun itu harapannya kini.

"tolong saya tok, ayah saya tenat sangat dah tu,"

Dukun Ali cepat-cepat bersiap-siap. Sebungkus kain kuning di bawa bersama. Mereka bersama-sama meredah malam yang bersuluh cahaya bulan itu. Dukun ali termengah-mengah membuntuti Samad yang berjalan laju hampir hendak berlari itu.

tik.

koh...kohh

tik..

kohh...kohhh

tik..

Dukun Ali mengeleng-geleng kepalanya. Tidak pasti kerana kepenatan atau kerana kasihan melihat keadaan Pak Abu yang semakin tenat itu.

"teruk dah ayah kamu ni, tapi tidak mengapa. Dengan ilmu aku ni, kau tak perlu risau mat,"

Samad terpegun dengan kata-kata Dukun Ali itu. Dukun Ali mengurut-urut janggut putihnya. Dia kelihatan sedang berfikir.

"ambilkan aku semangkuk besar air." arah dukun ali.

Samad terus menurut tanpa membantah. Dukun ali memulakan upacaranya. bungkusan kain kuning dibuka. Kemenyan mula di bakar. Asap kemenyan itu mula memenuhi ruang rumah. Dukun ali membaca menteranya. Samad mendengar dengan teliti tetapi dia gagal memahami butir bicara dukun tersebut.

Dukun ali mencelupkan sesuatu ketulan batu berwarna putih ke dalam mangkuk. Kemudian air itu diminum dan terus disembur kepada pak Abu. Kepala pak abu disembur, kaki disembur, seluruh badan pak abu disembur.

Tidak semena-mena batuk pak abu pun reda. Samad mula kagum dengan kehebatan dukun Ali. Dukun ini benar-benar hebat fikir samad. Kalau begini, awal-awal lagi sudah Samad membawa ayahnya berubat dengan dukun Ali.

" kau ambil air dalam mangkuk ini, campur dengan air biasa, mandikan ayah kau nanti kemudian sesudah itu balut dengan selimut badan ayahmu itu," arah Dukun Ali.

Samad hanya mengangguk. sedikit senyuman terukir pada bibirnya.

"ayah saya akan sihat ke tok?"

"kau jangan risau, ayah kau pasti sihat," janji dukun ali.

mereka diam.

"kau nampak ini, kau tahu apa ini" dukun menunjukkan ketulan putih tadi

"macam isi kelapa tok,"

"apa kamu fikir isi kelapa boleh buat berubat, apa isi kelapa ada kesaktian, kalau kau mahu tahu ini serpihan tengkorak orang matti dibunuh," dukun ali tersenyum.

Samad terangguk-angguk kepalanya. Dukun Ali benar-benar hebat. Samad mulai mengaguminya.

"kau mahu ilmu apa, pengasih, santau, ilmu kebal, semua aku boleh ajarkan. tetapi kau mesti sanggup menghadapi dugaannya," tambah dukun ali lagi.

"tok pakai ilmu kebal ke."

"kalau aku boleh ajar masakan pula aku tidak ada ilmu itu. ah sudahlah aku mahu balik,"

"saya hantarkan tok,"

"tak usah, kau jaga ayah kau,"

Pak Abu sudah dimandikan dan diselimuti dengan selimut tujuh lapis. Samad duduk di sisi ayahnya. sekejap saja ayahnya sudah terlena. Samad gembira melihat ayahnya tidak batuk lagi. Malam itu samad dapat tidur dengan sangat lena sehingga subuh menjelang.

tik.

tik..

tik...




bersambung>>>>


19 Mac 2011

anak 3

sejuk malam itu menikam-nikam tubuh kudin. kesejukan sebegitu rupa, ditambah pula duduk terlalu lama merupakan beban yang sangat berat buat tubuh tuanya. kakinya diluruskan. senapang patah perlahan-lahan di sandarkan pada busut anai-anai. lutut yang sudah tua itu di ketuk-ketuk dengan penumbuk kanan. kudin mengeluh berat.

"kau nak jadi apa abu? penat-penat aku berhabis duit sekolahkan kau sampai masuk U. tapi, tak sempat habis U, kau balik rumah, nak berenti. mudah jawapan kau, kau dah ada keputusan muktamad kononnya."

abu diam dan tunduk memandang nasi di dalam pinggan. perlahan-lahan kepal nasi itu disumbat ke dalam rongga mulutnya. mak limah di sisi diam sahaja, tak berani hendak bersuara.

"sekarang kau mahu jadi apa, tahu pula balik rumah hendak memerut. bukan kau pandai nak bagi seringgit dua dekat aku,"

baran kudin pada petang itu tidak tertahan-tahan lagi. semuanya dihamburkan. abu serupa tadi juga, merenung kosong ke dalam pinggan, menyumbat mulut dengan nasi yang sudah hilang rasa enak.

kudin menampar pipi yang dijamah nyamuk. tamparannya tersasar, nyamuk terbang dan cuma pipinya sahaja yang sakit. dia bingkas bangun berdiri. kaki, pinggang dan tangan di kejang-kejangkan. berbunyi segala sendi yang ada ditubuhnya.

matanya meliar menjamah seluruh ceruk kebunnya. kelihatan, semuanya ditutupi kegelapan. kudin menyuluh dengan lampu picit ke setiap penjuru pagar. haram seekor binatang perosak pun tidak berbayang. kerbau tidak ada. babi pun tidak ada. beruk dan kera apatah lagi.

"babi betul...barangkali binatang ini semua sudah tahu aku menunggu di sini malam ini," kudin berbicara sendiri.

rokok pucuk di pasang pada bibirnya. hisap dan hembus. asap rokok itu berputar-putar dan semakin hilang dihembus angin malam. dan ingatan kudin turut berputar-putar kembali.


bersambung>>>

12 Mac 2011

anak 2

ingatan kudin beralih pula pada kelaku buruk anaknya yang dikasihinya itu. dalam kemarahan dan benci yang ditunjukkannya, ternyata pada hakikatnya dia amat mengasihi anak lelakinya. biar seburuk mana tingkah seorang anak kasih seorang ayah mana yang akan padam. tidak sekali-kali.

kudin mula terkenang-kenang lembaran masa lalu yang pasti tidak boleh diulang kembali. dia akui dia bukan seorang bapa yang mampu menaburkan kemewahan kepada anaknya. dia cuma seorang penoreh getah yang hari-harinya terpaksa bergelumang dengan seribu macam dugaan hidup.

tetapi, itu tidak bermakna kudin tidak berusaha. siang malam dia cuba mencari biaya untuk kehidupannya anak beranak.

kudin bukan orang yang berpelajaran. dia tidak tahu membaca jauh sekali menulis. kejahilan dirinya itu telah menyedarkan kudin mengenai hidup. kudin telah belajar dari kemiskinan ilmunya itu. dan kudin tidak mahu anaknya juga miskin harta dan ilmu sepertinya.

oleh itu, soal pelajaran anaknya menjadi persoalan pokok dalam hidup kudin, terutamanya ilmu agama. biar dia tidak makan tidak mengapa, biarlah dia hanya memakai baju bertampal, asalkan keperluan anaknya mencukupi. walaupun, tidaklah semewah anak-anak datuk yang kaya raya. tapi keperluan pendidikan anaknya itu sedaya upaya diusahakan. setakat mana yang mampu digapainya.

tetapi, tidak pula bermakna kudin seorang ayah yang memanjakan anak. kudin percaya jika anaknya berbuat salah, anaknya itu perlu dihukum. dan dia mahu dia sendiri yang akan menjatuhkan hukuman.

kerana kudin juga percaya, kasih dan sayang tidak selalu enak dan nyaman. adakalanya kerana kita kasih dan sayang kita terpaksa menyakiti. kudin genggam fikirannya itu kemas-kemas sepanjang hidupnya.

permulaan hidup kudin sebagai seorang bapa ternyata sangat indah, walaupun di dalam serba kekurangan. melihat seorang insan yang bergelar anak membesar di dalam perlindungannya adalah suatu perkara yang sangat membahagiakan. anaknya adalah anak yang baik. juga seorang anak yang bijak.

setiap hari selepas sujud kepada tuhan (lima kali sehari) kudin memanjatkan doa supaya tuhan memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup kepada anaknya. dunia dan akhirat. kudin berdoa bersungguh-sungguh. bagi kudin kesejahteraan hidup anaknya adalah kesejahteraan hidupnya juga. begitulah sebaliknya.

deruman kapcai abu memecah kesunyian pondok buruk mereka sekeluarga. kudin memandang tajam wajah anaknya itu. abu yang kusut masai tersengih menampakkan barisan giginya yang kekuningan.

"assalamualaikum..." abu melaung dari anak tangga.

"waalaikumusalam.." sayup-sayup mak limah menyahut dari dalam rumah.

kudin yang berada di muka pintu terus melangkah ke dalam. bersandar pada tiang seri rumahnya dan terus memamasang api pada rokok pucuknya.

tiba-tiba rasa marah itu memuncak kembali. anaknya, abu yang melintas di hadapannya langsung haram tidak dipedulikan.


bersambung>>>


23 Mac 2010

hikayat dahulukala.:sang badang dan saudagar dari seberang. part dua

Berlanjutanlah suasana yang muram dan suram di rumahtangga Badang dan Norakma sehingga tempoh seminggu lamanya. Jika sepatah ditanya badang maka sepatah jugalah yang dijawab Norakma. Begitu jugalah akan sebaliknya. Tiada lagi gurau senda dan tawa ria seperti waktu-waktu terdahulu. Tiada lagi sinar keceriaan lagi di dalam rumah tangga mereka. Tiada lagi kemanisan hidup berumahtangga. Masam,kusam, malap, hambar. Bagai retak menanti belah sahaja kata pepatah melayu akan perihal rumahtangga mereka ketika itu.

Dipendekkan cerita…

Pada suatu pagi yang hening. Sewaktu anak-anak mereka tiada di rumah kerana mereka sudah berada di sekolah. Sewaktu Badang sedang bersiap-siap hendak ke sawah. Sewaktu Norakma sedang ingin mengiringi pemergian suaminya itu mencari nafkah. Pada saat itu, Norakma sudah tiada upaya untuk menahan perasaan pilunya seraya bertangis-tangisan secara tiba-tiba. Badang yang tiada tahu akan hujung pangkal perihal tangisan isterinya itu terus bertanya akan peri laku isterinya itu untuk kepastian.

“adindaku Norakma, mengapa tiba-tiba saja berteriak tangis sebegini rupa?? Apa tidak malu dilihat jiran sebelah menyebelah???” Tanya Badang sambil memegang bahu isterinya.

“ini semua gara-gara abanglah….”jawab Norakma dalam sendu tangisnya yang masih belum reda. Badannya digoyang-goyang cuba melepaskan tangan badang dari bahunya.

“kenapa abang pula yang menjadi pesalah atas titisan air matamu ini,apa yang telah abang lakukan sehingga adinda Norakma menitiskan air mata tiada tertahan lagi seperti ini…….katakanlah Norakma…katakanlah!!!” gesa badang kepada isterinya. Badang benar-benar keliru. Benar-benar hilang punca.

“sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula….usahlah abang berpura-pura bertanya akan perkara yang sudah abang kaetahui….” Madah Norakma sambil mencebikkan bibir.

“wahai adindaku Norakma.,janganlah mencari jalan untuk menyakiti hati abang…berterus teranglah, supaya mudah abang menilai diri..”pinta Badang kepada isterinya.
Norakma masih dengan sendunya.

“bukankah abang sudah ingin beristeri lain, saya tidak rela menelan madu yang menjadi racun bang…saya tidak rela.” Terus terang Norakma meluahkan rasa yang terbuku dihatinya.

Badang terkejut. Dia bingkas bangun dari duduknya.

“mengapa tuduhan seperti ini diberi kepada abang, apa yang abang telah lakukan sehingga adinda sanggup melemparkan tuduhan sekejam itu kepada abang yang sangat setia ini?” Tanya badang kepada isterinya. Badang sungguh terkejut dengan butir bicara yang diluahkan oleh isterinya itu. Badang memandang tepat kepada mata isterinya yang masih berkaca itu. Norakma menundukkan wajahnya tidak mahu bertentang mata dengan suaminya.

Dalam sendu yang masih berbaki, Norakma meneruskan pertuduhannya.

“manakan tidak… dalam tempoh seminggu ini, abang semakin dingin dengan saya. Tubuh ada di rumah tetapi otak fikiran entah tersangkut dengan betina mana. Sudah tidak mahu bergurau dan bercanda seperti selalu. “ Norakma berhujah dengan panjang lebar.

Badang tersenyum mendengar keterangan isterinya itu. Dia menilai kembali perilakunya dalam tempoh seminggu ini. Benar sekali tuduhan isterinya itu. Tapi soal betina dan bermadu itu, isterinya tersilap sangka.

“inilah perempuan….mudah sangat menyangka yang bukan-bukan.” Kata Badang sambil tersenyum. Sikap isterinya yang semberono itu telah menggelikan hatinya.

Lalu Badang terus menceritakan dari awal hingga akhir akan asbab dirinya menjadi dingin . Badang menceritakan kisah bubunya yang sering kosong kerana dicuri dan rencananya untuk menjebak pencuri itu. Maka fahamlah isterinya kenapa Badang menjadi dingin dalam seminggu ini. Rupa-rupanya emosi terganggu kerana masalah di tempat kerja.

“kenapa tidak bilang awal-awal” ujar Norakma sambil mencubit pinggang suaminya.

“aduh…adinda tidak bertanya kenapa,” Badang memulangkan paku buah keras sambil mengaduh manja.

Hari itu Badang tidak jadi hendak memburuh di sawah. Seharian dia berada di rumah kerana hendak memulihkan kembali hubungan dengan isterinya. Badang terlupa sebentar kisah dan masalah bubunya, untuk sementara.

Bersambung…………..

26 Feb 2010

hikayat Dahulukala.: Sang Badang dan Saudagar Dari Seberang

Pada suatu masa dahulu, ketika mana masih belum ada manusia yang dapat berjalan di angkasa dan masih belum ada berdiri bangunan pencakar langit seperti Burj Dubai maka telah diceritakan oleh para panglipur lara bahawa ada kedapatan seorang manusia biasa bernama Badang ibni Badiozaman yang pekerjaannya seharian hanyalah membanting tulang di sawah dan menahan bubu di sungai. Juga ada disebut oleh sang penglipur yang lain bahawa letak duduk rumah Badang ibni Badiozaman itu di pinggir sungai Golok.

Maka seperti yang dinyatakan di atas, itulah kehidupan Badang setiap hari. Jika habis kerja di bendang, teruslah beliau bergegas pergi melihat bubu di sungai. Sejak bertahun-tahun Badang membubu di sungai itu dan sememangnya hasil perolehannya sangat lumayan. Paling tidak, cukuplah untuk dibuat goreng-goreng, masak masam-masam manis atau paih ikan tempoyak untuk santapan keluarganya. Jika ada yang berlebihan akan berjualanlah Badang akan hasil tangkapannya itu di pasar-pasar dan di hotel-hotel tiga bintang yang mana permintaan ikan-ikan air tawar dari golongan ini sangat tinggi. Dan tawaran harga yang diberi cukup mengujakan dan memuaskan hati Badang. Separuh dari hasil pendapatan berjual ikan itu akan dilaburkan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang akan digunakan untuk kesejahteraan anak-anaknya kelak. Separuh lagi Badang akan berbelanja apa yang patut untuk keperluan isi rumah. Penuh dan saratlah isi bakul motorsikal Badang dengan berbagai jenis aneka barang keperluan untuk di bawa pulang. Kadang-kadang terlintas juga di dalam hatinya untuk memboroskan duitnya ke dalam mesin lumba kuda di Arked Maraz milik Nyonya Mansur. Tetapi ditahan kata nafsunya itu kerana teringat kata ustazahnya ketika menuntut di darajah satu dahulu bahawa berjudi itu haram dan berdosa hukumnya di sisi agama Islam. Badang pegang pesanan ustazahnya itu ketat-ketat. Sememangnya Badang adalah suami, bapa dan pemimpin keluarga yang sangat taat dan patuh pada ajaran agama.

Tetapi sejak akhir-akhir ini,prestasi bubunya benar-benar mengecewakan. Manakan tidak, tiada langsung ikan yang sudi menjerat diri untuk masuk ke dalam bubu warisan keluarga Badang itu. Perkara ini benar-benar mengganggu batu fikiran badang yang benak itu. Maka sejak hari itu, berubahlah perilaku Badang. Makan nasi sudah tidak sehebat dahulu. Tidur juga tidak lagi lena. Seringkali Badang meracau dan mengigau di dalam lenanya. Kadang menendang-nendang kaki ke arah isterinya Norakma, yang sangat setia kepada Badang. Sehingga terjatuh bininya dari tempat peraduan. Kasihan benar isterinya yang setia itu. Kadang-kadang, ada juga Badang mencarut dan memaki sewaktu tidur dalam bahasa yang sukar untuk difahami oleh penutur melayu.

Melihat perubahan kakandanya yang benar-benar drastik itu , membuatkan hati Norakma semakin runsing dan tidak keruan. Dan sebagai wanita yang sememangnya sangat kuat perasaan cemburu sejak azali, Norakma terus menyangka perubahan suaminya yang aneh itu mungkin kerana suaminya si Badang sudah ingin berbini dua. Boleh jadi sejak Norakma meninggalkan amalan memakan jamu DR. Ramzi menyebabkan dia sudah tidak seanggun dulu dan sudah tidak lagi dapat menyukakan pandangan mata suaminya si Badang. Maka sangat sedihlah jiwa dan raga Norakama menanggung syak dan wasangkanya itu.


bersambung..........

P/S: nama dan watak tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang sudah mati.

10 Feb 2010

babi part 2

Iklan syarikat minyak bersilih ganti dengan iklan sebuah badan perbankan. Pak Leman mudah jemu dengan perkara seperti ini. Pak Leman menggaru-garu kematu gajah pada tumit kakinya. Pak Leman tidak pernah ambil kisah dengan iklan-iklan yang beraneka jenis ini. Tiada gunanya fikir Pak Leman.

Di desa yang terpencil ini mereka tidak pernah kenal apa itu stesen minyak. Pinjaman bank pun Pak Leman tidak pernah buat. Tetapi sebelum terlupa untuk diceritakan. Pak Leman ada berurusan dengan satu badan perbankan, namanya Tabung Haji. Pak Leman telah lama melonggokkan wang di dalam bank itu, hajatnya untuk naik haji seperti orang islam yang lain. Tetapi belum pun sempat duit yang disimpannya beranak pinak dan menjadi banyak. Pak Leman terpaksa mengeluarkannya. Semuanya adalah untuk belanja anak-anaknya di menara gading. Itupun nasib baik ada anaknya yang mendapat biasiswa dari sumber yang Pak Leman sudah lupa namanya. Kalau tidak makin kering dan kontanglah kantung simpanannya. Tapi Pak Leman tidak berkeluh kesah akan soal itu. Pada fikiran Pak Leman harta yang bertimbun itu tiada gunanya jika anak-anaknya miskin dengan ilmu pengetahuan. Biarlah habis hartanya menyekolahkan anak-anaknya yang sembilan itu. Tiada ruginya fikir pak Leman lagi.

Tinggalkan kisah Pak Leman dengan institusi perbankan dan pendidikan anak-anaknya. Kita teruskan dengan kisah babi yang telah mengundang seribu kemusykilan. Sudah kelihatan tanda-tanda seperti penantian Pak Leman dan Sudin akan berakhir. Berita perdana sudah kembali menyiarkan berita dan tidak lagi merapu dengan iklan yang berjela-jela.

"kuat sikit tb tu sudin...abah tak dengar ni.." perintah Pak Leman kepada Sudin.

Sudin bangun malas-malas. Punat di televisyen itu ditekan beberapa kali sehingga angka 14. Malas-malas Sudin terbaring semula. Pak Leman berkisar-kisar di punggungnya. Memasang telinga setajam-tajamnya. Pak Leman tak mahu terlepas barang sepatah pun apa yang akan dikatakan sang Pemberita.

Sang pemberita (penyebar propaganda) mula bersuara.

"pada awal pagi semalam dua buah masjid telah dibaling dengan kepala babi hutan dan bungkusan wang kertas....",

Pammm!!!. Bunyi Pak Leman menghentam lantai rumah dengan penumbuk tuanya. Belum pun sempat sang pemberita menghabiskan bicara wartanya Pak Leman sudah berang. Berkerut-kerut wajah tua Pak Leman menahan marah. Sudin yang baru setahun jagung itu terkejut dengan tingkah bapaknya itu. Apa dan kenapa bapanya begitu marah Sudin tidak mengerti. Sudin mendiamkan diri. Tidak mahu bertanya kenapa, takut-takut amarah bapanya itu memakan dirinya. Maka diamlah Sudin membatu menatap wajah televisyen yang bercahaya itu.

"celaka betul," gumam Pak Leman.

Pak Leman memasang telinga kembali.

"pihak polis akan menyiasat perkara ini. Apa yang pasti semua perkara ini adalah berpunca dari pergolakan mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian dan ditentang oleh orang Islam," sambung sang pemberita lagi.

Noktah. Berita lain pula menyusul. Namun, Pak Leman sudah tawar hati dengan hal ehwal dunia yang lain. Perasaan Pak Leman bercampur baur. Macam rojak buah. Marah ada, sedih ada dan bercampur baur dengan bermacam perisa dan ramuan lagi.

"kenapa tadi abahnya...tiba-tiba bising...awak marah Sudin ke???" soal isterinya sambil menatang teh kosong yang masih berasap-asap di dalam talam siap dengan hidangan biskut kering cap Ping Pong. Hidangan kegemaran Pak Leman sejak mula berumahtangga.

Pak Leman tidak menjawab persoalan itu. Malas dilayan bicara isterinya itu. Pak Leman sedang asyik memikirkan persoalan babi itu. Isterinya memandang wajah Pak Leman dalam-dalam. Dia masih belum mengerti. Sudin sedang aman dengan dunianya, dan sememangnya tidak pernah mengerti.

"babi betul," pak Leman mula bersuara.





bersambung

11 Jan 2010

Jalan Sehala part 1

"krohh...krohhh". Kuat bunyi dengkuran sulaiman.
Samad malas nak kacau rakan setugasnya membuta. Dia bangun dan keluar dari pos pengawal. Ambil angin sikit malam-malam macam ni boleh menyihatkan paru-paru fikir Samad. Samad pandang ke langit. Langit terang, bulan mengambang. Samad teringat kisah-kisah seram yang pernah dia dengar, ada orang kata, waktu bulan mengambang macam ni banyak hantu keluar jalan-jalan. Entah betul entah tidak. Tapi bagi samad, bila malam bulan mengambang dia jadi berani sikit kerana malam tidak segelap malam yang tiada bulan. Bunyi dengkuran Sulaiman masih beralun. Kadang-kadang kuat, kadang perlahan.

"letih kot kawan aku ni", samad cakap sorang-sorang.

Dia raba kocek seluar, ambil kotak rokok. Tapi kotak rokok samad dah kosong. Samad renyuk-renyuk kotak rokok dan lempar dalam tong sampah. Samad melemparkan pandangan ke arah bangunan Rumah Orang Tua yang besar itu. Samad terfikir, ramai juga orang tua dalam Malaysia ni yang hidup sebatang kara, ditinggalkan keluarga. Samad terbatuk kecil dan mengurut dadanya yang terasa perit. Samad masuk kembali ke dalam pos pengawal. Rakannya Sulaiman, masih berdengkur keenakan. Samad tersenyum dan menggelengkan kepala. Samad ketuk bahu rakannya guna lampu suluh.

"weh,,aku nak pergi keluar meronda kejap, ni aku nak pinjam rokok ko sebatang, rokok aku habis", Samad cakap kuat-kuat.

Sulaiman bangun, tapi masih separuh sedar.

"ha...yelah..ambiklah...hati-hati jalan". Acuh tak acuh, terus terlantar diatas kerusi malas semula. Menyambung lenanya yang diganggu.

Samad malas banyak cakap, dia ambil rokok dua batang. Satu dia cucuh kat mulut, satu lagi dia selit dekat celah telinga. Sekarang dia benar-benar bersedia untuk meronda dan menjaga keselamatan penghuni rumah orang-orang tua ini. Samad keluar dari pos pengawal dan melangkah perlahan-lahan. Sekejap-sekejap, samad menyuluh ke sekitarnya. Cuma ada pokok-pokok bunga yang disimbahi cahaya bulan. Blok utama sudah gelap dan sunyi. Samad tengok jam di tangan kiri. Samad tepuk dahi. Samad lupa dia mana pernah pakai jam. Jadi, samad bawa keluar telefon mudah alih di dalam poket depan baju seragamnya. Angka-angka yang tertera di dalam telefon mudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Masih awal bagi orang yang bekerja sebagai pengawal keselamatan seperti Samad, tapi tidak bagi penghuni rumah ini yang sudah tua-tua.

Samad terus jalan perlahan-lahan.Dia menghiburkan malam yang sunyi itu dengan bernyanyi kecil. Lagu Wing, biarkan berlalu dan XPDC, hairan bin ajaib bermain dibibirnya. Lagu-lagu indie zaman sekarang masih belum mendapat tempat dihatinya. Samad pun tak faham kenapa.

Dia telah melewati blok utama dan blok asrama. Di depannya kini adalah surau. Surau masih terang di beberapa bahagian. Masih ada penghuni rumah ini yang belum tidur dan memenuhkan malam dengan ibadat.

Samad menanggalkan kasut dan terus tempat mengambil wudhu'. Sekadar mahu menyegarkan muka dengan air. Dari tangga surau Samad menjenguk ke dalam surau. Ada tiga orang semua sekali. Seorang di depan mimbar sedang solat sunat, seorang di kanan surau sedang membaca Al-Quran dan seorang lagi sedang beriktiqaf di serambi surau. Samad mendaki tangga surau. Jam surau menunjukkan pukul 11.10 mlam. Samad menuju ke arah orang tua yang sedang duduk di serambi surau. Umurnya lingkungan pertengahan 70-an. Dari lirikan matanya ternyata dia sudah biasa berbual dengan Samad. Samad menghulurkan tangan dan bersambut.

"Tak tido lagi aki?" samad memulakan bicara.

"Entah la malam ni, payah pulak mata ni nak mengantuk...", jawab Aki Anjang.

Suasana hening seketika.

"Anak cucu takde ke melawat..," tanya Samad.

Aki Anjang diam. Tidak terus menjawab.

" Dah lama dah diorang tak datang tengok aku," bergetar suara Aki Anjang.

Diam lagi.. Kali ini agak lama. Ada sesuatu bermain di dalam otak Aki Anjang.

" Aku menyesal samad, " tiba-tiba Aki Anjang mmbuat satu pengakuan tanpa dipinta.

Samad diam. Tidak berani bertanya kenapa. Orang tua macam Aki Anjang memang mudah berkecil hati. Samad biarkan Aki Anjang yang mulakan cerita.

Bersambung....

12 Nov 2009

Kahwin

Panjang keluhan Samad. Suasana pagi isnin yang tnang dan damai gagal mehilangkan gelora di jiwa Samad yang kacau bilau. Samad menggeleng kepala, seakan menyesali sesuatu. Samad memandang kejalan di depan rumahnya. Mamat nampak segerombolan budak sekolah rendah tengah berjalan hendak ke sekolah. Muka masing-masing bertompok dengan bedak, rambut berminyak sikat belah tepi.

" Assalamualaikum Cikgu, cikgu tak datang sekolah ke", seorang dari mereka menyapa Samad.

"waalaikumussalam, cikgu cuti ada hal sikit", samad membalas.

"cikgu tak datang", ada riak gembira di wajah budak itu.

"ha'ah jalan baik-baik pergi sekolah tu", pesan samad. Memang ada ketokohan sebagai seorang pendidik. Budak-budak itu semua berlari anak. Gembira mungkin.

Samad tersenyum tawar. samad menghabiskan sisa rokok yang masih berbaki terus ke puntungnya. Samad menjentik puntung jauh-jauh ke depan rumah. Samad berjalan longlai masuk ke ruang rumah. Terdetik di hatinya ingin mengjengah bilik anak terunanya. Dia memutar tombol pintu, berkunci. Samad mengetuk beberapa kali. Tiada sahutan. Samad tak nak bising pagi-pagi macam ni. Dia terus ke dapur. Di dapur kelihatan isterinya sedang sibuk menghidang sarapan pagi. Samad tersenyum lagi.

" Budak dua ekor tu dah sembahyang subuh belum", tanya samad kepada isterinya sebelum duduk menghadap hidangan pagi.

"kejut dah tadi, dah kot.." jawab isterinya sambil terus dengan kesibukannya.

"dah kebah ke demam dorang tu" tanya samad lagi. sambil itu samad mencapai satu jemputpisang yang masih berasap.

" dah tahan dah sikit" sahut isterinya lagi.

Samad renung pada perut isterinya yang memboyot itu. Akan bertambah seorang lagi ahli keluarganya. Mungkin hujung bulan ini, atau awal bulan depan. itu kata doktor, kata-kata seorang manusia. Perangcangan tuhan tiada siapa yang tahu. Samad capai lagi satu jemput pisang. meniupnya perlahan-lahan. tidak terus disuap ke mulut.

" Hari ni Mah ada appoiment kan kat hospital temerloh", sekadar mahu kepastian dari isterinya.

" yela, kalau tak kan la abang ambik cuti", tersenyum isterinya.

Samad juga tersenyum. Banyak perkara perlu difikirkan bila sudah berkahwin ni.. jemput pisang yang ada di tangan masih belum disuap ke mulut. Samad berkhayal lagi. Kalau dulu sewaktu bujang dan masih bergelar pelajar, tiada yang perlu dirunsingkan. Masalah anak siapa yang hendak dia risaukan, masalah makan minum siapa yang hendak dia bimbangkan, masalh perempuan, Samad memang tak pernah kenal erti berpasangan. Samad bebas dengan dunianya sendiri. Kini, pelbagai benda perlu difikirkan. Harga barang naik..banyak kesannya kepada Samad. Bil itu ini naik..banyak kesannya kepada Samad. Hatta harga lampin pakai buang naik pun Samad kena fikir. Perkara yang dulu tak pernah terfikir, kini terpaksa difikirkan secara serius.

Samad menggeleng kepala. Terus menyuap jemput pisang yang sudah sejuk itu ke mulut. Menghirup teh 'o' sedikit dan cepat-cepat bangun, melangkah ke sinki.

" abang nak ke bandar kejap , nak bayar bil api air semua ni..kejap je kot...nanti baru abang hantar mah ke hospital." Samad memberitahu isterinya. Isterinya mengangguk.

" hati-hati bang", pesan isterinya.

Samad tak pakai kereta. Lambat fikir Samad. Samad pakai baju sejuk, masukkan semua benda dalam poket baju. Capai topi keledar , kunci, terus ke depan rumah. Samad hidupkan motor, belum pun panas enjin motor. Samad dah masuk gear, terus meluncur laju.

Kabus pagi masih belum hilang. Dia melalui jalan dikawasan sekolah tempat dia bertugas. Perhimpunan pagi masih belum selesai. Ini juga suatu perkara yang sudah menjadi sebahagian hidupnya. Tak pernah Samad sangka dia akan bekerja sebagai seorang cikgu. Samad meninggalkan cerita sekolah itu jauh di belakang. Bandar Jerantut masih 20 KM di hadapan. Laju Samad tunggang motorsikal pagi itu. Tetapi Samad tak pasti berapa kelajuannya sebab Speedometer motorsikalnya dah rosak. Dalam kepala Samad masih bermain perkara yang dia fikir di rumah tadi.
Samad dah sampai di kawasan peindustrian Jerantut. Di depan Samad ada satu simpang dari kilang bancuh simen. Ada sebuah lori simen yang bentuk macam siput babi keluar dar simpang itu. Samad tak sedar, lori siput babi juga tak sedar. Mungkin Samad nampak hanya seekor siput babi. Tiba-tiba .

"bammm",

Samad terkejut.

" wei..bangun lah.. lecturer dah keluar dah pun..Ko ni membuta je kerjenya dalam kelas...", Samad terdengar suara rakannya.

Samad tersengih macam kerang busuk. Ada sisa air liur basi di tepi mulutnya. Ada yang sudah jatuh ke atas buku notanya. Samad kesat cepat-cepat. Samad bersandar pada kerusi. Agak berbintang-bintang matanya pada saat itu. Awek-awek yang duduk dekat belakang ada yang mentertawakan Samad. Samad buat tak tahu.

" Jom pegi makan kat kantin", pelawa rakannya.

"Jom", jawab Samad,pendek. Bingkas bbangun dan mengekori langkah rakan-rakanya.

Sepanjang jalan ke kantin Samad masih belum habis memikirkan tentang mimpinya tadi.


p/s: selagi bujang dikandung badan...sambung la sendiri

4 Nov 2009

Aku Ada Wawasan part 4 (final series)


"Eh...Su..Su bila balik" tegur Dol. Penuh dengan sopan santun.

"Hari kelmarin dah Bang Dol", jawab Su agak kemaluan. Mungkin kerana melihat senyuman Dol yang seakan kambing itu.

Inilah tarikan yang sering menggamit kedatangan Dol ke kedai runcit Haji Saman. Anak gadis Haji Saman. Suraya binti Saman. Sudah lama Dol menaruh hati kepada Su. Seingat Dol, sejak dari darjah tiga lagi. Tapi kerana beberapa kekangan dan halangan menyimpan sahaja hasrat yang terbuku. Kini halangan dan jurang semakin melebar kerana Su sudah melanjutkan pelajaran ke Universitas di Indonesia. Sedangkan Dol masih menjulang sijil STPMnya yang masih tak laku-laku di pejabat kerajaan, swasta dan institut pengajian tinggi.

"hari tu, takde ke mamat indon kejar Su masa kat sana, kan sekarang diaorang tengah panas dengan Malaysia", panjang lebar Dol bertanyakan soalan.

"takde la sampaimacam tu....biasa je..cume kita berhati-hati sikit je.." terang Su, hampir-hampir panjang lebar.

Banyak perkara yang ingin dibualkan Dol dengan Su. Maklum la orang jalan jauh fikir Dol. Mesti banyak perkara dan pengalaman sudah dilalui. Belum pun sempat Dol mengatur ayat, kedengaran laungan azan isyak. Laungan itu serta merta membuatkan Dol teringat seperkara. Mengenai perbincangan dengan ayahnya. Serta merta Dol meminta diri.

"Beransur dulu lah Su, ada hal cikit ni... esok-esok kita borak lagi ek..", Dol terus hendak melangkah pergi. Tapi Su memanggilnya kembali.

"Eh, bang...memang datang ni nak jumpa Su je ke, bukan ke ada bende nak beli tadi??" Su menimbulkan persoalan.

Dol terhenti langkahnya. Dahi sedikit berkerut.

" Ha'ah....lupe pulak...ni, bagi Luffman sekotak..", pinta Dol. Kembali kepada tujuan asalnya.

Su mencari rokok itu di bawah meja, bukan pada rak di belakangnya. Su menghulurkan bungkusan rokok dan Dol menghulurkan wang. Barang perdagangan sudah sampai kepada pengguna yang tegar.

" tengkiu", ucap Dol sambil tersengih. Su hanya tersenyum dan melambaikan tangan. Macam ada peluang dan ruang ni, monolog hati Dol.

Dol melangkah perlahan sambil mengetuk-ngetuk bungkusan rokok secara songsang. Dol campak kotak rokok ke dalam raga motorsikal. Dol menghidupkan enjin motorsikalnya. Sekali henjut sahaja. Terus meraung enjin motor Dol. Sememangnya Dol amat berpuashati dengan prestasi motor buruk ini. Walaupun rupa parasnya buruk, namun bukan itu yang jadi ukuran buat Dol. Apa yang penting adalah prestasi. Tanpa banyak buang masa, Dol dan 'superbike'nya terus memecut laju membelah kegelapan malam.

Sampai di depan rumah, Dol tidak terus masuk. Dol tongkatkan motor di bawah rumah dan dia duduk di atas tangga. Termenung, menatap wajah sang bulan. Langit pada malam itu cerah membawa petanda cuaca baik pada hari esok. Dol keluarkan sebatang rokok dan letakkan di celah bibirnya.

"aku rasa macam ada lupa sesuatu je malam ni" Dol bermonolog.

Tiba-tiba keluar mentol sebiji dalam kepala otak Dol.

"patutlah...malam ni Chelsea lawan Mu...patut la bebudak ni ajak lepak"

Dol berfikir sejenak. Tak lama. Dol keluarkan telefon genggam dan menulis sesuatu..

"Woi aku tak dapat lepak malam ni...ada family conversation...hehe" lebih kurang je Dol tulis. Hantar kepada rakannya, Husin.

Lambat-lambat Dol menghabiskan sisa rokoknya. Dari kejauhan kelihatan motorsikal ayahnya menyusuri jalan pulang ke rumah. Dol menjentik puntung rokok jauh-jauh dan terus naik ke rumah. Dol masuk ke ruang tamu dan bersandar pada tiang seri bertakik seribu. Menunggu ayahnya masuk ke dalam. Berbunyi agak kuat tangga sewaktu ayahnya melangkah naik. Dan Dol sendiri tahu ayahnya seorang yang kasar.

" dah sembahyang Dol???" soalan pertama yang keluar dari mulut ayah dol ketika menjengah di muka pintu.

" belum" ringkas.

"Pergi sembahyang...nanti kita makan nasi", arah ayah Dol. terus berlalu ke dalam bilik.

Dol bingkas bangun dan ke bilik air. Mengambil wudhu. Dah banyak kali Dol terkentut tadi.

Sesudah sembahyang Dol turun terus ke dapur. Lapar betul dia malam itu. Kelaparan itu dapat dilihat dengan jelas pada raut wajahnya.

"Cepat betol ko sembahyang Dol", sapa ayah Dol yang dah bersedia di depan hidangan. Mak leha masa tu tengah bancuh air teh 'o' panas.

"standard la pak...", balas dol sambil tersengih. Dol mencedok nasi ke dalam pinggan. Banyak.

Mak leha duduk. Dan mereka pun makan secara berjemaah. Hidangan yang biasa-biasa sahaja. Tetapi cukup mewah bagi orang kampung seperti mereka. Tumis petai dan beberapa ikan kering goreng. Ayah Dol makan sikit sahaja. Dia terus bangun dan menghantar pinggan ke sinki lalu duduk di atas kerusi malas di satu sudut di dapur itu. Melihat ayahnya yang sudah selesai mkan itu, membuatkan Dol dah tak berapa selera. Cepat-cepat Dol habiskan nasi. Hantar ke sinki, basuh apa yang patut duduk diatas tangga dapur. Ayahnya masih berdiam diri. Menggulung rokok daunnya. Suasana ketika itu agak hening. Hanya bunyi cengkerik yang galak di luar rumah diselang seli bunyi Mak leha mengemas dapur menjadi irama malam pada saat itu.

"Rokok...???", ayah Dol memulakan bicara sambil menyuakan rokok yang siap digulung kepada Dol.

"takpe ...ada ni ha" balas Dol sambil mengangkat kotak rokoknya.

Diam seketika.

"pak..kata ada benda nak bincang dengan Dol", Dol memecahkan kembali tembok sunyi.

"Bagus ko tanya,..sebenarnya, bapak ada satu tawaran kat ko ni Dol". bapak Dol berhenti mengambil nafas. Kemudian menyambung lagi.

"Ko dah lama menganggur..dah dekat lima tahun Dol. sejak ko habis STPM lagi..sekarang ko pun dah 25 tahun dah...jadi bapak nak tanya ko nak tak jadi petani..??" tanya bapak Dol. Dari raut wajahnya mengharapkan sesuatu yang positif dari Dol. Bapak Dol faham, Dol bukanlah pemalas sangat dalam mencari kerja. Cuma nasib tak menyebelahi anaknya. Seingatnya sudah berapa keping borang SPA diisi anaknya, tetapi satu pekerjaan pun tak dapat.

Agak lama Dol berfikir. Betul juga fikir Dol. Macam tak sedar dah lama rupanya Dol duduk menghabiskan beras di rumah mak bapaknya itu.

"Dol tak kisah pak....yela pak, kalau betol la nak jadi petani mana tanah yang Dol nak kerjakan, bapak pun menoreh kat tanah orang", agak kurang ajar jawapan dol. Tapi itulah kebenaran walaupun pahit untuk ditelan bapanya. Walaupun begitu, wajah ayahnya masih tenag.

"beginilah, biar bapak pendekkan cerita..bapak ada kawan lama kat Pertubuhan Peladang..baru ni dia ada bagitahu kat abah bahawa ada skim bantuan pertanian, keutamaan untuk orang muda macam ko...tapi ko kena jadi ahli koperasi peladang dulu la...bab tanah ko jangan risau...dia orang akan uruskan...apa yang ko perlu buat adalah usahakn sahaja...mula-mula mungkin penat...tapi kalau dah masuk berapa pusingan sok, ko upah la kawan-kawan ko kerja dengan ko...", panjang lebar penerangan pak Rahim. Dol termenung. Agak sukar untuk memberi keputusan dalam masa secepat ini. Dol cucuh sebatang rokok. Jarang Dol hisap rokok depan mak dan ayahnya.

"kalau macam tu, bolehlah pak", jawab Dol.Tersenyum. Jawapan Dol itu membuatkan pak Rahim turut tersenyum. Pak Rahim pandang wajah isterinya, Mak leha. Mak leha juga tersenyum.

" kalau macam tu esok pagi-pagi kita ke pejabat peladang." berseri-seri wajah pak Rahim.

" ok pak...Dol masuk tido dulu", terus Dol meminta diri. Meninggalkan mak dan ayahnya yang terus berbual.

Dol terus baring memandang bumbung. Tapi bukan lagi bumbung yang bersawang itu berada di hadapannya. Di saat itu, Dol sedang membayangkan perancangan masa hadapannya. Dia akan membesarkan pertaniannya nanti.berkahwin. Dol tersenyum. Memang benar kata orang, Orang tua ada impian, orang muda ada wawasan. Dan Dol akan melaksanakan impian orang tuanya.

"aku ada wawasan", bulat tekad Dol kali ini.

3 Nov 2009

Pengemis ke..

Ada satu cerita tentang ,,,,,


.....Suasana pagi minggu itu agak tenang. Mamat keluar berjalan perlahan ke arah hentian bas yang terletak berhampiran dengan Masjid Ar-Rahman. Ketika sampai di hentian bas itu, hanya ada seorang anak muda sahaja yang sedang setia menunggu bas yang masih belum tiba. Anak muda itu duduk betul-betul di hujung bangku hentian bas itu. Raut wajah anak muda itu bersih, tenang. Berkopiah putih, berbaju melayu dan berseluar slack warna hitam. Memang sederhana penampilannya.

"budak API kot", fikir Mamat.

Bas masih belum sampai. Mamat memandang ke arah anak muda itu. Kelihatan dia seperti sedang khusyuk membaca sesuatu. Terdengar suara seorang anak muda itu, yang hampir-hampir kepada berbisik. Mengalunkan bacaan Al-quran. Anak muda itu seakan tersedar ada orang sedang memerhati tingkah dan lakunya. Anak muda itu berpaling ke arah Mamat dan tersenyum. Mamat juga tersenyum dan menganggukkan kepalanya, seakan-akan memberi galakan kepada apa yang dilakukan anak muda itu. Anak muda itu meneruskan bacaannya. Mamat terus mendengar dan mendengar ayat-ayat yang dibaca.

Bas masih belum sampai-sampai. Mamat melihat jam pada telefon bimbit. Baru 10 minit berlalu. Selalunya, bas akan tiba setiap 30 minit. Itu yang tertulis di atas kertas. Tapi realiti sebenar, selalunya lebih lama dari itu. Mamat tidak kisah sangat tentang waktu pada hari itu. Hari itu Mamat bukan ada mengatur temujanji dengan sesiapa, tidak perlu terlalu tergesa-gesa fikir Mamat. Mamat menjeling ke arah anak muda tadi. Dia masih meneruskan bacaannya. Kini mereka bukan lagi berdua disitu. Sudah ramai yang bersama-sama mereka menunggu bas. Orang yang lalu lalang melintasi hentian bas itu juga semakin ramai.

Bas mungkin akan sampai sekejap lagi. Dalam kesibukan orang yang lalu lalang. Tiba-tiba, ada seorang gadis berhenti di hadapan anak muda yang sedang membaca Al-quran itu. Mamat menyedarinya dan terus memerhati. Pada mata Mamat, gadis itu tampak hebat, bergaya. Berkaca mata hitam dan baju juga berjenama. Dan seperti kebanyakan gadis di kota ini, dia juga seksi. Mamat tersenyum sinis.

"orang kaya", fikir Mamat.

Gadis itu menyeluk ke dalam beg tangannya yang besar itu. Memang besar. Mungkin banyak harta karun di dalamnya. Gadis itu mengeluarkan beg duit yang entah berjenama entah apa. Dari beg duit itu, si gadis hebat dan bergaya itu mengeluarkan beberapa keping wang berwarna biru. Dia membongkok sedikit, tersenyum dan meletakkan duit itu betul-betul di atas Al-quran yang dibaca anak muda itu. Mamat terkejut. Anak muda itu juga terkejut. Dan mungkin anak muda itu lebih terkejut. Sebelum gadis hebat dan bergaya itu sempat melangkah. Si anak muda menutup mashaf Al-quran, cepat bangun dan bertindak. Anak muda menghulurkankan kembali helai-helai wang itu dan berkata;

"Saya bukan pengemis"

Helai-helai wang itu masih tidak bersambut. Mamat masih setia sebagai pemerhati. Masa terus berlalu. Kelihatan berat tangan gadis itu menyambut kembali wang miliknya itu.

Bas yang ditunggu tiba tepat pada masanya. Mamat, anak muda dan beberapa yang lain menaiki bas meninggalkan gadis hebat dan bergaya yang masih terpinga-pinga. Bas terus bergerak ke hentian-hentian yang masih menunggu, memenuhkan perutnya yang masih banyak yang kosong.





p/s: aku pun tak tahu nak pesan apa...lu pikir la sendiri...

27 Okt 2009

Aku Ada Wawasan part 3

"Amin ya rabbal alamin"

Dol menyapu muka dengan telapak tangan. Mungkin ada sesuatu yang dol minta dari Allah, tuhan sekalian alam. Hanya Allah dan Dol sahaja yang tahu.
Dol tak tergesa-gesa bangun dari tikar sembahyang. Sebaliknya, Dol terus berbaring diatas tikar tersebut...mungkin menunggu waktu isyak masuk. Yang pasti, ada sesuatu bermain di dalam kepala dol.
kedengaran di dalam bilik, ibunya terbatuk kecil.

"Mak,mane adik cu?" Dol memulakan perbualan.

"dia ada perkhemahan dekat sekolah", sayup-sayup kedengaran suara ibunya dari dalam bilik.

ibunya keluar dari bilik, menyusun langkah ke dapur. Dol terus bangun melipat sejadah dan membuntuti langkah ibunya ke dapur.

"hari ni hari ape mak??", tanya Dol lagi.

"hari khamis Dol oi, ko je yang tak pergi ke surau, baca yasin....apa nak jadi dengan ko ni. dah berjanggut, bermisai..xde kerja..bila nak kahwin..", mak dol mula membebel.

"masak apa hari ni , mak?" Dol terus potong bebelan emaknya dengan pertanyaan lain.

"ikan masin je....ko ni kenapa, dari tadi asyik tanya je", marah mak Dol.

Dol hanya tersenyum kambing. Dol bangun dari anak tangga ke pintu dapur dan membukanya luas. Angin malam yang sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah Dol.

"sedap kalau hisap rokok ni" fikir Dol. Dia bingkas bangun menyeluk rokok di dalam kocek seluar. Kosong. Dol sudah kehabisan rokok. Cepat-cepat dol seluk kocek belakang pula. Mencari duit lima ringgit dan telefon genggam.

"Mak, pergi kedai kejap. nak beli rokok. ada apa nak kirim tak?" Dol saja buat ramah. Padahal selama ini dia tak pernah bagitahu pun mak dia kalau nak keluar.

"apa ko ni nak jadi jin ke dol. hari-hari nak hisap rokok. membazir duit..." emak Dol mula membebel kembali.

Tapi Dol sedikit pun tak membalas. Kerana pada saat itu Dol sudah mengerah tenaga untuk menghidupkan enjin motorsikal. Tak tunggu lama dol terus berlalu. Menuju ke kedai runcit Haji Saman. dan kelibat dol mula menghilang ditelan kegelapan malam. Tinggallah Mak Leha seorang di rumah.

Walaupun hari itu hari khamis malam jumaat(kebiasaan orang ke surau, baca yasin), tetapi suasana di kawasan tapak pekan sehari di Desa Wawasan tak pernah lengang. Kedai-kedai kopi di situ beroperasi bagaikan kedai serbaneka 24jam. Tidak putus-putus dengan pelanggan yang dahagakan cerita kosong dan idea yang kadang-kadang bernas tetapi malang kerana hanya berlegar-legar di dalam udara kedai kopi itu sahaja. Kedai kopi di tapak pekan sari itu tidak banyak. Dua buah sahaja. Satu untuk penyokong pembangkang dan satu lagi untuk penyokong kerajaan. Itu kata orang. Dol sendiri tidak pasti.
Diantara ada kedai kopi itu, terdapat sebuah kedai runcit. Itulah kedai runcit Haji Saman. Bagi Dol, kedai runcit ini ada tarikan yang tersendiri dari kedai-kedai lain yang melata di seluruh ceruk Desa Wawasan.

Dol memberhentikan motornya betul-betul di depan kedai runcit Haji Saman. Memerhati kedua-dua kedai kopi itu. Mencari teman-teman seperjuangannya. Tiada. Cuma pakcik-pakcik separuh usia ketawa terbahak-bahak memenuhi kerusi, ketawa pada perkara yang Dol sendiri tidak mahu ambil peduli. Dol meneruskan langkah ke dalam kedai runcit. Tiba-tiba langkah Dol terhenti. Dol tersenyum kambing.



bersambung.....

24 Okt 2009

Aku Ada Wawasan part 1

" Greng....greng...greng..." beralun dalam rentak yang merapu dan caca marba, bunyi petikan gitar oleh berisan pemuda segak namun tidak berkerjaya dari Desa Wawasan. Dari kejauhan kelihatan golongan pemuda harapan bangsa ini bertenggek di atas pondok perhentian bas yang usang. Pondok yang hapak dan hanyir dengan bau rokok dan air setan. pada dinding pondok bas itu terlihat pelbagai karya contengan yang meluahkan segala bebanan perasaan dan masalah pemuda harapan bangsa ini. luahan hati yang mungkin menjelikkan bagi mereka yang tidak mahu memahami hati dan perasaan pemuda-pemuda ini.
Bagi pemuda-pemuda ini, tiada satu pekerjaan yang lebih indah buat mereka melainkan menghabiskan masa di persimpangan jalan yang berdebu dan haprak ini. di pondok bas inilah, tempat permaianan mereka, menonton dan melihat perubahan masyarakat sekeliling mereka, mengubah rentak dan lagu yang merapu mengenai kisah yang berlaku di setiap sudut kehidupan mereka yang sempit itu.

Dol menjentikkan puntung rokok ke arah sekumpulan budak sekolah rendah yang hendak ke kelas Fardhu Ain. budak-budak sekolah itu berlari kecil sambil menghulurkan isyarat lucah. lantas Dol berasa berang.

" celaka punya budak, aku sepak jugak karang", sambil menendang tiang pondok bas itu.

perbuatan Dol itu disusuli hilai dan tawa rakan-rakan Dol. masa terus berlalu seperti berlalunya budak-budak sekolah rendah itu tadi. tetatapi buat dol dan rakan-rakannya mereka masih setia menjadi penunggu pondok bas ini.

" takde awek ke yang nak lalu hari ni...aku bosan la.." ujar dol sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"Betol la, aku pun bosan tahap gaban jugak la dol, ape kata kita cari kerja ke, jadi lawyer ke, cikgu ke, mejistret ke, ustaz ke...... tak la bosan sangat hidup kita", tambah Atan sahabat kacip dol dari tadika lagi.

lima teman mereka yang lain turut bersama membayangkan apa yang dinyatakan oleh Atan tadi di dalam kepala batu mereka.

"ada wawasan jugak kita ni ek", tambah husin, seraya mereka bertujuh tergelak riang.

mereka terus melepak dan melepak, tiba-tiba Dol bersuara,

" aku rasa nak kahwin la kengkawan", serius sahaja wajah Dol. ikhlas.

"Hahahaha...bengong", pecah berderai lagi gelak dan tawa rakan-rakan seperjuangan Dol.

"Ko nak kahwin ke Dol??? tak payah berangan la Dol. seluar dalam pun beli pakai duit mak ko lagi...apara..hahaha", Atan dan rakan-rakan yang lain gelak lagi dan lagi.

Dol sekadar tersenyum tawar dan meneruskan lamunannya. Rakan-rakannya terus bersuka ria menyanyikan lagu selamat pengantin baru buat Dol. mereka terus berada di dalam dunia mereka itu sehingga fajar menyinsing. dikala ayam mula pulang ke reban, kerbau mencari kandang. barulah seorang demi seorang daripada mereka mencari jalan pulang ke rumah masing-masing. sebelum melangkah pulang mereka mengikat janji.

" malam ni, lepas isyak..tempat biasa", disusuli hilai dan tawa.

bersambung......

12 Ogo 2009

ceritera bebudak pondok part 2

sambungan

Sepanjang perjalanan ke kebun, Mamat menikmati sepenuhnya pemandangan yang menjemukan. Hanya hutan, semak samun dan barisan pokok getah berdiri condong kearah matahari terbit menghiasi kiri dan kanan jalan itu. Jalan lama era pemerintahan jepun ini masih belum diperbaiki oleh pihak bertanggungjawab.Mamat hanya menggeleng sendirian.
“kalau aku jadi perdana menteri, perkara pertama yang aku buat ialah menaik taraf jalan ke kebun aku ni…haha”,
Mamat bermonolog sendirian, sekadar menghiburkan dirinya yang sedang melalui daerah yang sunyi itu. Tak sampai beberapa minit, Mamat pun sampai jugak ke kebun bapa dia setelah mengharungi perjalanan yang sememangnya menguji kemampuan jentera Honda c70nya. Mamat turun dari motorsikal sambil mengambil parang panjang dan guni baja dari raga motor. Mamat tepuk tempat duduk motor dia ibarat seorang joki kuda membelai kuda lumba kesayangannya seakan-akan memberitahu supaya menjaga diri baik-baik. Mamat tersenyum sambil merenung jauh kepada banjaran titiwangsa yang melatari desa kelahirannya itu.
Sudah semak benar kebun getah bapak Mamat. Sampaikan yang mana pokok getah dan yang mana pokok hutan pun Mamat dah tak dapat nak pastikan. Semak dan pokok getah sudah sama tinggi. Mamat menghayun parang panjang ke kiri dan ke kanan. Membuat jalan ke pangkal pohon durian. Mamat mengatur langkah penuh hati-hati, berwaspada takut-takut di celah dedaun getah yang kering itu melompat seekor ular tedung betina bunting ataupun ada tebuan tanah yang bersarang di bawahnya. Belum sampai ke pangkal pokok durian tiba-tiba,
“ aduh….g@#%&ng betul….” Tak tentu pasal Mamat memaki hamun. Mamat angkat kakinya yang terpijak sesuatu yang tajam. Rupanya mamat dah terpijak Raja buah. Mamat tersenyum sambil mencapai buah durian tu. Mamat dekatkan durian tu pada hidung dan menghirup aroma durian yang sememangnya harum. Mamat tersengih sendirian. Aroma yang baru dinikmatinya tadi menjadi pendorong semangat untuk mencari lebih banyak durian yang gugur.
Lepas sebiji dan sebiji buah durian dimasukkan ke dalam guni. Sampai dah sarat dah guni baja yang mamat bawa. Mamat seret guni ke pangkal pohon getah. Mamat dan guni yang penuh dengan durian tersandar pada pohon getah yang berusia tu. Seperti kebiasaan, sebatang rokok menjadi penawar kepada penat. Mamat hisap sungguh-sungguh. Sesekali dia mengerling pada buah durian yang masih belum gugur. Juga pada kera-kera dan tupai yang sentiasa mengintai dari pucuk tualang. Kera-kera itu seakan-akan tidak menyenangi kehadiran Mamat di daerah itu.
“Bapak aku bayar la cukai tanah” dengus mamat.

Mamat mengheret guni yang penuh durian ke motor dengan penuh susah payah. Dengan susah payah jugak Mamat mengangkat guni ke atas motor. mamat tak tunggu lama. setelah yakin semua sudah sedia mamat menendang engkol motor dan terus laju dan laju meredah jalan ke rumahnya.

pejalanan pulang lebih singkat fikir mamat, mungkin kerana dia tak sabar nak menjamah buah durian tersebut. semasa tiba di rumah mamat berasa hairan. di halaman rumahnya ada dua biji kereta datsun dan nissan sunny yang memang Mamat rasa macam kenal je. mamat tongkat motor dan terus jalan ke dapur ikut luar rumah. di dapur mamat jumpa dengan mak dia.

" sapa datang mak???"

"kawan ayah kamu la, datang melawat. Banyak dapat durian???"

"ada la sikit, boleh la" jawab mamat sambil menyuakan guni yang sarat itu.

rupa-rupanya, kawan bapak mamat dari sekolah pondok kampung dia datang jalan-jalan. sedang mamat bawa keluar buah durian dari guni bapak mamat muncul.

"banyak durian ni mat, kebetulan Maulana ada datang ...ha, bawak guni ni ke belakang bagi sedekah sikit pada budak-budak pondok ni..."

mamat terpaku, Mamat sedar kata-kata ayahnya itu bukan permintaan, tetapi adalah satu arahan...melepas mamat nak makan durian ngan pulut hari ni. dengan hati yang berat Mamat pikul guni berisi durian yang lagi berat itu ke beranda di belakang rumah. di situ hampir 10 orang bebudak pondok sedang menunggu dengan wajah yang manis. mamat letak guni di atas lantai dan berlalu.........

hampir satu jam setengah berlalu........


bebudak pondok dah nak beransur pulang. sejak dari tadi mamat hanya berpura-pura kusyuk menonton rancangan televisyen Wanita Hari Ini. kedegaran di hadpan rumah enjin motokar Maulana sekolah pondok itu meninggalkan perkarangan teratak buruk mamat. serentak dengan itu, mamat bingkas bangun..terus menjengah ke beranda belakang rumah.

" habis ke mak???"

"haah", pendek jawab mak leha.

" abah mane???"

" ikut Maulana keluar berdakwah seminggu" panjang sedikit jawapan mak leha kali ini.

" kulit durian ni sepah macam ni je ke????" mamat menimbulkan satu persoalan

"Hm" mak leha tak menjawab, sekadar terus meyental buntut periuk yang hitam dan likat.

mamat mencangkung di tepi beranda itu dan mencucuh rokok. mamat sedut dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. serentak dengan itu kedegaran suatu sura seakan-akan protes dari entah siapa. yang pasti suara itu adalah suara kaum kerabat mamat juga.


"babi pun pandai buang kulit lepas makan durian"

serentak dengan itu pecah berderai tawa dari dalam perut rumah.Mamat pun sekadar tersenyum sambil menguis kulit durian itu dengan hujung kaki



dah habis.............

7 Ogo 2009

ceritera bebudak pondok part 1

Mamat bangun awal pagi itu. Perkara pertama yang dia buat adalah merenung bumbung rumah yang penuh jelaga hitam. Bumbung rumah tu Mamat bayangkan seperti perawan muda yang sedang menggoda dan memerhatikan dia. hampir setengah jam jugak Mamat tenung dan renung bumbung rumah tu. Tiba-tiba dia menggeliat membetulkan belikat sambil bingkas bangun. lantai rumahnya yang usang berbunyi-bunyi seirama dengan langkahan kaki Mamat. Mamat segera capai telefon mudah alih nya yang berjenama Nokiah. Bukan berniat nak menghubungi sesiapa. Sekadar nak tengok jam dah pukul berapa. Lagipun Mamat sedar sape la yang nak telefon atau bermassage dengan dia, awek pun tak ada.
" lah....awal la pulak aku bangun hari ni,,," Mamat bermonolog walaupun jam sudah pukul 8.30 pagi. Mamat melangkah malas ke beranda rumah sambil mencapai tuala berpanaunya.

Di beranda rumah Mamat bernasib baik kerana abang dia tengah menghembus nikotin pagi dengan penuh nikmat sambil menyelak akhbar Sinar Harian.
" bang...pinjam rokok sebatang.." pinta Mamat tanpa segan silu.
abang dia pun baling je kotak Dunhill 14 tu. Mamat pun dengan wajah yang tenang mencucuh rokok dan bermula adegan hembus-menghembus diantara mereka berdua. tak banyak perkara menarik yang disembangkan pagi-pagi macam ni. kadang-kadang mamat dan abangnya sekadar berkongsi suka dan duka mengenangkan nasib pasukan bola sepak Pahang yang akan masuk liga perdana. sedang mereka asyik mengutuk pihak tertentu yang dirasakan bertanggungjawab ke atas kejatuhan prestasi skuad Pahang, muncul anak abang dia dengan wajah sememeh membawa jemputan ke dapur untuk bersarapan...
"ayah,,pak chu..mak panggil, ajak makan nasi goreng"....
Mamat menggeleng kepala...hari-hari makan nasi goreng. Muka mamat pun dah macam nasi goreng dah. walaubagaimanapun Mamat tabahkan hati juga,
"nasib baik la boleh lagi makan, kalau orang dekat palestin tu...entah makan entah tidak..." Mamat memberi ceramah kepada dirinya sendiri.
di dapur berapa orang semua sedang khushuk makan. mamat tak basuh muka pun hatta nak gosok gigi. mamat terus duduk kat hujung sekali. dia menceduk lemah sisa nasi goreng yang masih ada ke dalam pinggannya. air teh pun dah tinggal habuk-habuk je. Mamat rasa macam nak menangis je. tapi apa boleh buat. siapa suruh bangun lambat....tengah Mamat sedap-sedap makan tu, ayah Mamat panggil," Mat..nanti lepas makan pergi tengok durian, ntah banyak kot yang gugur hari ni.." mamat mengangguk pun tidak, menggeleng pun tidak, sekadar terus menghabiskan sisa-sisa nasi.
seusai makan, mamat bingkas bangun dan terus keluar rumah. hari itu agak redup. dia cucuh sebatang lagi rokok. menyedut dalam-dalam dan menghembuskan perlahan-perlahan sekeja-sekejap dia buat bentuk 'o'. entah kenapa fikir mamat, setiap kali dia menghisap asap tembakau pasti dia merasa puas, kalau dihisap waktu ketandusan idea, pasti idea mencurah-curah datang.

sebatang rokok dah habis dihisap, baru lah bersemangat nak buat kerja fikir Mamat. dia masuk ke dalam rumah sambil mencari kunci motorsikal.
"mak.. mana mak letak kunci moto" jerit Mamat.
" ada kat atas peti tu...nak pegi mana??" soal mak leha iaitu mak kepada Mamat.
" nak pegi kebun..abah suruh cari durian" jawab Mamat, pendek.

Mamat keluar rumah, cari baju yang sesuai nak masuk kebun. kalau pakai kain pelikat je tak pasal-pasal masuk pacat dalam kain. Mamat capai t-shirt lengan panjang tapi dah koyak besar kat ketiak. seluar jeans yang Mamat pakai pun dah koyak kat lutut. sekali pandang memang tak ubah macam pengemis kat stesen bas Pekeliling. Mamat tendang engkol motor honda c70 yang dah cabuk. dua, tiga kali Mamat cuba tapi taknak juga motor cabuk ni nak hidup. baru mamat ingat dia tak baca bismillah lagi, patut la motor tak nak hidup. mamat cuba buat kali keempat, kali ini dengan lafaz yang mulia." Bismillahirahmanirahim....." serentak dengan itu kedengaran la jeritan nyaring motor tua. Mamat pun saja main pulas-pulas throtle sambil meniru gaya Velentino Rossi. mamat pun capai guni gula cap Chuping dan naik motor. mamat masuk gear satu....gear dua....dan gear tiga...mamat terus laju dan laju dan laju

bersambung

3 Ogo 2009

ROKOK CAP GULUNG

Di tepi pantai itu Karim mengeluh berat, “Apakah salahku”, getus dirinya keseorangan. Bukan keinginan dirinya untuk menjadi seperti dirinya hari ini. Hampir setiap hari isterinya Senah, bising kerana bau rokok pada badan Karim yang kuat menyakitkan hidungnya. Menyebabkan Karim tidak senang duduk di rumah. Bukan tidak ada keinginan untuk membuang tabiat yang buruk itu, tetapi rokok Cap Gulung dengan dirinya seakan sudah sebati. Walaupun isterinya sering membebel, dia tidak sedikit pun berkecil hati dan menyalahkan isterinya. Bebelan itu bererti isterinya masih mengambil berat akan hal ehwal dirinya.
Perkara ini bukan pertama kali difikirkannya, tetapi ketika masih menuntut di maktab perguruan lagi hal ini sering bermain di dalam kepala batu ini. Rakan-rakan guru pelatih perempuannya sering menegur tentang bau rokok cap Gulung yang melekat pada badannya. Pandangan dan sindiran dari rakan-rakan pelatih yang tajam itu diendahkan walaupun sakit hatinya bukan kepalang.
“Ah, usah diendahkan kata-kata mereka, kita beli rokok pakai duit kita, malahan kita adalah penyumbang kepada kemajuan ekonomi negara,” temannya yang juga seorang perokok tegar memberi pendapat. “ Apa yang kamu maksudkan dengan menyumbang kepada ekonomi negara, Samad,?” tanya Karim penuh minat. “ Itulah kamu Karim, kalau aku kata kamu bodoh, kamu budak pandai. Hal ini semua orang tahu, industri rokok merupakan pembayar cukai yang tinggi kepada kerajaan selain syarikat arak,” terang rakannya berseloroh.
Kenangan di maktab perguruan itu berlalu pergi bersama angin petang yang menghembus pantai. Bukan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berhenti merokok. Sudah cukup seribu satu sebab untuk dia berhenti.
“Membazir,” kata isterinya, benar, itu memang benar. Memang jelas satu pembaziran. Sebagai seorang guru sekolah rendah, bergaji mencecah dua ribu ringgit, namun dengan keadaan ekonomi sekarang yang kos sara hidupnya kian meningkat naik. Petrol naik, barang makanan naik, mana pula anak-anaknya yang lima orang itu mahu makan, minum, belajar. Ditambah puala bil itu, bil ini. “Betapa bodohnya diriku, membuang duit pada jalan yang salah,” Karim bermonolog.
“Membahayakan kesihatan,” bukan sekali tetapi hampir setiap hari frasa itu amaran itu dilihat, dibaca dan didengarinya. Malahan pada kotak rokok cap Gulung itu sendiri sudah tertera amaran itu. Bukan tidak terkesan oleh amaran itu. Buktinya kini sudah cukup jelas. Jika dulu berkejaran di padang bola bersama teman-teman merupakan satu perkara yang mudah baginya. Tetapi kini jika berlari satu pusingan sahaja di padang sudah cukup memenatkan. Tetapi kata hati menyedapkan rasa, “ Mungkin aku sudah tua,”
“Ahhh….” berat Karim mengeluh. “ Aku mesti berubah, berubah demi anak-anak, isteriku, diriku dan yang paling penting segala perbuatan yang baik itu berniat kerana Allah,” bulat tekad Karim kali ini. Paling penting bagi Karim kini ialah membuktikan tekadnya itu bukan hanya sekadar satu retorik. Kata-kata seorang ustaz yang juga seorang rakannya disurau tadi sudah cukup menyedarkan dirinya. Ustaz itu memetik kata-kata imam Al-Ghazali…tiga perkara untuk kita benar-benar berubah dari tabiat buruk , pertama mulakan dari diri sendiri, kedua mulakan dari perkara yang mudah dan ketiga mulakan pada hari ini.
Langkah pertama telah diambil, dia membuat aku janji dengan isterinya mengenai niatnya hendak melupakan rokok. Tersenyum lebar isterinya mendengar niat suci suminya itu. Sungguh tidak disangka merokok yang telah menjadi darah daging suaminya itu ingin dikikis. “Senah akan sentiasa menyokong abang,”. Dan malam itu menjadi malam yang bahagia buat Karim. Tiada lagi rokok cap Gulung.